omniture

Warwick melengkapkan koleksi dari Belgravia dengan pengambilalihan Portfolio Mozart

Warwick Investment Group
2022-03-15 16:30 261

LONDON, 15 Mac 2022 /PRNewswire/ -- Warwick Investment Group telah melengkapkan perjanjian terbesarnya setakat ini dengan pengambilalihan 25 buah pangsapuri di 5 lokasi pegangan kekal yang tidak terjejas di seluruh Ebury Street di Belgravia.

Ebury Street, Belgravia Location
Ebury Street, Belgravia Location

Lokasi ini kaya dengan sejarah kerana Ebury Street pernah menjadi tempat tinggal kepada komposer Wolfgang Amadeus Mozart serta pencipta watak James Bond, Ian Fleming.

Portfolio yang pelbagai itu, yang dinamakan sebagai Portfolio Mozart, terdiri daripada gabungan unit yang menarik dengan potensi peningkatan nilai yang signifikan melalui pengubahsuaian dan penambahan bagi penginapan sedia ada. 

Ditakrifkan dengan bangunan zaman Georgia dan tawaran peruncitan kejiranan yang sangat baik, portfolio Mozart terdiri daripada gabungan pelbagai saiz pangsapuri dan menyediakan pelbagai pilihan untuk penyewa sedia ada dan yang akan datang. 

Pembelian ini sejajar dengan strategi Warwick untuk mengambil alih pelaburan pegangan kekal dengan potensi nilai tambah dan merupakan pelengkap yang kukuh kepada pemilikan sedia ada Warwick yang terdiri daripada sembilan buah rumah pegangan kekal berhampiran dengan bangunan lama berpagar di St Barnabas Street di Belgravia. 

Sejak pembelian tersebut selesai dilakukan, Warwick telah meningkatkan penghunian, menambah baik sewaan dan memulakan kerja reka bentuk bagi mengoptimumkan unit tersebut untuk pengubahsuaian jangka panjang. 

Andrew J. Chrysostomou, Pengarah Urusan Kanan UK:

Pembelian ini melengkapkan tiga tawaran yang berjaya kami lakukan dalam tempoh enam bulan yang lalu. Kami terus menyatukan aset secara proaktif di pusat bandar London, dengan matlamat untuk menjadi antara 10 tuan rumah swasta yang terbaik di ibu negara itu.

Kate Richard, Pengasas merangkap Ketua Pegawai Eksekutif:

Portfolio Mozart ialah pengambilalihan "sekali dalam satu generasi" yang menyokong strategi kami untuk membina satu portfolio yang luar biasa bagi hartanah berbilang keluarga dan keluarga tunggal berkualiti tinggi di pusat bandar London. Kami kini memiliki 14 buah bangunan di Belgravia, menjadikan kami pelabur jangka panjang yang komited di kawasan kejiranan tersebut.

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1763400/WIG_Ebury_Street.jpg?p=medium600 

Source: Warwick Investment Group
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Real Estate Residential Real Estate Real estate transactions Financial Technology