omniture

PT. Animus Bersama Cermerlang dan Virtual Internet Pte. Singapura Melaksanakan Program Virtual 5G bagi menyokong PT. BUM Desa Indonesia

Virtual Internet Pte. Ltd.
2022-03-13 00:17 134

Berusaha ke arah Kemajuan Jalur Lebar Mudah Alih dan Akses Internet di kawasan Luar Bandar dan Bandar di seluruh Indonesia untuk membuka Potensi Digital di Indonesia

JAKARTA, Indonesia, SINGAPURA dan SAN JOSE, California, 13 Mac 2022 /PRNewswire/ -- PT. Animus Bersama Cermerlang Indonesia kini secara rasminya bekerjasama dengan Virtual Internet Pte. Ltd., Singapura, sebuah anak syarikat milik penuh ADARA Networks, Inc. San Jose, California bagi menyokong PT BUM Desa Indonesia merealisasikan visi dalam memajukan transformasi digital di kampung, pekan dan bandar di seluruh Indonesia.

Virtual 5G
Virtual 5G

PT. Animus Bersama Cermerlang dan Virtual Internet Pte. Ltd. menandatangani Perjanjian Pengedaran dan Pemasaran sebagai komitmen untuk meningkatkan kepantasan dan kebolehpercayaan Akses Internet di seluruh Indonesia. Perjanjian ini menandakan komitmen oleh kedua-dua syarikat, PT. Animus Bersama Cermerlang dan Virtual Internet Pte. Ltd. bagi menyokong PT BUM Desa Indonesia (BUMDES) Jakarta Raya, Indonesia · PT Badan Usaha Milik Desa Indonesia (BUMDES) / BDI merupakan syarikat induk bagi kebanyakan Badan Usaha Milik Desa di Indonesia.  PT BDI menyelia dan mempunyai rangkaian yang terdiri daripada lebih 94,500 entiti perniagaan yang tersebar di seluruh kampung dan kawasan terpencil di Indonesia. Kesemua entiti tersebut bekerjasama demi mengubah dan menambah baik pelbagai perkhidmatan digital di seluruh Indonesia.

Virtual 5G yang pertama seumpamanya, memberikan kelajuan Jalur Lebar Mudah Alih 5G dan perkhidmatan 5G yang tersedia di seluruh dunia melalui rangkaian OTT ('Over The Top') di seluruh dunia yang beroperasi pada semua bentuk rangkaian yang sedia ada termasuk Radio Selular, WiFi, Daratan dan Satelit. Sebagai OTT, perkhidmatan Virtual 5G di seluruh dunia saling menghubungkan para pengguna melalui semua dan mana-mana penyedia perkhidmatan. OTT telah menjadi platform dominan kerana melaksanakan perkhidmatan transformasi dengan pantas.

Perkhidmatan Virtual 5G boleh diakses melalui Aplikasi Mudah Alih (Pelanggan) yang tersedia melalui Google Play sebagai Perisian Premium.  Virtual 5G membolehkan kesemua aktiviti Internet para pengguna di Indonesia menikmati kependaman rendah, lebar jalur tinggi serta perkhidmatan yang boleh dipercayai yang diingini dan diperlukan oleh Indonesia melalui Jalur Lebar Mudah Alih; Media Sosial, Semakan Lewa, Berita, Muat Turun/Muat Naik Multimedia, E-mel dan Aplikasi.

