omniture

Smart Axiata bekerjasama dengan Cloudera dalam mempercepatkan hasrat ke arah organisasi dipacu data

Cloudera, Inc.
2022-03-15 19:12 11

Pengendali telekomunikasi terkemuka di Kemboja memanfaatkan Cloudera untuk pemahaman yang lebih cepat dan lebih pantas bagi memenuhi keperluan komuniti celik digital. 

SINGAPURA, 15 Mac 2022 /PRNewswire/ -- Cloudera, syarikat awan data perusahaan, hari ini mengumumkan bahawa pengendali telekomunikasi Kemboja, Smart Axiata, telah memilih Cloudera untuk membantu mempercepat prestasi perniagaannya. Melalui kerjasama ini, Smart Axiata berharap dapat menggunakan data untuk meningkatkan perkhidmatan pelanggannya dan menyampaikan tawaran secara bersasar yang menjangkakan keperluan 8 juta pelanggannya, sejajar dengan komitmen jenama tersebut untuk membina masyarakat yang celik digital di Kemboja. 

Sebagai sebuah pengendali telekomunikasi terkemuka, Smart Axiata mengendalikan sejumlah besar data setiap hari pada kelajuan yang belum pernah dialami sebelum ini. Sebelum ini, syarikat tersebut menggunakan pangkalan data berasingan yang dijalankan pada gudang data tradisional, ini mengakibatkan pelbagai silo data yang menghalang kerjasama merentas fungsi, menghalang organisasi daripada menggunakan datanya dengan berkesan, memerlukan sumber yang berlebihan untuk mengurus sistem yang berbeza ini dan menjadikannya mustahil untuk mengesan aliran dan jejak data. Dengan sokongan Cloudera, Smart Axiata beralih dari pelbagai pangkalan data dan gudang data tradisional ke pangkalan data tunggal. Ini memperkemas bilangan sumber yang membolehkan barisan data dijejak dengan lebih mudah, menampilkan Smart Axiata dengan pandangan yang lebih jelas tentang datanya. Pangkalan data baharu berfungsi sebagai satu sumber kebenaran untuk semua aplikasi Smart Axiata, memaksimumkan pergerakan data dalam organisasi dan memudahkan akses layan diri untuk fungsi perniagaan yang berbeza.

Sejak pelaksanaan pangkalan data tunggal, Smart Axiata telah dapat memproses sejumlah besar data dan memperoleh cerapan yang lebih terperinci untuk menyampaikan pengalaman pelanggan yang lebih baik. Di mana laporan sebelum ini hanya boleh dijana setiap hari, lebih banyak pelaporan secara terperinci kini boleh dilengkapkan setiap jam untuk memberikan kebolehlihatan masa nyata dalam pengalaman pelanggan di seluruh titik sentuh. Ini membolehkan Smart Axiata menyelesaikan sebarang isu berkaitan rangkaian dengan pantas, selain menyampaikan pemasaran masa nyata kontekstual kepada para pelanggan

Kalyan Achyutuni, Ketua Pegawai Maklumat Smart Axiata berkata, "Keupayaan kami untuk mencapai satu sumber kebenaran dengan Cloudera telah membolehkan Smart Axiata melakukan banyak perkara yang tidak mungkin dilakukan sebelum ini. Dengan memanfaatkan data, kami boleh mendapatkan pandangan 360 darjah berkaitan pelanggan untuk meningkatkan pengalaman, meningkatkan prestasi rangkaian dan memacu inovasi mereka. Penyelesaian ini juga telah membolehkan kami menghasilkan aplikasi untuk pelanggan, yang telah membolehkan warga Kemboja menguruskan akaun dan perkhidmatan mereka mengikut keselesaan mereka sendiri dan meningkatkan citarasa digital mereka. Para pelanggan boleh menyelesaikan isu mereka sendiri, manakala beban ejen pusat panggilan kami telah dikurangkan sebanyak 40%. Peningkatan ini telah membolehkan operasi yang lebih cekap, di mana kakitangan boleh memberi tumpuan kepada tugas-tugas lain untuk meningkatkan kecekapan atau keuntungan."

"Pengendali telekomunikasi mempunyai akses kepada pelbagai sumber data dan seterusnya mengumpul dan menjana sejumlah besar data. Untuk sentiasa mematuhi keperluan pelanggan, mereka perlu mengurus dan menjamin kitaran hayat data mereka yang serba lengkap untuk mengumpul maklumat dan terlibat dalam pembuatan keputusan yang dipacu data. Kami komited untuk menyokong Smart Axiata untuk terus membuka nilai daripada data mereka ketika mereka berusaha untuk menjadi organisasi dipacu data dan memajukan perjalanan awan data hibrid mereka pada masa hadapan," kata Remus Lim, Naib Presiden Teater Asia Pasifik, Cloudera.

