omniture

Organisasi Internet Terkemuka Bekerjasama untuk Mengubah Akses Internet di Rantau Asia Pasifik

The Internet Society
2022-03-14 12:00 22

Internet Society dan organisasi terkemuka di Asia Pasifik komited terhadap pembangunan Pusat Pertukaran Internet untuk meningkatkan mampu milik, kualiti dan kebolehpercayaan Internet

WASHINGTON, 14 Mac 2022 /PRNewswire/ -- Organisasi Internet di Asia Pasifik dan Internet Society hari ini mengumumkan tentang Memorandum Persefahaman (MoU) bersama yang ditandatangani untuk memperkukuh dan menyokong pembangunan Pusat Pertukaran Internet (IXP) di Asia Pasifik.

Internet Society
Internet Society

IXP ialah infrastruktur teknikal yang membolehkan pengalaman internet yang lebih pantas, murah dan lebih dipercayai dengan menyatukan pelbagai rangkaian daripada sektor swasta, awam dan pendidikan untuk berhubung dan bertukar trafik Internet. IXP boleh membantu negara-negara memanfaatkan ekonomi Internet global dengan meningkatkan akses Internet sesebuah negara, membuka pelbagai potensi dengan pelaburan yang minimum.

Memorandum Persefahaman ini akan merangkumi seluruh rantau Asia Pasifik, malah turut memberi manfaat kepada kebanyakan negara-negara yang mempunyai trafik Internet tempatan yang bertukar melalui pautan antarabangsa. Ini termasuk negara tanpa laut dan negara membangun serta negara-negara kepulauan kecil yang sedang membangun yang memerlukan lebih banyak penyetempatan bagi trafik Internet mereka.

Para penandatangan memorandum tersebut komited untuk menggerakkan sumber bersama bagi memudahkan pembangunan IXP di rantau Asia Pasifik, yang merangkumi:

  • Internet Society – Sebuah organisasi global bukan berasaskan keuntungan yang mempunyai misi untuk menyokong dan mempromosikan pembangunan Internet sebagai infrastruktur teknikal global, suatu sumber untuk meningkatkan kehidupan orang ramai dan sebagai pendorong kebaikan dalam masyarakat.
  • Persatuan Pertukaran Internet Asia Pasifik (APIX) – Sebuah persatuan IXP di rantau Asia Pasifik yang berfungsi sebagai sebuah forum untuk perkongsian pengetahuan dan kerjasama teknikal.
  • APNIC (Pusat Maklumat Rangkaian Asia Pasifik) – Pendaftaran Internet Serantau (RIR) untuk Asia Pasifik. Selain daripada mengedar dan menguruskan bilangan sumber Internet, APNIC telah menyokong penggunaan infrastruktur Internet dan pembangunan kapasiti di rantau ini selama lebih 20 tahun.
  • APNIC Foundation – Sebuah yayasan yang mempunyai misi untuk meningkatkan pelaburan dalam pembangunan Internet di rantau Asia Pasifik melalui pelbagai kerjasama yang memberi tumpuan kepada pendidikan dan latihan, pembangunan kapasiti manusia, pembangunan komuniti, penyelidikan serta projek dan aktiviti berkaitan.

Petikan daripada Rakan Kongsi

"Menandatangani MoU bersama ini menandakan komitmen Internet Society untuk bekerjasama dengan organisasi di rantau Asia Pasifik bagi membangunkan IXP yang akan membolehkan pertukaran tempatan bagi trafik Internet yang mengurangkan pergantungan terhadap get laluan antarabangsa. Kerjasama ini akan memberi manfaat kepada perniagaan dan pengguna melalui peningkatan mampu milik dan kualiti akses melalui penyediaan lebih banyak sambungan rangkaian langsung."
Naveed Ul Haq, Pengarah Infrastruktur dan Ketersambungan Serantau Internet Society.

"APNIC sejak sekian lama telah menyokong pembangunan Pertukaran Internet bukan berasaskan keuntungan di Asia Pasifik. Melalui kerjasama dengan ISOC, APIX adan APNIC Foundation, kami boleh mempercepatkan pertumbuhan IXP di rantau ini untuk memberi manfaat kepada lebih banyak komuniti dengan lebih cepat."
Che-Hoo Cheng, Pengarah infrastruktur & Pembangunan, APNIC.

"APNIC Foundation amat berbesar hati dapat menjadi sebahagian daripada inisiatif baharu yang menarik ini untuk membantu dalam pembangunan selanjutnya bagi IXP bukan berasaskan keuntungan di Asia Pasifik. Di bawah Pelan Strategik Yayasan yang diluluskan baru-baru ini, APNIC Foundation mempunyai komitmen yang jelas untuk menyokong pembangunan infrastruktur di bawah Tonggak Strategik yang memberi tumpuan kepada Impak Bermakna.  Kami tidak sabar untuk bekerjasama dengan rakan kongsi lain dalam inisiatif ini dan membangunkan rekod prestasi usaha sama, kerjasama dan pencapaian yang kukuh."
Duncan Macintosh, Ketua Pegawai Eksekutif APNIC Foundation.

"Misi kami adalah untuk mengisi pertukaran internet yang terbuka dan berkecuali di rantau APAC serta berkongsi pengetahuan dan pengalaman di kalangan pertukaran internet yang sedia ada dan mantap. Kerjasama dengan ISOC, APNIC dan APNIC Foundation akan mempercepatkan pembangunan lebih banyak lagi IXP yang akan memberikan infrastruktur internet yang stabil, boleh dipercayai dan mampu milik di rantau ini. APIX amat berbesar hati dapat memainkan peranan yang penting dalam kerjasama ini."
Katsuyasu Toyama, Jawatankuasa Pemandu APIX.

Untuk mengetahui lebih lanjut, sila layari halaman Internet Society tentang bagaimana IXP menjadikan Internet lebih pantas dan lebih mampu milik.

Tentang Internet Society

Ditubuhkan pada tahun 1992 oleh perintis Internet, Internet Society meraikan ulang tahunnya yang ke-30 pada tahun ini sebagai sebuah organisasi global bukan berasaskan keuntungan yang berusaha memastikan Internet kekal sebagai pendorong kebaikan untuk semua orang. Melalui komuniti ahli, kumpulan berkepentingan khusus dan lebih 120 cawangannya di seluruh dunia, organisasi ini mempertahan dan mempromosikan dasar, piawaian dan protokol Internet yang memastikan Internet yang terbuka, terhubung secara global dan selamat. Untuk maklumat lanjut, sila layari: www.internetsociety.org.

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1656167/Internet_Society.jpg?p=medium600

 

Source: The Internet Society
Keywords: Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications Not for profit