Virtual 5G mendayakan Jalur Lebar Mudah Alih 5G pada telefon Android yang menyokong Android 8.0, 8.1, 9, 10, 11 dan Android 12 yang merupakan Sistem Pengendalian pada Telefon Android 5G generasi terkini; pada setiap generasi Peranti Mudah Alih Android, 2G, 3G, 4G dan 5G; serta pada setiap generasi Infrastruktur Radio Selular, 2G, 3G dan 4G/LTE serta 5G yang menggunakannya. Virtual 5G turut menyampaikan Jalur Lebar Mudah Alih 5G pada semua Teknologi Akses Internet; Radio Selular, Wi-Fi dan SATCOM yang merupakan infrastruktur bagi operasi PT BDI dalam memberikan perkhidmatan kepada komuniti Luar Bandar dan Bandar seperti Kampung, Pekan dan Bandar di seluruh Indonesia. Virtual 5G (Perisian) dilancarkan dalam beberapa saat, boleh ditingkatkan tanpa had dan melengkapi Infrastruktur 5G. Ini hanyalah beberapa sebab penting mengapa Virtual 5G boleh memberi manfaat kepada Indonesia.  

Indonesia menawarkan peluang yang unik untuk Internet Maya, melalui PT ABC dan PT BDI.

Indonesia mempunyai penduduk yang ke-4 terbanyak di dunia; dan Indonesia merupakan negara pulau terbesar di dunia. Indonesia mempunyai cabaran yang unik untuk menggunakan akses Internet Jalur Lebar Mudah Alih 5G di seluruh negara. Hampir separuh daripada rakyat Indonesia iaitu seramai 43% tinggal di kawasan luar bandar; peratusan ini dua kali ganda lebih tinggi berbanding wilayah-wilayah lain; 83% daripada penduduk A.S. tinggal di kawasan bandar, 72.5% daripada penduduk EU-28 tinggal di bandar-bandar, manakala di Amerika Latin dan Caribbean, 81.2% daripada penduduknya tinggal di kawasan bandar. Rakyat Indonesia di kawasan luar bandar dan bandar inginkan serta memerlukan Internet berkelajuan tinggi untuk aktiviti-aktiviti dalam talian. PT BDI memberi tumpuan dalam meningkatkan perkhidmatan luar bandar; dan kawasan-kawasan ini mempunyai kepentingan istimewa kepada Indonesia. Rakyat Indonesia amat celik digital; Indonesia merupakan negara peneraju di dunia dalam penggunaan perkhidmatan Internet dan Media Sosial. Perjanjian komersial ini menunjukkan bagaimana ekosistem digital di Indonesia memanfaatkan teknologi sedia ada dan baharu bagi menangani cabaran unik di Indonesia dalam mewujudkan perkhidmatan Jalur Lebar Mudah Alih bertaraf dunia untuk semua rakyat Indonesia.

Virtual 5G boleh didapati dengan segera pada harga langganan tahunan bagi setiap peranti sebanyak USD6 kepada hampir 300 Juta orang di Indonesia yang mengendalikan hampir 450 Juta Peranti serta menonjolkan manfaat besar penggunaan Virtual 5G. Menggunakan pendekatan Virtual 5G (Perisian) membolehkan pelancaran segera perkhidmatan Jalur Lebar Mudah Alih berkelajuan tinggi Abad ke-21 di seluruh Indonesia. Menggunakan OTT untuk menyampaikan Jalur Lebar Mudah Alih 5G merupakan langkah komersial yang inovatif dan penting yang menjadi sebahagian daripada pendekatan menyeluruh untuk mengubah landskap digital Indonesia dengan pantas serta membawa perkhidmatan Jalur Lebar Mudah Alih 5G dengan lancar kepada salah satu populasi pengguna Internet yang terbesar di dunia.