Mampu mengakses data secara bebas dan lancar adalah penting untuk memupuk inovasi dan kerjasama dalam pelbagai fungsi perniagaan termasuk pemasaran, kejuruteraan rangkaian dan teknologi maklumat. Dengan seni bina data baharu, pelbagai data silo telah dikeluarkan, memupuk kerjasama silang fungsi dan membantu organisasi menggunakan datanya dengan berkesan. Ini juga   telah membantu organisasi mewujudkan tadbir urus data berpusat dan melaksanakan kawalan yang lebih besar dari segi pengurusan akses khusus, keselamatan dan bilangan pengguna. Perkembangan ini juga telah mengoptimumkan sumber organisasi yang diperuntukkan untuk mentadbir dan menguruskan data syarikat.

Tentang Cloudera
Di Cloudera, kami percaya bahawa data boleh menjadikan apa yang mustahil pada masa kini menjadi kenyataan pada masa hadapan. Kami memperkasakan orang ramai untuk mengubah data yang kompleks menjadi maklumat yang jelas dan dapat dilaksanakan. Cloudera menyampaikan awan data perusahaan untuk sebarang data, di mana-mana sahaja, daripada Pinggir (Edge) kepada Kecerdasan Buatan (AI). Dikuasakan oleh inovasi berterusan daripada komuniti sumber terbuka, Cloudera memajukan transformasi digital untuk perusahaan terbesar di dunia. Ketahui lebih lajut di Cloudera.com.

Cloudera dan tanda yang berkaitan merupakan tanda dagangan atau tanda dagangan berdaftar Cloudera, Inc. Semua nama syarikat dan produk lain merupakan tanda dagangan pemiliknya masing-masing.

Tentang Smart Axiata
Smart Axiata Co., Ltd., pengendali telekomunikasi mudah alih terkemuka di Kemboja yang kini memberikan perkhidmatan kepada 8 juta pelanggan di bawah jenama 'Smart'. Smart Axiata merupakan sebahagian daripada Axiata Group Berhad, salah sebuah kumpulan telekomunikasi terbesar di Asia.

Smart merupakan peneraju kemajuan teknologi mudah alih di Kemboja. Smart merupakan rangkaian pertama yang memperkenalkan LTE 4G pada tahun 2014, 4G+ pada tahun 2016, 4G+ dengan Voice HD (VoLTE) dan LTE Advance Pro pada tahun 2017. Pada pertengahan tahun 2019, Smart telah menganjurkan pameran langsung 5G yang pertama di negara ini yang menampilkan kedudukan kepemimpinan data mudah alih syarikat tersebut. Smart juga menyediakan perkhidmatan mudah alih 2G, 2.5G, 3G dan 3.75G serta perayauan antarabangsa di lebih 190 buah negara. Liputan rangkaian yang luas di seluruh negara ini menjangkau 99% daripada populasi Kemboja.

Syarikat ini juga berubah dengan pantas menjadi jenama gaya hidup digital, yang telah memperkenalkan banyak tawaran inovatif dan cadangan nilai hiburan gaya hidup. Ini termasuk pelbagai perkongsian jenama antarabangsa dengan Universal Music, Apple dan Facebook serta perkhidmatan digital termasuk Smart Insurance, SmartPay, Pleng by Smart, Pi Pay dan SmartNas. Smart berhasrat untuk menjadi jenama teknologi komunikasi #1 dan paling digemari di Kemboja menjelang tahun 2022, sambil mempunyai agenda tanggungjawab sosial dan kelestarian korporat yang kukuh untuk pertumbuhan sosioekonomi negara.

Tenaga kerja syarikat ini terdiri daripada lebih 1,000 pakar tempatan dan asing yang berusaha ke arah misi yang sama untuk kekal berhubung dan menjadikan kehidupan lebih baik. Hidup. Kehidupan. Jadilah Pintar.

Ketahui lebih lanjut di: smart.com.kh

Smart Axiata
Smart Axiata

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/495570/Cloudera_Logo.jpg?p=medium600 

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1765489/Cloudera_Smart_Axiata.jpg?p=medium600

 

 

Source: Cloudera, Inc.
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Telecommunications Telecommunications Carriers and Services Contracts Licensing/marketing agreements