omniture

Persekutuan Pergigian Sedunia FDI menyoal tentang bagaimana industri boleh memacu inovasi bagi meningkatkan kesihatan mulut?

FDI World Dental Federation
2022-03-10 15:00 27

Menjelang  Hari Kesihatan Oral Sedunia  pada hari Ahad bersamaan 20 Mac, FDI dan pihak berkepentingan terkemuka daripada industri pergigian akan berhimpun melalui sebuah acara khas dalam talian (17 Mac) untuk membincangkan peranan inovasi dan teknologi dalam membentuk masa depan kesihatan oral.

GENEVA, 10 Mac 2022 /PRNewswire/ -- Hari Kesihatan Oral Sedunia (WOHD) diraikan setiap tahun di seluruh dunia pada 20 Mac. Bersempena semangat kempen WOHD 2022, Berbangga dengan Mulut anda untuk kebahagiaan dan kesejahteraan anda yang menyokong tindak balas pelbagai sektor dalam menangani beban penyakit mulut, Persekutuan Pergigian Sedunia FDI (FDI) akan menghimpunkan rakan industri pergigian yang terkemuka dalam sebuah webinar bagi membincangkan peranan inovasi dan teknologi dalam membentuk masa depan kesihatan oral.

Kempen WOHD 2022 menekankan bahawa mulut yang tidak sihat boleh memberi kesan buruk terhadap setiap aspek kehidupan seperti emosi, sosial, mental dan kesejahteraan fizikal secara keseluruhan. Oleh itu, tindakan bersepadu di seluruh kumpulan pihak berkepentingan ‒ orang awam, kerajaan dan penggubal dasar serta industri pergigian ‒ diperlukan untuk menangani penyakit mulut yang dihidapi oleh kira-kira 3.5 bilion orang di seluruh dunia, dengan kerosakan gigi (karies gigi) pada gigi kekal merupakan penyakit yang paling lazim dihidapi di seluruh dunia.

Teknologi baharu kini sedang merevolusikan pergigian, memudahkan tugas para profesional pergigian, meningkatkan pengalaman pesakit, menangani masalah akses kepada penjagaan terhadap populasi yang kurang mendapat perkhidmatan dan rentan serta menerajui transformasi ke arah amalan yang mampan. Webinar yang disertai oleh rakan industri rasmi WOHD ini akan menekankan sumbangan yang dibuat oleh para pemimpin inovasi utama dalam meningkatkan kesihatan mulut dan kualiti kehidupan manusia di seluruh dunia.

Prof. Paulo Melo, Pengerusi Pasukan Petugas WOHD berkata "Pada 20 Mac setiap tahun, kami menyeru dunia supaya bersatu untuk membantu mengurangkan beban penyakit mulut di seluruh dunia yang mempengaruhi individu, sistem kesihatan dan ekonomi di mana-mana sahaja. Kesihatan mulut yang baik adalah penting untuk kesihatan umum, kesejahteraan dan kualiti kehidupan. Rakan industri memainkan peranan yang penting dalam menyediakan produk, teknologi dan peralatan yang diperlukan untuk memudahkan pencegahan, pengesanan awal dan rawatan penyakit mulut". 

Rakan kongsi kempen yang berharga iaitu Unilever, Dentsply-Sirona dan Align Technology bakal membentangkan perspektif mereka tentang strategi, teknologi dan kaedah yang membentuk masa depan kesihatan mulut dengan membantu para profesional pergigian dalam pencegahan, pengesanan awal dan penjagaan penyakit mulut supaya orang ramai boleh berbangga dengan mulut mereka.

Unilever akan menonjolkan kempen baharu mereka "Don't Wait Until It's Too Late (Jangan Tunggu Sehingga Ia Terlalu Lewat) #TalkToADentist" dan manfaat Telepergigian. Kempen ini adalah berdasarkan kepercayaan bahawa semua orang boleh mengakses penjagaan pergigian pakar yang mudah dan berpatutan.

Align Technology akan menerangkan bagaimana teknologi pergigian digital dapat membantu mendidik para pesakit, meningkatkan pengalaman rawatan mereka dan menyokong klinisian dalam mewujudkan penjagaan pencegahan sebagai sebahagian daripada perjalanan kesihatan mulut yang berpanjangan.

Dentsply-Sirona akan membincangkan tentang bagaimana inovasi digital terkini mereka meningkatkan akses kepada penjagaan berkualiti tinggi yang membolehkan penyelesaian khusus pesakit dengan aliran kerja digital yang serba lengkap yang dikuasakan oleh kecerdasan buatan serta membolehkan para profesional pergigian memberi tumpuan kepada perkara yang paling penting: merawat pesakit mereka dan menjelmakan senyuman sihat.

Acara dalam talian ini akan bermula pada pukul 2 petang Waktu Eropah Tengah atau 8 pagi Waktu Piawai Timur pada 17 Mac dan akan distrimkan di Oral Health Campus. Sertai webinar tersebut dan ketahui bagaimana inovasi terbaharu ini memberi kesan yang besar kepada pengetahuan dan tingkah laku kesihatan oral pesakit pada masa akan datang serta bagaimana pasukan doktor gigi dan pergigian dapat memberikan campur tangan yang lebih selamat dan lebih berkesan pada tahap individu dan juga populasi.

Gambar boleh didapati di AP Images (http://www.apimages.com)

Hubungan Media: 

Chaz Jagait, Pengarah Sokongan dan Komunikasi FDI
Mudah Alih: +41 79 796 76 13 
E-mel: cjagait@fdiworlddental.org

Tentang Hari Kesihatan Oral Sedunia

Disambut setiap tahun pada 20 Mac, Hari Kesihatan Oral Sedunia (WOHD) dilancarkan oleh Persekutuan Pergigian Sedunia FDI untuk meningkatkan kesedaran global tentang pencegahan dan kawalan penyakit mulut. www.worldoralhealthday.org; #WOHD22 #MouthProud

Rakan Kongsi Global WOHD: Align Technology, Dentsply-Sirona, Unilever; Penyokong WOHD: Program Penjagaan Kesihatan Oral Wrigley, Listerine®

Tentang Persekutuan Pergigian Sedunia FDI 

Persekutuan Pergigian Sedunia FDI berfungsi sebagai badan perwakilan utama untuk lebih satu juta doktor gigi di seluruh dunia. Keahliannya terdiri daripada 200 persatuan pergigian kebangsaan dan kumpulan pakar di lebih 130 buah negara. FDI mempunyai visi untuk memimpin dunia ke arah kesihatan oral yang optimum. https://www.fdiworlddental.org/; facebook.com/FDIWorldDentalFederation; https://www.worldoralhealthday.org/ ; twitter.com/FDIWorldDental; https://www.linkedin.com/company/fdiworlddentalfederation

Source: FDI World Dental Federation
Keywords: Dentistry Health Care/Hospital Medical/Pharmaceuticals Mental Health Conference call announcements New products/services