omniture

Terran Biosciences mengumumkan pengambilalihan sebuah portfolio terapeutik CNS baharu daripada Concert Pharmaceuticals

Terran Biosciences, Inc.
2022-03-14 08:58 21

NEW YORK, 14 Mac 2022 /PRNewswire/ -- Terran Biosciences ("Terran"), sebuah syarikat platform bioteknologi yang dikhususkan untuk pembangunan terapeutik transformasi bagi penyakit neurologi dan psikiatrik, telah memeterai perjanjian dengan Concert Pharmaceuticals ("Concert") untuk mengambil alih portfolio terapeutik CNS Concert berserta hak milik intelektualnya.

Sebatian deuterium ini mewakili terapeutik generasi seterusnya dengan penggunaan yang merangkumi beberapa keadaan psikiatrik dan neurologi yang berbeza. Terran merancang untuk mempercepat pembangunan sebatian ini dengan segera sebagai pelengkap yang penting kepada perancangan terapeutik dan teknologi peringkat awal serta peringkat akhir dalam bidang CNS yang semakin berkembang.

"Ia merupakan matlamat Terran untuk menjadi peneraju industri dalam bidang neuropsikiatri dengan menyediakan rangkaian penyelesaian kepada para pesakit yang menghidap penyakit ini, yang tidak mempunyai banyak pilihan terapeutik, sekiranya ada, sejak dahulu. Melalui pengambilalihan ini daripada Concert, kami semakin hampir mencapai matlamat kami," jelas Dr. Sam Clark, Ketua Pegawai Eksekutif Terran. 

Entiti kimia baharu ini dilindungi oleh komposisi penggunaan paten bahan. Terma kewangan perjanjian ini tidak didedahkan.

Tentang Terran Biosciences, Inc.

Terran ialah sebuah syarikat platform bioteknologi yang membangunkan portfolio terapeutik dan teknologi untuk para pesakit yang menghidap penyakit neurologi dan psikiatrik. Terran yang dibiayai oleh beberapa pelabur sains hayat dan teknologi, telah membangunkan sebuah platform pembangunan ubat-ubatan didayakan teknologi yang berfokuskan CNS serta sedang memajukan sejumlah aset peringkat akhir yang merangkumi terapeutik berasaskan psikedelik baharu dengan pantas.

Hubungan Terran

Perhubungan Pelabur:
ir@terranbiosciences.com

Media:
info@terranbiosciences.com

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1758607/terran_biosciences_Logo.jpg?p=medium600

 

Source: Terran Biosciences, Inc.
Keywords: Biotechnology Health Care/Hospital Medical/Pharmaceuticals Acquisitions, mergers, takeovers Licensing/marketing agreements