omniture

KEMPEN HUBLOT BERSAMA KYLIAN MBAPPÉ

Hublot SA
2022-03-15 15:30 15

 

Satu perkataan: kecemerlangan 

Untuk mengikuti perkembangan terkini, sila ikuti: @Hublot #Hublot 

NYON, Switzerland, 15 Mac 2022 /PRNewswire/ -- Dianggap sebagai salah seorang pemain bola sepak terbaik dunia, Kylian Mbappé berada pada kemuncak kehidupannya sebagai seseorang yang memiliki minat, kejayaan dan kuasa impian. Pengarah kreatif dari pelbagai kemahiran, Ezra Petronio menampilkan kecemerlangan pemain tersebut dengan menerapkan nilai estetik yang abadi tanpa kompromi namun kontemporari yang mengelakkan kemegahan di dalam kempen pengiklanan Hublot yang terkini. Pemain bertaraf dunia, Mbappé yang terkenal dengan kepintaran, minat dan dedikasi beliau dalam bidang sukan, merupakan seorang ikon bola sepak dunia yang sebenarnya; namun, pandangan mata beliau yang tepat dan sifat keterbukaan beliau menjadi pilihan jurugambar terkenal di peringkat antarabangsa ini untuk ditumpukan dalam kempen baharu ini.

 

Hublot Ambassador Kylian Mbappé shot by Ezra Petronio
Hublot Ambassador Kylian Mbappé shot by Ezra Petronio

Mbappé, Ezra dan Hublot disatukan oleh nilai-nilai bersama yang merangkumi rasa hormat yang telah lama wujud terhadap kreativiti, pekerjaan, integriti dan usaha mencari kesempurnaan.

"Ia merupakan satu penghormatan untuk bergaya kepada Ezra kerana beliau berusaha untuk merakamkan siapa diri saya sebenarnya. Saya sukakan kesederhanaan dan keindahan perkara-perkara yang berkekalan yang mempunyai jiwa." - KYLIAN MBAPPÉ, PEMAIN BOLA SEPAK ANTARABANGSA

"Sebagai salah seorang duta jenama ini, Kylian dihormati di seluruh dunia atas kecemerlangan beliau di padang dan sifat rendah diri beliau di luar padang. Ezra ialah seorang pencari kesempurnaan yang memiliki keistimewaan uniknya iaitu visi kreatif yang menemui inspirasi dalam semua bidang seni kreatif. Etos bersama mereka mencerminkan falsafah Hublot dan kami berbesar hati dapat menyatukan mereka dalam kempen ini." - RICARDO GUADALUPE, KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF HUBLOT

"Perkara yang paling saya suka ketika menghasilkan sesebuah potret ialah untuk merakam sesuatu yang menonjolkan keunikan setiap individu – walau apa saja keunikan tersebut. Serta untuk membangkitkan emosi dalam perasaan penonton supaya tiada sesuatu pun yang dapat mengalihkan perhatian pandangannya daripada intipati subjek.

"Perkara yang mempesonakan saya tentang Kylian – selain daripada kreativiti, kebijaksanaan dan kesempurnaan seni beliau – ialah minat, kepintaran dan kekuatan dalaman yang mendorong beliau." - EZRA PETRONIO, PENGARAH KREATIF

HUBLOT 

Ditubuhkan di Switzerland pada tahun 1980, HUBLOT ditakrifkan melalui inovasinya yang bermula daripada kombinasi antara emas dan getah yang sangat tulen. "Seni Pelakuran" ini berasal daripada imaginasi Pengerusinya yang berwawasan iaitu Jean-Claude Biver dan telah dipacu lebih jauh oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Ricardo Guadalupe sejak tahun 2012.

Pelancaran Big Bang yang ikonik dan memenangi pelbagai anugerah pada tahun 2005 membuka peluang kepada koleksi utama baharu (Classic Fusion, Spirit of Big Bang) dengan tahap kerumitan yang bermula dari mudah hingga yang paling canggih sekali gus memantapkan DNA pembuatan jam tangan Switzerland yang luar biasa ini dan memastikan pertumbuhannya yang mengagumkan.

Dengan semangat untuk memelihara kepakaran tradisionalnya yang canggih dan berpandukan falsafah "Pertama, Berbeza dan Unik," pembuat jam tangan Switzerland ini menerajui kemajuan secara konsisten melalui inovasi bahan-bahannya (Magic Gold tahan goresan, seramik dalam warna-warna terang, nilam) dan dengan penciptaan pergerakan Pembuatan (Unico, Meca-10, Tourbillon).

HUBLOT komited sepenuhnya terhadap mewujudkan jenama Haute Horlogerie dengan masa depan yang berwawasan: masa depan yang digabungkan dengan peristiwa dan jenama utama pada zaman ini (FIFA World Cup™, UEFA Champions League, UEFA EURO™) dan duta terbaik pada era masa kini (Chiara Ferragni, Pelé, Kylian Mbappé, Usain Bolt, Novak Djokovic).

Terokai dunia HUBLOT di rangkaian butik kami yang terletak di bandar-bandar utama di seluruh dunia: Geneva, Paris, London, New York, Hong Kong, Dubai, Tokyo, Singapura, Zurich dan di HUBLOT.com

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1765293/Hublot_Logo.jpg?p=medium600  
Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1765294/Hublot_Ambassador_Kylian_Mbappe.jpg?p=medium600  
Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1765295/Hublot_Ambassador_Kylian_Mbappe.jpg?p=medium600  
Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1765296/Hublot_Ambassador_Kylian_Mbappe.jpg?p=medium600

Hublot Ambassador Kylian Mbappé shot by Ezra Petronio
Hublot Ambassador Kylian Mbappé shot by Ezra Petronio

 

Hublot Ambassador Kylian Mbappé shot by Ezra Petronio
Hublot Ambassador Kylian Mbappé shot by Ezra Petronio

 

Source: Hublot SA
Keywords: Entertainment Fashion Household/Consumer/Cosmetics Jewelry Retail Sports New products/services