Sebagai satu-satunya Rangkaian Jalur Lebar Mudah Alih 5G di dunia, dengan berjuta-juta pengguna di lebih 150 buah negara, Virtual 5G (Perisian) telah digunakan di pelbagai rangkaian Telekomunikasi tradisional yang menunjukkan bahawa Virtual 5G merupakan pelengkap kepada rangkaian 3G, 4G/LTE, 5G sedia ada di Indonesia dan di seluruh dunia. Indonesia sedang mengalami pertumbuhan ekonomi yang pesat dan memerlukan peningkatan teknologi yang pantas terutamanya dalam Jalur Lebar Mudah Alih ketika Indonesia memperluas kedudukannya sebagai pusat peluang ekonomi di Asia dan membuka potensi digitalnya. 5G yang meluas selalunya tidak diunjurkan untuk digunakan sehingga penghujung dekad ini iaitu lebih kurang pada tahun 2030. Virtual 5G merapatkan jurang ini dan meningkatkan rangkaian Infrastruktur 5G pada masa dan lokasi ia dibangunkan. Virtual 5G kini boleh didapati di seluruh dunia, ia mudah alih dan tanpa sempadan, boleh dibawa kemana-mana sahaja oleh pengguna dan Virtual 5G tersedia untuk lebih 6.5 bilion orang di 150 buah negara di seluruh dunia, di setiap benua, pada sebarang generasi telefon (contohnya, 3G, 4G/LTE, 5G) yang menghapuskan penantian terhadap perkhidmatan 5G.

Teknologi 5G sedang mengalami kematangan. Virtual 5G (Perisian) merupakan sebahagian daripada fokus strategik terhadap 5G.  Perkakasan 5G dan Perisian (Maya) 5G adalah pendekatan pelengkap teknologi dalam memberikan manfaat 5G kepada para pengguna dan perusahaan. Virtual 5G berfungsi dengan Infrastruktur 5G untuk menangani cabaran penggunaan Perkhidmatan 5G. Virtual 5G membolehkan Penyedia Perkhidmatan dan Negara termasuk Telekomunikasi menggunakan Telefon Pintar yang sedia 5G dan infrastruktur 5G bagi mempercepat pelancaran dan penciptaan perkhidmatan baharu dalam membangunkan ekonomi digital ketika peringkat pemulihan pasca COVID. Melalui pengumuman komersial ini, Indonesia menunjukkan bahawa ia akan memanfaatkan Virtual 5G (Perisian) pada saat Indonesia memupuk ekosistem Perkakasan dan Perisian 5G tempatan yang bertenaga dan semakin berkembang. Indonesia, yang memiliki sebahagian besar populasi dunia ini sedang menuju ke fasa seterusnya dalam era digital global.     

Tentang PT BUM Desa Indonesia (BUMDES) / BDI

PT BUM Desa Indonesia (BUMDES) Jakarta Raya, Indonesia · PT Badan Usaha Milik Desa Indonesia (BUMDES) / BDI merupakan syarikat induk bagi kebanyakan Badan Usaha Milik Desa di Indonesia.  PT BDI menyelia dan mempunyai rangkaian yang terdiri daripada lebih 94,500 entiti perniagaan yang tersebar di seluruh kampung dan kawasan terpencil di Indonesia.

Tentang Virtual Internet Pte. Ltd,

Virtual Internet ialah sebuah syarikat metaverse yang Diperbadankan di Singapura. Virtual Internet sedang membangunkan sebuah komuniti baharu yang terdiri daripada jutaan pengguna yang dihubungkan melalui pelbagai rangkaian. Virtual Internet telah mencipta dan mengendalikan pada Rangkaian Lapisan Global Virtual 5G miliknya sendiri yang membolehkan jutaan aplikasi dan perkhidmatan lain disampaikan melalui Jalur Lebar Mudah Alih Berkelajuan 5G dengan menggunakan rangkaian Radio Selular, Wi-Fi dan SATCOM sedia ada. 

Tentang ADARA Networks, Inc.

ADARA Networks, Inc. diperakui sebagai salah sebuah syarikat penyedia utama produk Rangkaian Awan dan SDN. Virtual Internet Pte. Ltd., Singapura ialah sebuah anak syarikat milik penuh ADARA Networks.

HUBUNGAN: 408-579-5000

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1764606/Virtual5G.jpg?p=medium600

Source: Virtual Internet Pte. Ltd.
Keywords: Computer/Electronics Telecommunications