omniture

Peloton Mencapai Pematuhan SOC 1 dan SOC 2 Jenis 2, Menunjukkan Komitmen sebagai Penyelesaian Perisian yang Selamat dan Terjamin

Peloton
2022-03-10 00:02 31

CALGARY, Alberta, 9 Mac 2022 /PRNewswire/-- Peloton, peneraju global dalam penyelesaian perisian pengurusan data untuk industri tenaga, mengumumkan bahawa ia telah mencapai pematuhan Kawalan Sistem dan Organisasi (SOC 1 dan SOC 2) Jenis 2, piawaian pengauditan yang diiktiraf secara meluas dan dibangunkan oleh Institut Akauntan Awam Bertauliah Amerika (AICPA). Pematuhan yang dicapai ini menunjukkan cara Peloton melindungi data pelanggan dan mengekalkan kawalan yang berkesan. Pemeriksaan ini dilaksanakan oleh Armanino LLP.

"Perjalanan untuk mencapai pematuhan SOC 1 dan SOC 2 ini merupakan satu lagi cara untuk menunjukkan bahawa kami mengambil langkah yang ketat untuk melindungi data pelanggan kami," kata Glen Gray, Ketua Pegawai Eksekutif Peloton. "Dalam era penyebaran data yang berterusan ini, perniagaan memerlukan jaminan bahawa data mereka dilindungi. Itulah sebabnya pelaburan berterusan dalam kawalan keselamatan merupakan suatu keutamaan bagi kami."

Laporan SOC 1 dan SOC 2 memberikan maklumat berharga yang diperlukan pelanggan untuk menilai dan menangani risiko yang berkaitan dengan perkhidmatan penyumberan luar.

  • SOC 1 mengaudit kawalan Peloton yang berkaitan dengan laporan kewangan pelanggan. Audit ini merangkumi penyelesaian Well Data Lifecycle (Kitaran Hayat Data Telaga), Production Data Lifecycle (Kitaran Hayat Data Pengeluaran) dan Land Data Management (Pengurusan Data Tanah) Peloton.
  • SOC 2 mengaudit kawalan Platform Peloton yang berkaitan dengan Kriteria Perkhidmatan Amanah: perlindungan dan ketersediaan.

"Selama lebih 30 tahun, kami komited terhadap keselamatan dan perlindungan Platform Peloton kami. Ini disahkan lagi apabila juruaudit mengesahkan dedikasi kami terhadap pelaksanaan yang berterusan serta pemantauan teknologi dan prosedur yang sesuai bagi melindungi keselamatan dan ketersediaan perkhidmatan serta data pelanggan," kata Gray.

Platform berasaskan Perisian sebagai Perkhidmatan Peloton menyediakan operator tenaga dengan keupayaan untuk melihat data operasi yang penting bagi ketiga-tiga bidang penyelesaian dalam sebuah platform. Dibangunkan secara usaha sama dengan teknologi Microsoft Azure, platform boleh suai ini memberikan pengalaman pengguna yang lancar untuk membantu organisasi mencapai nilai maksimum daripada Well Data Lifecycle, Production Data Lifecycle dan Land Data Management. Setiap produk Peloton mempunyai integrasi komersial dengan setiap produk kami yang lain, yang amat menjimatkan kos pelaksanaan dan mengurangkan kerumitan.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang pematuhan Peloton terhadap SOC, atau untuk meminta salinan laporan, sila hubungi wakil akaun anda atau info@peloton.com.

Sila hubungi: 
Cara Riccetti
Pengurus Komunikasi Pemasaran Global
713-410-7857
cara.riccetti@peloton.com 

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1163960/Peloton_Logo.jpg?p=medium600  

 

Source: Peloton
Keywords: Computer Software Computer/Electronics High Tech Security Oil/Energy Utilities New products/services Data Analytics