omniture

Jenama Bir Global, Corona, Melantik Pakar Reka Bentuk, Kulinari dan Gaya Hidup Terkenal untuk Membangunkan Pulau Corona

Corona
2022-03-11 22:28 227

Cef Christopher Carpentier, Penduduk Asal Colombia dan Model Gaya Hidup Aficionado  Paulina Vega dan Firma Senibina Antarabangsa, James + Mau, menyertai Misi Corona untuk Melindungi Syurga Tersebut

LONDON, 11 Mac 2022 /PRNewswire/ -- Sebelum pembukaan Pulau Corona yang amat dinanti-nantikan, destinasi yang direka untuk membantu para pengunjung melupakan kehidupan seharian dan berhubung semula dengan dunia semula jadi, Corona hari ini mengumumkan tiga pakar global yang akan membantu membentuk pengalaman tetamu secara mendalam di pulau ini melalui makanan, reka bentuk dan pusat gaya hidup. Reka bentuk dan program Pulau Corona akan diterajui oleh senarai figura terkenal yang merangkumi Jaime Gaztelu dan Mauricio Galeano daripada James & Mau, Jairo Márquez, Cef Christopher Carpentier serta Paulina Vega, Kurator Gaya Hidup dan Budaya.

Corona Island
Corona Island

"Pulau Corona menampilkan tujuan jenama ini untuk berhubung semula dengan alam semula jadi dan kami teruja dapat bekerjasama dengan duta global baharu kami untuk merealisasikan matlamat ini," kata Felipe Ambra, Naib Presiden Global Corona. "Dengan kepakaran mereka, program Pulau kami akan menjadi pengalaman mendalam yang luar biasa yang akan mempunyai hubungan yang erat dengan alam semula jadi dan meraikan persekitaran habitat dan organik yang indah di pulau ini."

Sebagai tambahan kepada duta baharu tersebut, Corona terus berusaha ke arah matlamatnya untuk menjadi "Blue Verified" sebagai sebahagian daripada program Blue Standard NGO antarabangsa yang ketat dengan bantuan rakan kongsi global mereka iaitu Oceanic Global. Penilaian tersebut kini sedang dijalankan dengan Pulau Corona yang ditetapkan untuk menjadi Pulau Blue Verified sepenuhnya yang pertama dengan pelancarannya pada akhir tahun ini.

Firma seni bina dan reka bentuk antarabangsa, James & Mau, akan mengetuai konsep reka bentuk keseluruhan Pulau Corona. Firma tersebut mempunyai portfolio konsep bioiklim dan kelestarian yang kukuh dan pengetahuan itu digunakan pada struktur bangunan dan banglo tetamu di Pulau tersebut. Arkitek Colombia tempatan, Jairo Márquez menyesuaikan konsep James & Mau terhadap realiti keadaan pulau ini yang berasaskan bahan-bahan yang lestari dan dengan sumber-sumber tempatan.

"Selaras dengan Corona yang disediakan dengan 100% bahan semula jadi, struktur Pulau ini direka dengan teliti untuk melengkap dan menggabungkan dengan persekitaran semula jadinya, sama ada laut, pantai, flora dan fauna," kata Mauricio Galeano Escobar, Ketua Arkitek untuk Pulau Corona . "Pendekatan kami menghormati hubungan kolektif kami yang mendalam dengan alam semula jadi, menjemput tetamu untuk berehat seketika, bernafas dan mendengar kepada dunia yang indah di sekeliling mereka serta meraikan persekitaran semula jadi."

Program kulinari lestari untuk Pulau Corona akan diketuai oleh Cef Christopher Carpentier. Cef yang berasal dari Chile dan kini menetap di Colombia, Cef Carpentier merupakan seorang juri tamu tetap di MasterChef Colombia dan Chile serta mengendalikan beberapa buah restoran di rantau ini. Dengan dua buah buku dan pelbagai anugerah masakan di sepanjang penglibatan beliau, Christopher amat bersesuaian untuk membawa kelazatan dan cita rasa semula jadi Amerika Latin yang diilhamkan secara langsung oleh bahan-bahan semula jadi 100% dari Corona.

