omniture

PELANTIKAN KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF RSPO

Roundtable On Sustainable Palm Oil
2022-03-10 22:38 46

Ahli Lembaga Gabenor RSPO melantik Joseph D'Cruz sebagai Ketua Pegawai Eksekutif

KUALA LUMPUR, Malaysia, 10 Mac 2022 /PRNewswire/ -- Ahli Lembaga Gabenor Roundtable on Sustainable Palm Oil (Rundingan Meja Bulat Minyak Sawit Lestari, RSPO) dengan sukacitanya melantik Joseph D'Cruz (JD) sebagai Ketua Pegawai Eksekutif berkuat kuasa 15 Mac 2022.

RSPO Board of Governors appoint Joseph D’Cruz as Chief Executive Officer
RSPO Board of Governors appoint Joseph D’Cruz as Chief Executive Officer

D'Cruz mempunyai pengalaman selama lebih dua puluh tahun dalam hal ehwal kelestarian, menangani pelbagai cabaran pembangunan global termasuk pemuliharaan alam sekitar, perubahan iklim, pengurangan kemiskinan, pembangunan ekonomi serta pemulihan bencana. Dalam jawatan terbaharunya sebagai Penasihat Khas, Inovasi Perancangan Strategik bagi Program Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNDP) New York, beliau mengetuai fungsi pembangunan strategi global, masa depan dan inovasi UNDP yang berkhidmat secara langsung dengan ketua UNDP.

Pengerusi Bersama Ahli Lembaga Gabenor RSPO, Cik Anne Rosenbarger dan Dato' Carl Bek- Nielson berkata, "Kami gembira dapat melantik seorang pakar kelestarian dan pembangunan yang akan mempertingkat kesan RSPO terhadap kelestarian industri minyak sawit, bersama-sama dengan pasukan kami yang sedia ada dan kukuh. Kami yakin D'Cruz bakal menjadi pemimpin yang sangat memberi kesan ketika menerajui RSPO serta menyatukan pelbagai kumpulan pihak berkepentingan untuk mempermudah dan mempercepat pengembangan minyak sawit lestari yang diperakui ke seluruh dunia."

Ketua Pegawai Eksekutif RSPO, D'Cruz berkata, "Saya berbesar hati dapat menyertai RSPO bagi memajukan salah satu agenda kelestarian yang paling penting di dunia. Sektor sawit minyak yang lestari dari aspek alam sekitar, sosial dan ekonomi adalah penting untuk masa depan kita bersama-sama di seluruh dunia. Saya berharap dapat bekerjasama dengan ahli-ahli serta rakan kongsi kami untuk menjadikan wawasan ini suatu kenyataan pada tahun-tahun akan datang."

Pelantikan D'Cruz menyusul selepas peletakan jawatan Beverly Postma pada bulan Mei 2021.

Pengerusi Bersama RSPO turut menambah, "Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Cik Audrey Lee, Encik Adam Harrison dan Dr. Gan Lian Tiong kerana menyokong Sekretariat dan ahli RSPO sebagai Penyelaras Interim semasa tempoh peralihan ini."

Lihat siaran lengkap di sini.

Tentang RSPO: 
Roundtable on Sustainable Palm Oil (RSPO) telah ditubuhkan pada tahun 2004 dengan objektifnya untuk mempromosikan pertumbuhan dan penggunaan produk sawit yang lestari melalui standard global yang boleh dipercayai dan dengan penglibatan daripada pihak berkepentingan. RSPO ialah organisasi antarabangsa bukan berasaskan keuntungan yang menyatukan pihak berkepentingan daripada sektor industri minyak sawit termasuk pengeluar sawit, pemproses sawit atau pedagang, pengeluar barangan pengguna, peruncit, bank dan pelabur, NGO pemuliharaan alam sekitar dan alam semula jadi serta NGO sosial atau pembangunan.

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1763038/Roundtable_On_Sustainable_Palm_Oil_JD_RSPO_01.jpg?p=medium600

 

 

Source: Roundtable On Sustainable Palm Oil
Keywords: Environmental Products & Services Personnel announcements