omniture

Novavax Mengumumkan Pelancaran Program Pendidikan Vaksin Global

Novavax, Inc.
2022-03-11 00:25 40

'We Do Vaccines' dan 'Know Our Vax' ialah usaha baharu dalam pendidikan yang menyediakan maklumat berkenaan vaksin

Program tersebut menjelaskan komitmen Novavax terhadap pembangunan dan inovasi vaksin

GAITHERSBURG, Maryland, 11 Mac 2022 /PRNewswire/ -- Novavax, Inc. (Nasdaq: NVAX), sebuah syarikat bioteknologi yang dikhususkan untuk membangunkan dan mengkomersialkan vaksin generasi seterusnya bagi penyakit berjangkit yang serius, hari ini mengumumkan pelancaran program globalnya yang tidak berjenama iaitu 'We Do Vaccines' dan 'Know Our Vax', yang merupakan usaha pendidikan bertujuan untuk membantu melindungi kesihatan orang ramai di mana-mana sahaja dalam memerangi COVID-19 dan penyakit berjangkit lain yang membawa maut seperti influenza.

Program 'We Do Vaccines' membantu menyediakan maklumat berpendidikan tentang jenis-jenis vaksin yang biasa dan cara ia berfungsi, cara vaksin dihasilkan dan diuji serta cara pendekatan Novavax terhadap teknologi yang menjadikan vaksinnya berbeza. Program 'Know Our Vax' menyediakan maklumat berpendidikan tentang Novavax, pendekatan globalnya serta teknologi sebenar yang telah terbukti.

"Vaksin Novavax dibina pada platform berasaskan protein yang difahami dengan baik yang digunakan untuk vaksin lain selama beberapa dekad dan kami komited untuk memerangi pandemik semasa ini dan membantu kesihatan awam global secara menyeluruh," kata John Trizzino, Ketua Pegawai Komersial merangkap Ketua Pegawai Perniagaan Novavax. "Kami berbesar hati dapat melakukan apa yang kami mampu untuk memastikan bahawa semua pihak berkepentingan mempunyai kesedaran tentang pilihan vaksin mereka melalui pelancaran program pendidikan seperti ini."

Program ini bertujuan untuk memberi inspirasi kepada orang ramai untuk mengetahui lebih lanjut tentang cara vaksin membantu berjuta-juta nyawa manusia dan menggalakkan mereka yang belum mengambil vaksin untuk mempertimbangkan pilihan yang berbeza. Untuk maklumat lanjut, laman web penggunanya boleh didapati di www.wedovaccines.com dan laman web penyedia penjagaan kesihatannya boleh didapati di www.knowourvax.com.

Tentang Novavax
Novavax, Inc. (Nasdaq: NVAX) ialah sebuah syarikat bioteknologi yang menggalakkan peningkatan kesihatan di seluruh dunia melalui penerokaan, pembangunan dan pengkomersialan vaksin yang inovatif untuk mencegah penyakit berjangkit yang serius. Platform teknologi rekombinan proprietari syarikat ini memanfaatkan kuasa dan kepantasan kejuruteraan genetik untuk menghasilkan nanopartikel imunogen tinggi dengan cekap, yang direka untuk menangani keperluan kesihatan global yang mendesak. NVX-CoV2373 iaitu vaksin COVID-19 syarikat ini telah mendapat kebenaran bersyarat daripada pelbagai pihak berkuasa kawal selia di seluruh dunia termasuk Suruhanjaya Eropah dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia. Vaksin ini juga sedang disemak oleh pelbagai agensi kawal selia di seluruh dunia. Selain vaksin COVID-19 ini, Novavax juga sedang menilai vaksin gabungan influenza bermusim COVID dalam sebuah ujian klinikal Fasa 1/2, yang menggabungkan NVX-CoV2373 dan NanoFlu, iaitu calon vaksin percubaan influenza kuadrivalen miliknya. Calon-calon vaksin ini menggabungkan adjuvan Matrix-M™ berasaskan saponin proprietari Novavax untuk meningkatkan tindak balas imun dan merangsang antibodi peneutral berperingkat tinggi.

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.novavax.com dan berhubung dengan kami di TwitterLinkedInInstagram dan Facebook.

