omniture

B Lab Global Mengumumkan Ketua Eksekutif Baharunya, Eleanor Allen, dalam Mempercepatkan Misi untuk Menjadikan Perniagaan sebagai satu Usaha ke arah Kebaikan

B Lab
2022-03-10 12:12 23

Pelantikan Allen memajukan usaha organisasi bukan berasaskan keuntungan dalam membina ekonomi yang dipacu pihak berkepentingan

NEW YORK, 10 Mac 2022 /PRNewswire/ -- B Lab, sebuah rangkaian organisasi global yang mengubah sistem ekonomi, hari ini mengumumkan pelantikan Eleanor Allen sebagai Ketua Eksekutif baharunya. Sebagai seorang pemimpin perniagaan yang berpengalaman dalam kedua-dua sektor swasta dan awam, Allen membawa banyak pengetahuan dan pemahaman yang luas tentang kerja-kerja impak di peringkat global. Pelantikan ini menandakan satu detik penting untuk B Lab dan pergerakan B Corp ketika ia mengubah kuasa serta membina sistem ekonomi yang lebih inklusif, saksama dan berjana semula untuk semua orang dan planet ini.

"Perniagaan memainkan peranan penting dalam menangani krisis sosial dan alam sekitar yang semakin meningkat di seluruh dunia dan itulah yang menyebabkan hasil usaha B Lab menjadi semakin penting," kata Allen. "Saya komited dalam peranan baharu ini untuk menyokong dan menggerakkan perniagaan yang mengetahui bahawa keuntungan dan tujuan boleh dicapai secara serentak."

Sebagai Ketua Eksekutif, Allen akan mendorong keutamaan strategik B Lab termasuk mengembangkan piawaian B Corp, mempromosikan dasar-dasar inklusif di peringkat global dan memupuk perkongsian inovatif bagi memenuhi minat yang belum pernah berlaku sebelum ini terhadap pergerakan B Corp.

"Eleanor ialah seorang pemimpin kebaktian sejati dengan keupayaannya yang terbukti dapat mengimbangi rasa empati, rasa ingin tahu dan keterangkuman dengan pantas dan tegas," kata Pengasas Bersama B Lab, Andrew Kassoy dan Bart Houlahan yang akan kekal berada di B Lab sebagai Ahli Lembaga Pengarah dan Penasihat Kanan kepada Allen. "Kami teruja kerana Eleanor telah memilih untuk membawa pengalaman globalnya yang luar biasa kepada pergerakan B Corp."

Untuk melihat kenyataan akhbarnya yang lengkap, sila layari halaman ini.

Tentang B Lab: B Lab mengubah ekonomi global untuk memberi manfaat kepada semua orang, komuniti dan planet ini. Sebagai peneraju dalam perubahan sistem ekonomi, rangkaian global kami mencipta piawaian, dasar, peralatan serta program untuk perniagaan dan kami memperakui syarikat—dikenali sebagai B Corps—yang menerajui perjalanan. Sehingga kini, komuniti kami merangkumi 400,000 orang pekerja di lebih 4,700 buah B Corps merentasi 78 buah negara dan 155 jenis perindustrian serta lebih 150,000 syarikat menguruskan impak mereka dengan Penilaian Impak B dan Pengurus Tindakan SDG. B Lab telah mewujudkan dan mengetuai usaha untuk meluluskan lebih 50 peraturan korporat di seluruh dunia yang membolehkan tadbir urus bagi pihak berkepentingan, dengan lebih 10,000 buah syarikat menggunakan rangka kerja undang-undang tersebut. Untuk mengetahui lebih lanjut dan menyertai pergerakan ini, sila layari www.bcorporation.net.

Source: B Lab
Keywords: Banking/Financial Service Personnel announcements