omniture

BNY Mellon Mengumumkan Pelan Penggantian Kepemimpinan Dengan Menamakan Robin Vince Sebagai Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif

BNY Mellon
2022-03-11 20:47 226

Ketua Pegawai Eksekutif, Todd Gibbons akan Bersara pada Tahun Ini 

Robin Vince, Naib Pengerusi BNY Mellon dan Ketua Pegawai Eksekutif Global Market Infrastructure, Dinamakan sebagai Presiden dan pemangku Ketua Pegawai Eksekutif 

NEW YORK, 11 Mac 2022 /PRNewswire/ -- The Bank of New York Mellon Corporation ("BNY Mellon") (NYSE: BK) hari ini mengumumkan bahawa Thomas P. (Todd) Gibbons telah memutuskan untuk bersara sebagai Ketua Pegawai Eksekutif dan Ahli Lembaga Pengarah pada 31 Ogos 2022, selepas memiliki kerjaya yang cemerlang selama 36 tahun dengan syarikat tersebut. Barisan Ahli Lembaga Pengarah telah melantik Robin Vince sebagai pengganti beliau pada masa tersebut. Pada peringkat awal, Encik Vince akan berkhidmat sebagai Presiden dan pemangku Ketua Pegawai Eksekutif yang berkuat kuasa serta-merta dan akan bekerjasama rapat dengan Encik Gibbons bagi memastikan peralihan tanggungjawab yang lancar dan teratur.

Robin Vince, President and CEO-elect, BNY Mellon
Robin Vince, President and CEO-elect, BNY Mellon

Pada peringkat awal, Encik Gibbons telah memegang pelbagai jawatan kepemimpinan sepanjang tempoh perkhidmatannya, termasuk sebagai Ketua Pegawai Eksekutif sejak bulan September 2019. Beliau telah menerajui BNY Mellon melalui cabaran dan kerumitan pandemik COVID-19 – melindungi aset para pelanggan, melindungi para pekerja, meningkatkan daya ketahanan operasi syarikat, memacu kecekapan dan pertumbuhan organik serta memantau sokongan terhadap pasaran global dan program kerajaan. Selain itu, Encik Gibbons telah membangunkan sebuah pasukan kepemimpinan yang kukuh dan pelbagai sambil bekerjasama dengan Ahli Lembaga Pengarah untuk membangun dan melaksanakan pelan penggantian kepemimpinan yang membuahkan keputusan untuk menamakan Encik Vince sebagai pengganti beliau.

Pada peringkat awal, Encik Vince berkhidmat sebagai Naib Pengerusi BNY Mellon dan Ketua Pegawai Eksekutif Global Market Infrastructure yang merangkumi barisan perniagaan Pershing, Perkhidmatan Perbendaharaan serta Pengurusan Kolateral dan Penyelesaian termasuk Perkhidmatan Pasaran & Pelaksanaan milik BNY Mellon. Sebelum menyertai BNY Mellon, Encik Vince telah berkhidmat selama 26 tahun dengan Goldman Sachs dan yang paling terbaharu, beliau memegang jawatan sebagai Ketua Pegawai Risiko dan ahli Jawatankuasa Pengurusan serta sebelum itu, beliau telah memegang pelbagai jawatan yang di antaranya sebagai Bendahari, Ketua Operasi, Ketua Pasaran Wang Global, Ketua Pegawai Operasi bagi rantau EMEA dan Ketua Pegawai Eksekutif Goldman Sachs International Bank.

Joseph J. Echevarria, Pengerusi Bebas Ahli Lembaga Pengarah berkata: "Pengumuman yang dibuat pada hari ini merupakan kemuncak kepada proses penggantian Todd dan Ahli Lembaga Pengarah yang dirancang dengan baik, teliti dan teratur bagi memastikan kesinambungan kepemimpinan dan kejayaan berterusan BNY Mellon. Disebabkan Todd bersara setelah hampir empat dekad berkhidmat dengan syarikat ini dan para pemegang saham, termasuk kepemimpinan beliau yang cemerlang dalam menangani pandemik global ini, kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Todd atas pelbagai sumbangan beliau. Beliau telah menunjukkan komitmen yang kukuh secara konsisten kepada para pelanggan kami dan rakan sekerja serta memainkan peranan penting dalam membangunkan BNY Mellon menjadi institusi pada tahap ini kini."

