omniture

Darwinbox Melantik Mantan Ketua Produk Salesforce sebagai Naib Presiden Produk untuk Mempercepat Inovasi

Darwinbox
2022-03-11 02:25 33

SINGAPURA, 11 Mac 2022 /PRNewswire/ -- Darwinbox, platform Teknologi Sumber Manusia terkemuka di Asia, mengumumkan pelantikan Vivek Iyer ke dalam pasukan Kepemimpinan Eksekutifnya. Vivek menyertai syarikat sebagai Naib Presiden Produk. 

Darwinbox_Vivek_Iyer
Darwinbox_Vivek_Iyer

Sebagai mantan eksekutif Salesforce dan Kony Product Management, Vivek akan mengetuai pasukan produk & kejuruteraan Darwinbox, merealisasikan matlamat syarikat untuk menjadi peneraju teknologi dalam bidang Pengurusan Modal Insan di seluruh dunia. Penyedia HRMS berasaskan awan ini kini memberikan perkhidmatan kepada 650 buah perusahaan, dengan satu pertiga daripadanya telah pun beralih daripada platform yang kukuh oleh Oracle, SAP dan Workday.

Mengulas tentang pelantikan tersebut, Vivek berkata, "Dunia pekerjaan kini berkembang pada kadar yang pesat dengan Sumber Manusia serta teknologi Sumber Manusia menjadi tumpuan dalam revolusi ini. Saya teruja untuk menyertai Darwinbox ketika pelbagai organisasi meraih nilai yang luar biasa daripada teknologi Sumber Manusia moden." Beliau menambah, "Misi saya adalah untuk mempercepat inovasi produk Darwinbox sejajar dengan matlamat perniagaan dan keperluan pasaran kami dan saya sungguh bersemangat untuk memperkukuh cadangan nilai platform HRMS kami demi para pelanggan."

Dengan pengalaman selama 18 tahun dalam bidang kejuruteraan perisian bersama syarikat multinasional terkemuka, Vivek pernah berkhidmat di seluruh spektrum pengurusan produk. Terbaharu, beliau berkhidmat di Salesforce dengan memaksimumkan nilai untuk beratus-ratus pelanggan Salesforce, sebagai sebahagian daripada Industri Awannya. Sebelum itu, Vivek telah berkhidmat selama 10 tahun dengan Kony , membangunkan tawaran Keselamatan, Pesanan dan Pasaran Mudah Alih syarikat tersebut, di samping mengetuai lebih 60 orang jurutera, pengurus produk dan penulis teknikal. Vivek memperoleh Ijazah Sarjana MBA dari IIM, Calcutta dan merupakan alumni Anna University, Chennai.

"Kami gembira mengalu-alukan kedatangan Vivek sewaktu kami bersiap sedia untuk mempercepat agenda inovasi produk serta memperkukuh pasukan produk & kejuruteraan kami. Pengalaman beliau yang luas di bidang pembangunan aplikasi mudah alih, perisian perusahaan pertengahan, pengurusan API dan Perisian sebagai Perkhidmatan dalam sektor perisian perusahaan di India dan Amerika Syarikat, akan menambahkan perspektif baharu yang lebih mendalam kepada pelan hala tuju produk kami," kata Chaitanya Peddi, Pengasas Bersama & Ketua Produk Darwinbox.

Pembiayaan Siri D syarikat ini memberi galakan kepada misinya untuk terus membangunkan teknologi yang membolehkan organisasi memanfaatkan potensi kakitangan mereka pada tahap tertinggi. Dengan pelantikan para profesional berpengalaman seperti Vivek, pasukan di Darwinbox bersiap siaga untuk meningkatkan dan memperkukuh produk yang bertaraf dunia.

Mengulas secara khusus tentang inovasi produk yang telah dirancang, Chaitanya menambah, "Tumpuan terhadap pembangunan EX, AI dan ML serta analisis data untuk perusahaan akan dipertingkatkan. Kami turut menetapkan matlamat untuk memperluas tawaran produk kami dengan perkhidmatan dan penyelesaian sampingan yang membolehkan perusahaan memanfaatkan ciri 'pasang dan pakai' dalam ekosistem teknologi Sumber Manusia mereka."

Disokong oleh Salesforce Ventures, Sequoia India, Lightspeed India Partners, Endiya dan pelabur strategik lain, Darwinbox memberikan perkhidmatan kepada lebih 1.5 juta pekerja di lebih 90 buah negara termasuk syarikat unicorn yang berkembang pesat (Zilingo, Zalora, Carousell, Tokopedia), perusahaan terkemuka (SBS Transit, Armstrong, EM Services, MatchMove, Funding Societies, Mitra Adiperkasa) dan konglomerat besar (JG Summit Holdings, Indorama, Wilmar serta sebahagian daripada kumpulan Salim, Djarum dan Century Pacific) di rantau ini. Ia turut memberikan perkhidmatan kepada jenama global terkemuka antaranya seperti Nivea, Starbucks, Dominos, T-Systems, AXA, Tokio, Cigna dan lain-lain.

Foto: https://mma.prnasia.com/media2/1762964/Darwinbox_Vivek_Iyer.jpg?p=medium600

Source: Darwinbox
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Workforce Management/Human Resources Personnel announcements