omniture

Everlife mengambil alih Kumpulan Research Instruments dan pembekal makmal lain bagi mengembangkan penampilannya dalam segmen sains hayat strategik dan diagnostik klinikal di Asia Tenggara

Everlife Holdings Pte. Ltd.
2022-03-11 10:43 21

SINGAPURA, 11 Mac 2022 /PRNewswire/ -- Everlife Holdings Pte. Ltd. ("Everlife"), sebuah syarikat pengedaran dan akses pasaran terkemuka di India dan Asia Tenggara, telah mengumumkan pelengkapan pengambilalihan Kumpulan Research Instruments ("RI"), sebuah syarikat penyedia peralatan saintifik dan makmal yang terkemuka di Singapura, Malaysia, Thailand dan Vietnam. Ditubuhkan pada tahun 1989, kumpulan ini telah memantapkan kedudukannya sebagai rakan kongsi yang dipercayai oleh komuniti sains hayat dan saintifik yang membekalkan pelbagai produk daripada hampir 30 buah prinsipal termasuk jenama yang terkenal di seluruh dunia seperti Cytiva, Agilent, PacBio, Nanostring, Cell Signaling Technologies, Proteintech, Twist Bioscience, Quanterix, Thermo Fisher dan lain-lain. RI turut membekalkan Pure-NA dan True-Pro iaitu jenama reagen dan barangan guna habis syarikatnya sendiri untuk penyelidikan genomik dan protein. Pada masa ini, RI mempunyai lebih 70 orang pekerja di 4 buah negara yang menyediakan rangkaian perkhidmatan penuh yang merangkumi jualan, pemasaran, perkhidmatan serta sokongan kawal selia dan logistik.

Pelaburan RI tersebut menyusul setelah tiga pengambilalihan lain dimuktamadkan baru-baru ini di Malaysia dan Singapura dalam tempoh dua bulan yang lalu. Syarikat-syarikat tersebut iaitu Medigene Sdn. Bhd., Analisa Resources Sdn. Bhd. dan Scientific Resources Pte. Ltd. merupakan syarikat yang telah mantap dalam diagnostik klinikal, analisis dan sains hayat dengan portfolio yang amat melengkapi portfolio RI. Everlife telah mempunyai kedudukan sebagai peneraju di rantau ini terutamanya dalam bidang diagnostik klinikal di Malaysia, Filipina dan India. Pengambilalihan terbaharu tersebut akan membolehkan syarikat ini menyatukan produk dan memasuki segmen bersinergi dalam bidang analisis dan sains hayat sambil turut memperoleh tempat untuk bertapak di lokasi geografi seperti Thailand dan Vietnam. Pelaburan oleh Everlife dalam RI dan syarikat-syarikat lain adalah sangat strategik dan menunjukkan dorongan semangat bagi meningkatkan penampilan dan tawaran produk di salah sebuah rantau yang paling pesat berkembang di dunia. Walaupun berlakunya pandemik COVID, pertumbuhan KDNK Asia Tenggara telah menunjukkan pemulihan yang kukuh dan dijangka akan kembali ke tahap prapandemik pada tahun 2022. Di Singapura iaitu tempat terletaknya ibu pejabat RI, kerajaan telah mengenal pasti penyelidikan dan pembangunan sebagai keutamaan strategik sejak tahun 1990-an dan kekal menjadi tonggak utama dalam perancangan Singapura untuk menjadi sebuah ekonomi berasaskan pengetahuan dan dipacu inovasi.

Encik Raman Gandotra, Ketua Pegawai Eksekutif Everlife berkata, "RI menonjolkan ciri yang dicari oleh Everlife dalam syarikat dan ia telah menjadi salah satu nama terkemuka dalam perniagaan makmal dengan menawarkan produk dan perkhidmatan unggul secara konsisten kepada para pelanggan dan prinsipal mereka. Saya teruja untuk mengalu-alukan penyertaan pasukan RI ke dalam keluarga Everlife dan berharap dapat bekerjasama bagi memajukan visi bersama kami untuk Membolehkan Hasil yang Lebih Baik di rantau kami."

Encik Gregor Kent, Ketua Pegawai Eksekutif Research Instruments turut mengulas, "Saya kagum dengan kejayaan yang telah dicapai oleh Everlife di rantau ini dan saya percaya bahawa RI akan mendapat manfaat daripada pengalaman, profesionalisme dan sumber daripada sebuah kumpulan multinasional yang besar yang merangkumi pemasaran, IT, Sumber Manusia dan sebuah pasukan pematuhan yang ketat. Kami teruja untuk menjadi sebahagian daripada Everlife dan mencapai tahap kejayaan yang lebih tinggi dengan sokongan mereka."

Tentang Everlife 

Everlife ialah penyedia terkemuka bagi penyelesaian dan produk diagnostik kepada makmal saintifik dan klinikal di Asia Selatan dan Tenggara. Dengan menggabungkan kepakaran tenikal kami dan pemahaman mendalam tentang Asia berserta pendekatan yang bersemangat dan dipacu hasil untuk perniagaan, kami berhasrat untuk meningkatkan hasil kepada komuniti kami serta meningkatkan prestasi perniagaan kepada para pelanggan dan prinsipal kami. Kumpulan ini mewakili lebih 250 prinsipal dan sebuah pasukan yang terdiri daripada hampir 1,000 orang pekerja yang beroperasi di 7 buah negara. Everlife ialah sebahagian daripada Everstone Group, manakala Cure Capital merupakan pelabur minoritinya. Untuk mengetahui lebih lanjut, sila layari www.everlifeasia.com atau kunjungi kami di LinkedIn.  

Tentang Research Instruments 

Research Instruments merupakan sebuah syarikat pengedar terkemuka bagi peralatan saintifik dan reagen bio untuk penyelidikan sains hayat, yang memberi tumpuan kepada penyediaan alat dan teknologi generasi seterusnya dengan sokongan terbaik untuk penggunaan, perkhidmatan penyelenggaraan dan latihan. Ditubuhkan pada tahun 1989 dan mempunyai pejabat di seluruh Asia Tenggara, Research Instruments Pte. Ltd. diperakui oleh GDP-MDS untuk pengedaran Peranti Perubatan dan Diagnostik, diperakui bizSAFE untuk perkhidmatan kejuruteraan serta menawarkan logistik rantaian sejuk dan penggudangan yang mematuhi GMP dan Diperakui ISO 9001. Untuk mengetahui lebih lanjut, sila layari www.ri.com.sg.

Logo: https://mma.prnasia.com/media2/1761910/Everlife_Logo.jpg?p=medium600
Logo: https://mma.prnasia.com/media2/1761909/Research_Instruments_Logo.jpg?p=medium600

 

 

Source: Everlife Holdings Pte. Ltd.
Keywords: Biotechnology Health Care/Hospital Medical Equipment Medical/Pharmaceuticals Acquisitions, mergers, takeovers