omniture

Gan & Lee Pharmaceuticals Memulakan Percubaan Pertama Ke Atas Manusia di A.S. untuk Ubat Percubaan, GZR18

Gan & Lee Pharmaceuticals Co., Ltd.
2022-03-11 17:09 18

BEIJING dan BRIDGEWATER, New Jersey, 11 Mac 2022 /PRNewswire/ -- Gan & Lee Pharmaceuticals Co., Ltd. (selepas ini dirujuk sebagai Gan & Lee, kod saham: 603087.SH), dengan sukacitanya mengumumkan bahawa subjek pertama bagi kajian klinikal dos meningkat tunggal Fasa I yang dibutakan dua kali, rawak, terkawal plasebo, dan berturutan di A.S. telah diberikan dos bagi ubat percubaan syarikatnya, GZR18. GZR18 ialah sejenis agonis reseptor peptida-1 seperti glukagon (GLP-1RA) yang berpotensi untuk merawat pesakit yang menghidap diabetes jenis 2. Buat masa ini, diabetes melitus jenis 2 menyumbang kepada kira-kira 90% daripada semua kes diabetes manakala peningkatan sebanyak 46% dalam bilangan pesakit yang menghidap diabetes dijangka meningkat di seluruh dunia pada tahun 20451. Peptida-1 seperti glukagon (GLP-1) ialah sejenis hormon inkretin yang bertanggungjawab untuk kebanyakan kesan glukoregulasi seperti rangsangan rembesan insulin dan perencatan glukagon, apabila glukosa dalam darah adalah tinggi2. Kebanyakan kesan glukoregulasi ini sering terjejas pada pesakit yang menghidap diabetes jenis 23.

Objektif utama kajian Fasa 1 ini adalah untuk menyelidik keselamatan dan toleransi GZR18 pada para sukarelawan yang sihat. Di samping itu, objektif keduanya adalah untuk menentukan parameter farmakokinetik (PK) GZR18. "Permulaan bagi ujian klinikal Fasa 1 GZR18 di tapak A.S. ini merupakan satu pencapaian penting untuk program pembangunan klinikal global kami. Ujian ini menunjukkan komitmen jangka panjang Gan & Lee untuk memperkukuh perancangan kami dalam bidang diabetes dan terapeutik yang lain untuk memberi manfaat kepada pesakit dan komuniti perubatan" kata Dr. Mike Hu, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) & Presiden Gan & Lee Pharmaceuticals Corporation. 

Tentang Gan & Lee

Gan & Lee Pharmaceuticals telah berjaya membangunkan insulin manusia biosintesis domestik yang pertama di China. Buat masa ini, kami mempunyai lima analog insulin rekombinan yang dikomersialkan di China termasuk suntikan glargine yang bertindak lama (Basalin®), suntikan lispro yang bertindak pantas (Prandilin), suntikan aspart yang bertindak pantas (Rapilin®), suntikan lispro protamina zink campuran (25R) (Prandilin25), suntikan aspart 30 (Rapilin®30) dan satu suntikan insulin manusia - suntikan insulin manusia protamina campuran (30R) (Similin®30). Kami mempunyai dua peranti perubatan yang diluluskan di China iaitu pen suntikan insulin boleh guna semula (GanleePen), dan jarum pen pakai buang (GanleeFine®).

Di masa akan datang, Gan & Lee berusaha untuk mencapai liputan yang komprehensif dalam bidang diagnosis dan rawatan diabetes. Dengan melangkah ke hadapan bagi mencapai matlamat kami untuk menjadi syarikat farmaseutikal bertaraf dunia, kami juga akan mengambil bahagian secara aktif dalam membangunkan entiti bahan kimia baharu dan mengusahakan rawatan bagi penyakit kardiovaskular, penyakit metabolik, kanser dan lain-lain terapi. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi kami di investorrelations@ganlee.us.

Rujukan 

1.  Persekutuan Diabetes Antarabangsa. IDF Diabetes Atlas, edisi ke-10. Brussels, Belgium: 2021. Boleh didapati di: https://www.diabetesatlas.org

2.  Nauck MA, Quast DR, Wefers J, Meier JJ. GLP-1 receptor agonists in the treatment of type 2 diabetes - state-of-the-art. Mol Metab. April 2021; 46:101102. doi: 10.1016/j.molmet.20.101102. Epub 14 Oktober 2020. PMID: 33068776; PMCID: PMC8085572. Boleh didapati di: https://www.ncbi.nlm.nih.gov/books/NBK551568/

3.  Brunton SA, Wysham CH. GLP-1 receptor agonists in the treatment of type 2 diabetes: role and clinical experience to date. Postgrad Med. November 2020;132(sup2):3-14. doi: 10.1080/00325481.20.1798099. Epub 8 September 2020. PMID: 32815454.

Hubungan Media: Gina Antonucci, #: 888-288-5395, investorrelations@ganlee.us 

 

Source: Gan & Lee Pharmaceuticals Co., Ltd.
Related Stocks:
Shanghai:603087
Keywords: Health Care/Hospital Medical/Pharmaceuticals Pharmaceuticals Clinical Trials/Medical Discoveries