Encik Gibbons berkata: "Ia merupakan suatu penghormatan dapat bekerja dengan BNY Mellon selama 36 tahun yang lalu, sebahagiannya kerana saya amat mempercayai misi teras syarikat ini dan nilai perkhidmatan yang diberikan kepada para pelanggan dan masyarakat. Pandemik ini telah menyerlahkan peranan penting kami dalam ekosistem kewangan global serta daya tahan kami dan syarikat kami berdiri pada hari ini sebagai peneraju pasaran dalam kebanyakan bidang perniagaan kami. Ketika saya bersedia untuk bersara, saya tidak dapat memikirkan orang lain yang lebih baik berbanding Robin untuk memastikan syarikat ini dapat memanfaatkan pelbagai peluang yang akan datang apabila industri ini terus berkembang. Robin merupakan seorang penyumbang yang penting kepada syarikat ini, strategi dan juga agenda pertumbuhan kami. Beliau merupakan seseorang yang amat saya hormati dan percayai, malah saya berharap dapat bekerjasama dengannya untuk menyokong peralihan ini dalam beberapa bulan akan datang sambil terus memacu pertumbuhan organik."

Encik Echevarria menyambung: "Sejak beliau menyertai BNY Mellon pada tahun 2020, Robin telah memberi sumbangan yang besar kepada perniagaan ini dan menunjukkan pendekatan yang teliti terhadap strategi, pelaksanaan dan perkhidmatan kepada para pelanggan. Selain daripada pengalaman beliau di BNY Mellon, Robin telah membawa bersama perspektif global dan pemahaman yang luar biasa tentang pasaran modal serta orientasi komersial yang kukuh dan pengalaman yang meluas daripada pelbagai jawatan kepemimpinan beliau selama lebih 26 tahun di Goldman Sachs. Kesemua perkara tersebut berserta kepercayaan dan penghormatan Todd terhadap beliau, memberikan kami keyakinan yang besar bahawa Robin merupakan individu yang tepat untuk menerajui BNY Mellon melalui fasa menarik yang seterusnya dalam sejarah syarikat ini. Ahli Lembaga Pengarah akan memberi sokongan kepada Robin, Todd dan seluruh Jawatankuasa Eksekutif ketika mereka bekerjasama rapat bagi memastikan peralihan tugas yang lancar dalam beberapa bulan akan datang."

Encik Vince mengulas: "BNY Mellon ialah sebuah institusi yang luar biasa yang memiliki sejarah yang kaya, kedudukan sebagai peneraju pasaran dan francais pelanggan global yang mengagumkan. Ia merupakan suatu penghormatan untuk menjadi Ketua Pegawai Eksekutif syarikat ini yang seterusnya dan saya berharap dapat bekerjasama dengan Todd dan Jawatankuasa Eksekutif bagi memastikan peralihan yang lancar. Saya berterima kasih atas sokongan yang diberikan oleh rakan sekerja saya di seluruh syarikat ini ketika saya memegang jawatan baharu ini. BNY Mellon memainkan peranan penting dalam sistem kewangan global dan semangat kami terhadap inovasi, hubungan pelanggan yang erat dan budaya yang membezakan syarikat kami. Saya berharap dapat memimpin institusi bersejarah ini yang terdiri daripada hampir 50,000 orang pekerja, melalui pendekatan yang teliti bagi memacu pertumbuhan organik dan mencipta nilai kepada semua pihak berkepentingan."

Tentang BNY Mellon
BNY Mellon ialah sebuah syarikat pelaburan global yang dikhususkan untuk membantu para pelanggannya mengurus dan menyelenggara aset kewangan mereka sepanjang kitaran hayat pelaburan.  Sama ada menyediakan perkhidmatan kewangan untuk institusi, perbadanan atau pelabur individu, BNY Mellon menyampaikan perkhidmatan pelaburan serta pengurusan kekayaan dan pelaburan bermaklumat di 35 buah negara. Setakat 31 Disember 2021, BNY Mellon memiliki aset di bawah jagaan dan/atau pentadbiran bernilai $46.7 trilion serta aset di bawah pengurusan bernilai $2.4 trilion.  BNY Mellon boleh bertindak sebagai titik hubungan tunggal kepada para pelanggan yang ingin mencipta, berdagang, memegang, mengurus, menyelenggara, mengedar atau menyusun semula pelaburan.  BNY Mellon ialah jenama korporat bagi The Bank of New York Mellon Corporation (NYSE: BK).  Maklumat tambahan boleh didapati di www.bnymellon.com.  Ikuti kami di Twitter @BNYMellon atau kunjungi bilik berita kami di www.bnymellon.com/newsroom untuk mendapatkan berita terkini tentang syarikat.

Hubungan:

Media 
Garrett Marquis 
+1 949 683 1503
garrett.marquis@bnymellon.com 

Penganalisis
Marius Merz
+1 212 298 1480
marius.merz@bnymellon.com

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1763761/BNY_Mellon_Robin_Vince_CEO_elect.jpg?p=medium600

 

Source: BNY Mellon
Related Stocks:
NYSE:BK
Keywords: Banking/Financial Service Personnel announcements