omniture

AlUla memecahkan rekod Pertunjukan Belon Udara Panas Bercahaya Terbesar Di Dunia

AlUla Moments
2022-03-12 00:28 219

ALULA, Arab Saudi, 11 Mac 2022 /PRNewswire/ -- AlUla Moments dengan gabungan SAHAB (Persekutuan Belon Arab Saudi), memecahkan rekod gelaran Guinness World Records™ bagi Pertunjukan Belon Udara Panas Bercahaya Terbesar Di Dunia.

 

Rekod tersebut telah ditentukan pada 1 Mac 2022 berhampiran Hegra, Tapak Warisan Dunia UNESCO yang pertama di Arab Saudi. Tapak ini terkenal dengan lebih 100 makam berukir kaum Nabati yang menampilkan inskripsi dan simbol yang terpelihara dengan baik selama lebih 2,000 tahun di pergunungan batu pasir.

Sejumlah 142 biji belon yang diterangi cahaya disusun atur bersama-sama dalam sebuah pertunjukan di tapak purba, yang menerangi langit serta memancarkan cahaya ke arah landskap padang pasir yang berbatu-batan.

Rekod sebelum ini turut diperoleh di AlUla – semasa festival seni dan kebudayaan 'Winter at Tantora' pada tahun 2019 - ketika itu dengan 100 biji belon.

Acara ini menyusul selepas upacara menandatangani memorandum persefahaman antara Suruhanjaya Diraja AlUla (RCU) dan Persekutuan Belon Arab Saudi (SAHAB) pada 1 Mac 2022, menjadikan AlUla sebagai sebuah bandar yang menjadi pusat aktiviti belon udara panas di Arab Saudi.

Pertunjukan Belon Udara Panas Bercahaya Terbesar Di Dunia pada1 Mac 2022 merupakan sebahagian daripada acara AlUla Skies, sebuah festival baharu dalam kalendar acara AlUla Moments. Festival ini merangkumi pengalaman menyaksikan belon ketika matahari terbit dan terbenam dengan kira-kira 150 biji belon yang terapung-apung dengan tenang di udara setiap pagi di tapak purba yang menakjubkan ini.

Ini bukan kali pertama AlUla memecahkan rekod dunia. Maraya – tempat persidangan dan hiburan pelbagai guna - turut memperoleh gelaran Guinness World Records™ untuk Bangunan Bercermin Terbesar Di Dunia yang menampilkan cermin seluas 9,740 meter persegi sekali gus membentuk bayang-bayang menakjubkan yang memperlihatkan gunung-ganang dan landskap berpasir di Lembah Ashar.

Kalendar acara musim sejuk AlUla Moments dirancang untuk menawarkan pengalaman seni, muzik dan kebudayaan yang asli dan menarik, yang diilhamkan oleh tamadun ini. Acara ini dilanjutkan dengan festival AlUla Wellness dan Arts AlUla yang berlangsung sehingga penghujung bulan Mac 2022.

Untuk maklumat lanjut tentang AlUla, sila layari: www.ExperienceAlUla.com

Ikuti AlUla Moments Akaun media sosial di Instagram, Twitter, YouTube dan Facebook

Aset multimedia: 

Untuk Imej, video dan sedutan acara: muat turun di sini

Hubungan media: 

Abdullah Mansour
+971 55 919 9501
media@rcu.gov.sa

Video - https://mma.prnasia.com/media2/1764251/AlUla_Moments_1.mp4
Video - https://mma.prnasia.com/media2/1764252/AlUla_Moments_2.mp4
Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1764244/AlUla_Moments_1.jpg?p=medium600
Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1764245/AlUla_Moments_2.jpg?p=medium600
Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1764246/AlUla_Moments_3.jpg?p=medium600
Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1764247/AlUla_Moments_4.jpg?p=medium600

 

 

 

AlUla Moments in association with SAHAB (Saudi Arabian Ballooning Federation) breaks the Guinness World Records™ title for the World’s Largest Hot Air Balloon Glow Show on 1st of March 2022.
AlUla Moments in association with SAHAB (Saudi Arabian Ballooning Federation) breaks the Guinness World Records™ title for the World’s Largest Hot Air Balloon Glow Show on 1st of March 2022.

 

View from Hot Air Balloon above the UNESCO WORLD'S HERITAGE SITE, Hegra, AlUla, Saudi Arabia.
View from Hot Air Balloon above the UNESCO WORLD'S HERITAGE SITE, Hegra, AlUla, Saudi Arabia.

 

AlUla Moments in association with SAHAB (Saudi Arabian Ballooning Federation) breaks the Guinness World Records™ title for the World’s Largest Hot Air Balloon Glow Show on 1st of March 2022
AlUla Moments in association with SAHAB (Saudi Arabian Ballooning Federation) breaks the Guinness World Records™ title for the World’s Largest Hot Air Balloon Glow Show on 1st of March 2022

 

Hot Air Balloon Festival - AlUla Moments - March 2022
Hot Air Balloon Festival - AlUla Moments - March 2022

 

Source: AlUla Moments
Keywords: Amusement Parks and Tourist Attractions Travel Awards New products/services