omniture

Pengurusan Akses Istimewa RevBits merangkul hadiah emas dan mengatasi Pelayan Rahsia ThycoticCentrify dalam 2022 Globee Awards®

RevBits LLC
2022-03-14 21:00 46

Penyedia Penyelesaian Keselamatan Siber RevBits dinobatkan sebagai Pemenang Emas dalam satu kategori dan Pemenang Perak dalam dua lagi kategori pada Anugerah Kecemerlangan Global Keselamatan Siber Globee Tahunan ke-18 

MINEOLA, New York, 14 Mac 2022 /PRNewswire/ -- RevBits mengumumkan bahawa ia telah menerima pengiktirafan tahap emas dalam 2022 Globee Awards® untuk penyelesaian Pengurusan Akses Istimewa (PAM) milik syarikat tersebut. Anugerah Globee ini mengiktiraf penyedia terbaik di dunia berdasarkan prestasi organisasi, teknologi, produk, kepimpinan perkhidmatan, inisiatif dan banyak lagi.


RevBits berbesar hati dianugerahkan emas dalam kategori berikut:

  • Emas – Kawalan Akses Istimewa | Keselamatan & Pengurusan 
    • Pengurusan Akses Istimewa RevBits

Penerima hadiah perak dalam kategori Kawalan Akses Istimewa ialah ThycoticCentrify - Pelayan Rahsia.

"Sebagai pembangun perisian keselamatan siber, fokus kami adalah untuk menyediakan para pelanggan kami dengan penyelesaian yang canggih dan mantap untuk meningkatkan postur keselamatan mereka," kata David Schiffer, Ketua Pegawai Eksekutif. "Untuk memenangi pengiktirafan tahap emas dan mengalahkan Thycotic, peneraju industri dalam bidang pasaran PAM, yang telah diambil alih pada tahun lalu dengan jumlah sebanyak USD1.4 bilion, ialah satu pencapaian yang sangat memuaskan. Melalui usaha pasukan pembangunan dan hala tuju teknologi yang diarahkan oleh Ketua Pegawai Teknologi kami, Mucteba Celik, kami akan terus mempertingkatkan dan membina penyelesaian Pengurusan Akses Istimewa kami untuk memberikan kawalan yang unggul kepada para pelanggan."

"Penyelesaian PAM kami merupakan produk utama dalam rangkaian penyelesaian perusahaan kami," kata Mucteba Celik, Ketua Pegawai Teknologi. "Pasaran PAM adalah kompetitif dan untuk mendapat pengiktirafan dengan mengatasi Thycotic merupakan suatu penghormatan yang besar. "Usaha pembangunan kami selama bertahun-tahun, telah tertumpu ke arah menyampaikan salah satu penyelesaian PAM yang paling komprehensif di pasaran."

"Sebagai contoh, Thycotic mendakwa menjadi satu-satunya penyelesaian PAM gred perusahaan yang tersedia dalam awan dan di premis. Sebagai penyelesaian perusahaan sebenar, melalui reka bentuk PAM RevBits sentiasa tersedia di awan dan di premis. Kami menyokong sepenuhnya perusahaan yang lebih gemar mengekalkan semua sistem mereka di premis, perusahaan yang menjalankan segala-galanya dalam awan dan perusahaan yang mempunyai persekitaran hibrid. PAM ialah keperluan keselamatan asas organisasi dan menawarkan suatu penyelesaian yang boleh berkembang apabila pelanggan mengembangkan keperluan pengurusan akses mereka, merupakan konsep pembinaan modular penyelesaian kami sejak dari awal."

RevBits menerima pengiktirafan tambahan semasa Anugerah Kecemerlangan Global Keselamatan Siber Globee Tahunan ke-18. Tambahan kepada Anugerah Emas untuk Pengurusan Akses Istimewa RevBits ialah:

  • Perak – Syarikat Terbaik Tahun Ini | Perisian Keselamatan 
    • RevBits dan Ketua Pegawai Teknologi, Mucteba Celik
  • Perak – Keselamatan Titik Akhir | Penipuan, Perlindungan dan Tindak Balas
    • Pengesanan dan Tindak Balas Titik Akhir (EDR) & Keselamatan Titik Akhir RevBits

Tentang RevBits
Ditubuhkan pada tahun 2018, RevBits ialah syarikat keselamatan siber komprehensif yang dikhususkan untuk memberikan perlindungan dan perkhidmatan yang unggul kepada para pelanggannya. Dengan menawarkan pelbagai alat keselamatan canggih yang boleh ditadbir melalui platform keselamatan bersepadu, RevBits memberikan perlindungan terhadap ancaman siber paling canggih yang dihadapi oleh syarikat-syarikat. RevBits beribu pejabat di Mineola, New York serta mempunyai pejabat di Princeton, New Jersey, Boston, Massachusetts, London (England) dan Antwerp (Belgium). Untuk maklumat lanjut tentang RevBits, sila layari www.revbits.com/aboutrevbits.

Sila hubungi: Neal Hesterberg, (609) 516-2846, neal@revbits.com

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1222447/revbits_logo__002.jpg?p=medium600 

 

Source: RevBits LLC
Keywords: Computer Software Computer/Electronics High Tech Security Awards