LONDON, 15 Mac 2022 /PRNewswire/ -- Eat and Cook di Kuala Lumpur, Malaysia dinobatkan sebagai penerima American Express One To Watch Award 2022. American Express One To Watch Award mengiktiraf sebuah restoran yang dianggap sebagai bintang yang sedang bersinar di wilayah tersebut dan bermatlamat untuk meraikan kecemerlangan, inovasi dan potensi di bidang gastronomi.
Eat and Cook bermula dalam suasana penuh kepayahan. Semasa pandemik COVID, jurumasak Lee Zhe Xi dan Soh Yong Zhi kehilangan pekerjaan masing-masing sebagai jurumasak hotel. Dengan mengubah kesulitan hidup menjadi suatu peluang yang berharga, pasangan tersebut meneruskan projek yang menjadi minat mereka: mencipta sebuah restoran gaya omakase yang menyajikan hidangan klasik Malaysia namun diolah secara moden.
Di Eat and Cook, Lee dan Soh mempersembahkan menu dengan perisa berasaskan bahan yang memperluas potensi masakan Malaysia. Bagi mengekalkan tradisi omakase, menu berubah setiap hari mengikut ketersediaan dan kualiti produk tempatan. Sambil menghormati citarasa asli Malaysia, setiap hidangan juga dibezakan oleh tahap penguasaan teknikal, cita-cita kreatif dan penghormatan yang mendalam terhadap warisan masakan para jurumasak ini.
William Drew, Pengarah Kandungan Asia's 50 Best Restaurants berkata: "Sebagai pemenang American Express One To Watch Award 2022, Eat and Cook diiktiraf kerana teknik masakan yang teliti, kombinasi yang mengejutkan dan pelaksanaannya yang kreatif. Pemiliknya sedang mencipta identiti baharu untuk masakan Malaysia moden."
Mengakui tentang anugerah tersebut, Cef Lee berkata: "Bagi pihak pasukan Eat and Cook, kami berbesar hati menerima anugerah ini. Ini merupakan suatu pengesahan terhadap usaha gigih yang telah kami laksanakan sepanjang tahun lalu dan komitmen kami untuk meningkatkan taraf masakan Malaysia. Anugerah ini akan memberi inspirasi kepada kami untuk meneruskan misi kami dalam meningkatkan pengalaman menjamu selera di Malaysia ke tahap seterusnya."
Hannah Kelly, Naib Presiden Manfaat dan Kerjasama Tempat Makan Strategik American Express, berkata: "Kejayaan Eat and Cook menunjukkan kepintaran dan ketabahan mereka yang berada dalam industri restoran dan American Express berbangga untuk membantu komuniti antarabangsa ini."
Pencapaian jurumasak Eat and Cook yang memberi inspirasi ini akan diraikan sebagai sebahagian daripada majlis Asia's 50 Best Restaurants 2022 pada 29 Mac, yang akan disiarkan kepada khalayak global melalui Facebook Asia's 50 Best Restaurants dan saluran YouTube 50 Best Restaurants TV.
Hubungan media:
asias50best@finnpartners.com
Akses Pusat Media:
https://mediacentre.theworlds50best.com/
Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1765879/Eat_and_Cook_Award.jpg?p=medium600
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1746199/50_Best_Asia_2022_Logo.jpg?p=medium600