omniture

Clarendelle, Kesayangan Layar Perak

Domaine Clarence Dillon
2022-03-15 22:06 39

PARIS, 15 Mac 2022 /PRNewswire/ -- Clarendelle, yang diilhamkan oleh Haut-Brion baru-baru ini telah dilihat di atas meja dalam pawagam dan rancangan televisyen paling popular, terbaru dalam siri Emily in Paris, sebuah siri Netflix popular yang memaparkan kehidupan di sebuah agensi PR di Paris. Wain Clarendelle dapat dilihat, memenuhi adegan-adegan dan meja makan sepanjang siri ini.

Untuk melihat Siaran Berita Multimedia, sila klik:
https://www.multivu.com/players/uk/9025251-clarendelle-the-darling-of-the-silver-screen-new-vintages/

Clarendelle, wain premium pertama dalam keluarga wain Bordeaux adalah cetusan idea Putera Robert de Luxembourg yang mengambil alih pengendalian kumpulan Domaine Clarence Dillon, pemilik Clarendelle dan Chateau Haut-Brion, antara lain. Namun, filem telah menjadi darah daging Putera Robert sejak awal lagi, ketika beliau memulakan kehidupan profesionalnya sebagai penulis layar di Los Angeles!

Tahun ini Clarendelle adalah wain rasmi dan eksklusif bagi Festival Filem Antarabangsa Santa Barbara. Diraikan dan dihormati di peringkat global, SBIFF ialah festival pawagam yang telah berlangsung selama 35 tahun. Sering kali disebut sebagai pengaruh yang kuat terhadap keputusan Oscar, SBIFF menjadi tuan rumah kepada 100,000 peminat dan selebriti filem, meneliti lebih 300 filem dan penghormatan industri selama 11 hari.

Tahun ini, pada 4 Mac, festival itu memberi penghormatan kepada pelakon terkenal di peringkat antarabangsa Kristen Stewart, dengan Anugerah American Riviera atas sumbangan cemerlang beliau kepada pawagam Amerika, sambil turut dicalonkan untuk Oscar bagi wataknya sebagai Lady Diana Spencer. Putera Robert de Luxembourg mengangkat gelas Clarendelle-nya untuk meraikan prestasi Steward yang hebat.

Sementara itu, Clarendelle dengan bangganya mengumumkan pelancaran dua keluaran vintaj baharu untuk musim bunga dan musim panas yang akan datang, Bordeaux Blanc 2021 dan Bordeaux Rosé 2021, di samping keluaran terbaru Clarendelle Rouge daripada vintaj 2016.

Clarendelle Bordeaux Blanc 2021

Musim bunga yang sejuk dan permulaan musim panas yang agak, diikuti oleh matahari yang lebih hangat pada awal penghujung musim panas, menghasilkan wain berperisa segar dan kompleks yang pasti memikat. Sauvignon Blanc memperkenalkan pelbagai jenis aroma, daripada boxwood hingga ke buah tropika serta pelbagai jenis sitrus. Anggur Muscadelle mempamerkan warna hebat yang menghasilkan aroma mawar dan laici kepada adunan. Wain putih yang tegang dan segar, dan membuka selera, sempurna dan penuh berperisa, diimbangi oleh mineral yang mengagumkan.

43% Sauvignon Blanc, 32% Semillon, 25% Muscadelle, Alk: 12.5%

Clarendelle Bordeaux Rosé 2021

Dituai dari plot ladang anggur yang dipilih khas untuk rosé, wain ini diliputi warna merah jambu salmon berwarna-warni, menjurus kepada aroma tropika yang kuat, dikuasai oleh laici dan delima. Rosé ini mempunyai keseimbangan yang sempurna, dirangka oleh struktur yang licin dan sedikit keperangan. Perisa liquorice dan pudina menyerlahkan perisa limau gedang merah jambu yang enak. Wain ini menggamit selera dan mempunyai rasa yang kekal lama.

65% Merlot, 32% Cabernet Sauvignon, 3% Cabernet Franc, Alk: 12.5%

Dan bagi mereka yang setia dengan Bordeaux merah,

Clarendelle Bordeaux Rouge 2016

Clarendelle Bordeaux 2016 ialah wain berwarna-warni, segar dan berperisa buah, dengan aroma anggur merah dan hitam di samping rona bunga seolah-olah ungu. Ia menggabungkan rasa pahit vintaj yang hebat dengan tekstur seperti baldu yang lazat dan licin, kuat dan menyelerakan. Tahap keasidan yang agak tinggi memberikannya kesegaran yang mengagumkan dan keseimbangan yang luar biasa, dan tidak keras. Clarendelle Bordeaux 2016 boleh dinikmati sebelum atau selepas makan atau menjadi pasangan sempurna hidangan makan tengah hari dan malam pada musim bunga akan datang.

84% Merlot, 10% Cabernet Sauvignon, 6% Cabernet Franc, Alk: 13.5%

Domaine Clarence Dillon

Ditubuhkan pada tahun 1935, syarikat kendalian keluarga Domaine Clarence Dillon merupakan pemilik beberapa ladang wain berprestij, Château Haut-Brion, Château La Mission Haut-Brion dan Château Quintus. Pada tahun 2005, Clarence Dillon Wines, salah satu pedagang wain Bordeaux yang paling utama telah diasaskan, pada masa yang sama mencipta keluarga wain super premium Bordeaux iaitu Clarendelle.  Domaine Clarence Dillon juga memiliki kediaman di Paris, kedutaan seni kehidupan Perancis yang sebenar, yang sangat dihargai oleh Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Putera Robert dari Luxembourg. Kediaman ini menempatkan restoran gastronomi bertaraf dua bintang, Le Clarence dan La Cave du Château, sebuah kedai runcit dan dalam talian yang menjual wain dan minuman beralkohol terbaik Perancis (www.lcdc.wine).  Pada 2018, Putera Robert dari Luxembourg dan Domaine Clarence Dillon menyertai "Primum Familiae Vini", sebuah persatuan antarabangsa yang menghimpunkan 12 keluarga, pemilik ladang dan domain berprestij yang menghasilkan beberapa wain terbaik dunia.  Pada September 2021, sebuah pusat pelawat baharu dan kedai wain telah dibuka di Chateau Haut-Brion di Bordeaux.

Kenalan: Eline Huet – Communications Officer, Email : e.huet@domaineclarencedillon.com

Photo - https://mma.prnasia.com/media2/1765817/Clarendelle.jpg?p=medium600 
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1750587/Clarendelle_Logo.jpg?p=medium600

 

Kristen Stewart and Prince Robert de Luxembourg. credit : Bryan Beasley
Kristen Stewart and Prince Robert de Luxembourg. credit : Bryan Beasley

 

 

 

Source: Domaine Clarence Dillon
Keywords: Beer, Wine & Spirits Beverages Entertainment Film & Motion Picture Food/Beverages Restaurants Retail Broadcast feed announcements New products/services