omniture

BEAM SUNTORY MELANCARKAN EDISI TERHAD BOWMORE 1965 PRECIOUS METALS SECARA EKSLUSIF KEPADA GLOBAL TRAVEL RETAIL

Beam Suntory
2022-03-10 22:51 46

LONDON, 10 Mac 2022 /PRNewswire/ -- Beam Suntory amat teruja untuk memperkenalkan edisi terhad Bowmore™ 1965 Precious Metals yang direka oleh pakar ketukangan, John Galvin secara eksklusif kepada Global Travel Retail.

Bowmore 1965 Precious Metals Bottle Shot
Bowmore 1965 Precious Metals Bottle Shot

Diilhamkan daripada kekayaan warisan pulau terpencil di Islay yang menjadi tempat terletaknya Bowmore selama lebih 240 tahun, John Galvin merakamkan tradisi berabad-abadnya bagi mencipta empat buah kotak peragaan individu yang memberi penghormatan kepada ketukangan legenda dan warisan kilang arak tersebut. 

Setiap kotak kayu oak buatan tangan ini dihiasi dengan plak tembaga yang diperbuat daripada bekas peti keselamatan kilang arak tersebut yang wujud sejak tahun 1924.

Bowmore 1965 Precious Metals meraikan perkembangan kilang arak tersebut kerana tahun 1960-an mewakili zaman kegemilangan Bowmore apabila beberapa daripada wiski jenamanya yang paling prolifik dan dikagumi telah dihasilkan. Pada hari ini, wiski tersebut sukar didapati dan hanya terhad kepada beberapa tong sahaja.

Memancarkan warna ambar yang berkilauan, Bowmore 1965 telah ditingkatkan kepada status legenda melalui kematangan yang memberikan rasa nota buah ikonik dan perisa mendalam yang amat dikagumi dalam malt tunggal Bowmore. Dari segi haruman, wiski ini menawarkan bau buah-buahan wangi yang elegan, lilin lebah yang manis dan coklat gelap pekat yang berkembang menjadi bau seperti pokok heather yang terbakar dan diakhiri dengan bauan bunga-bunga segar di musim bunga. Diimbangi dengan sempurna dengan sentuhan aroma bunga melur, buah-buahan kering dan aprikot, malt tunggal ini paling sesuai dinikmati begitu sahaja.

Setiap satu daripada empat botol tersebut boleh didapati pada harga runcit disyorkan (RRSP) sebanyak $50,000, dengan setiap kotak individu merupakan artifak dan koleksi khas yang merakam warisan yang berusia lebih 240 tahun. Botol ini juga akan disertai dengan sijil ketulenan dan bernombor untuk mengekalkan keunikannya yang sukar ditemui.

Karya seni khas yang dihasilkan sekali sahaja ini mewakili laluan utama ke dalam warisan Bowmore untuk para pengumpul wiski di seluruh dunia dan ia akan tersedia kepada para pelancong di lapangan terbang di Dubai, Taiwan, Hong Kong dan Amsterdam.

Botol pertamanya akan tersedia di kedai DF di Pusat Bandar Taipei bermula pada 11 Mac 2022.

Manuel González, Pengarah Pemasaran Global Travel Retail untuk Beam Suntory, berkata: "Kami berbesar hati dapat mempersembahkan edisi terhad Bowmore 1965 Precious Metals yang indah ini secara eksklusif kepada Global Travel Retail. Pakar ketukangan, John Galvin telah merakam asal usul kilang arak Bowmore dan memiliki rekod prestasi yang terbukti dalam mereka bentuk hasil karya yang sangat didambakan oleh para pengumpul. Dengan hanya empat botol yang tersedia di seluruh dunia, para pelanggan kami dijemput untuk mendapatkan karya seni unik yang mengabadikan ketukangan Bowmore dan meraikan kekayaan warisan jenama ini."

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1763098/Beam_Suntory.jpg?p=medium600  

Source: Beam Suntory
Keywords: Art Beer, Wine & Spirits Beverages Entertainment Retail Travel New products/services