Pernyataan Berpandangan Ke Hadapan 
Pernyataan-pernyataan di sini berkaitan dengan masa depan Novavax, rancangan dan prospek operasinya, perkongsiannya, waktu keputusan ujian klinikalnya, pembangunan berterusan bagi NVX-CoV2373, termasuk calon vaksin gabungan influenza bermusim COVID dengan NanoFlu iaitu calon vaksin penyelidikan influenza kuadrivalennya, skop, masa dan hasil keputusan pemfailan dan tindakan kawal selia pada masa hadapan, potensi impak Novavax dan NVX-CoV2373 dalam menangani akses dan pendidikan vaksin di peringkat global, mengawal pandemik dan melindungi populasi serta keberkesanan, keselamatan dan penggunaan yang diharapkan bagi NVX-CoV2373 merupakan pernyataan berpandangan ke hadapan. Novavax memberi amaran bahawa pernyataan berpandangan ke hadapan ini tertakluk kepada pelbagai risiko dan ketidakpastian yang boleh menyebabkan keputusan sebenar berbeza secara material daripada yang dinyatakan atau yang tersirat dalam pernyataan tersebut. Risiko dan ketidakpastian ini merangkumi, dan tidak terbatas kepada, cabaran yang memuaskan, secara bersendirian atau bersama-sama dengan rakan kongsi, pelbagai keperluan keselamatan, keberkesanan, dan pencirian produk, termasuk yang berkaitan dengan kelayakan proses dan pengesahan asai, yang diperlukan untuk memenuhi kehendak pihak berkuasa kawal selia yang berkenaan; cabaran atau kelewatan yang tidak dijangka dalam menjalankan ujian klinikal; kesukaran mendapatkan bahan mentah dan bekalan yang sukar didapati; kekangan sumber, termasuk modal insan dan kapasiti pembuatan, kemampuan Novavax untuk meneruskan laluan peraturan yang dirancang; cabaran untuk memenuhi keperluan kontrak di bawah perjanjian dengan pelbagai entiti komersial, kerajaan, dan lain-lain; serta faktor risiko lain yang dikenal pasti dalam bahagian "Faktor Risiko" dan "Perbincangan dan Analisis Pengurusan Bagi Keadaan Kewangan dan Keputusan Operasi" Laporan Tahunan Novavax pada Borang 10-K untuk tahun tersebut yang berakhir pada 31 Disember 2021, seperti yang difailkan dengan Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa (SEC). Kami mengingatkan para pelabur untuk tidak terlalu bergantung pada pernyataan berpandangan ke hadapan yang terdapat dalam siaran akhbar ini. Anda digalakkan membaca pemfailan kami dengan SEC, yang boleh didapati di www.sec.gov dan www.novavax.com, untuk melihat perbincangan tentang perkara ini serta risiko dan ketidakpastian yang lain. Pernyataan yang berpandangan ke hadapan dalam siaran akhbar ini adalah tepat hanya pada tarikh dokumen ini dan kami tidak bertanggungjawab untuk mengemas kini atau menyemak semula mana-mana pernyataan tersebut. Perniagaan kami tertakluk kepada risiko dan ketidakpastian yang tinggi termasuk yang dirujuk di atas. Para pelabur, pelabur yang berpotensi dan lain-lain perlu mempertimbangkan dengan teliti tentang risiko dan ketidakpastian ini.

Sila hubungi: 

Pelabur
Novavax, Inc.
Erika Schultz | 240-268-2022
ir@novavax.com

Solebury Trout
Alexandra Roy | 617-221-9197
aroy@soleburytrout.com

Media
Ali Chartan | 240-720-7804
Laura Keenan Lindsey | 202-709-7521
media@novavax.com

Novavax launches 'We Do Vaccines' and 'Know Our Vax' programs
Novavax launches 'We Do Vaccines' and 'Know Our Vax' programs

 

 

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1763609/Novavax_We_Do_Vaccines_Know_Our_Vax_programs.jpg?p=medium600
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1506866/Novavax_High_Res_Logo.jpg?p=medium600 

 

Source: Novavax, Inc.
Related Stocks:
NASDAQ:NVAX
Keywords: Biotechnology Health Care/Hospital Infectious Disease Control Medical/Pharmaceuticals Pharmaceuticals New products/services