"Sebagai seorang tukang masak dan pemastautin Colombia berketurunan Latin Amerika, saya amat menghormati gastronomi pelbagai budaya," kata Cef Eksekutif Pulau Corona, Christopher Carpentier. "Saya berharap dapat membawakan perisa tempatan yang lestari kepada kehidupan dalam menu kulinari dan program Pulau ini. Dengan taman yang kami rancang untuk ditanam di tapak, dapur kami akan menjadi cara pengalaman untuk tetamu kami berhubung semula dengan alam semula jadi melalui masakan tempatan yang segar dan lazat."

Selain daripada reka bentuk dan masakan, pengalaman tetamu di Pulau Corona akan memberi tumpuan kepada bengkel dan lawatan yang mengasyikkan para tetamu dalam kehidupan lestari. Bekas Miss Universe 2014, pengacara televisyen dan model di tanah asal Colombia, Paulina Vega berperanan sebagai Kurator Gaya Hidup Pulau tersebut. Sebagai pencinta pantai seumur hidup dan pengembara dengan penuh rasa ingin tahu, Vega akan mencipta pengalaman gaya hidup Pulau yang terdiri daripada lawatan snorkeling hingga kepada penanaman pokok bakau, menggunakan asal usul Colombia beliau, menerima gaya hidup dan budaya di mana projek tersebut diwujudkan dengan harapan apabila para tetamu kembali di rumah, mereka akan jatuh cinta dengan alam semula jadi. Ketahui lebih lanjut tentang visi beliau untuk Pulau tersebut di sini.

Sebelas buah negara* di seluruh dunia menjalankan promosi tempatan yang menawarkan perjalanan sekali seumur hidup dengan semua perbelanjaan dibayar sepenuhnya ke Pulau tersebut. Peluang tambahan untuk orang ramai mengakses pulau ini akan diumumkan pada bulan-bulan akan datang. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.livecoronaisland.com.

*Negara-negara yang layak termasuk: Argentina, Brazil, Kanada, Chile, Colombia, Republik Dominika, Ecuador, Guatemala, Paraguay, Peru dan Afrika Selatan. 

Tentang Corona
Diasaskan di Mexico, Corona merupakan jenama bir terkemuka di negara ini iaitu bir Mexico yang paling popular di seluruh dunia dan dieksport ke lebih 180 buah negara. Corona merupakan perintis dalam industri bir sebagai syarikat pertama yang menggunakan botol lut sinar, memaparkan ketulenan dan kualitinya yang tinggi ke seluruh dunia. Karya seni yang terdapat pada botol ini dicat untuk menyerlahkan komitmen kami terhadap kualiti pembungkusan serta warisan Mexico kami. Corona tidak lengkap tanpa adanya limau. Menambahkan ciri semula jadi, perisa dan kesegaran, limau merupakan ritual yang penting dalam menyampaikan pengalaman yang benar-benar unik bagi Corona. Jenama ini bersinonim dengan pantai dan menghargai detik-detik berada di luar rumah. Ia mengalu-alukan orang ramai untuk berhenti sejenak, berehat dan menikmati keseronokan hidup yang sederhana. Corona mempunyai komitmen yang berterusan terhadap mengurangkan penggunaan plastik. Ia telah menjangkau misinya untuk melindungi 100 buah pulau sebelum tahun 2020 dan terus melaksanakan usaha pembersihan global yang konsisten.

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1764041/CORONA_BUNGALOW_01_5k.jpg?p=medium600 
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1764040/Corona_Logo_05_Logo.jpg?p=medium600

 

 

 

Source: Corona
Keywords: Amusement Parks and Tourist Attractions Beer, Wine & Spirits Beverages Hotels and Resorts Travel Corporate Expansion Corporate Social Responsibility New products/services