omniture

Bitget menyenaraikan Zebec Protocol yang berasaskan Solana pada Pad Pelancarnya

Bitget
2022-03-16 00:03 37

 

Protokol penyelesaian segera untuk mengubah daftar gaji, aliran tunai, letak hak token dan banyak lagi

SINGAPURA, 14 Mac 2022 /PRNewswire/ -- Bursa derivatif terkemuka di dunia - Bitget, telah mengumumkan penyenaraian Zebec Protocol (ZBC), sebuah protokol penyelesaian berterusan dan Berbilang Tanda Tangan berdasarkan blok rantai Solana. Pasangan dagang ZBC/USDT pada Bitget akan tersedia kepada para pedagang bermula dari 16 Mac, jam 10 pagi (UTC) dan seterusnya.

Bitget lists Solana-based Zebec Protocol on its Launchpad
Bitget lists Solana-based Zebec Protocol on its Launchpad

Direka untuk memberikan penyelesaian urus niaga masa nyata, Zebec menggunakan mekanisme pembayaran tidak berpusat untuk mengubah dan memudahkan sistem kewangan tradisional. Mekanisme pembayaran tidak berpusat membolehkan yuran urus niaga campur tangan pihak ketiga diminimumkan, dengan yuran urus niaga minimum dan get laluan pembayaran yang terpantas.

"Zebec mempunyai rekod prestasi yang cemerlang dalam menghasilkan produk hibrid yang penting untuk penerimagunaan kripto secara besar-besaran. Kami percaya masa depan kripto amat bergantung kepada projek baharu yang dibangunkan berdasarkan ekosistem DeFi," kata Sandra Lou, Ketua Pegawai Eksekutif Bitget.

"Untuk mempercepatkan pertumbuhan ini, kami menyediakan sebuah platform untuk projek yang dibangunkan berdasarkan penyelesaian lapisan 2 bagi mendapatkan sokongan yang ia perlukan. Kami amat teruja dapat merapatkan lagi jurang antara kewangan tradisional dengan kripto melalui penyelesaian DeFi yang dipertingkatkan. Ketika kami meningkatkan pembangunan Pad Pelancar ini, kami amat tidak sabar untuk memperkenalkan lebih banyak projek yang menarik kepada komuniti kami," tambah beliau.

Dengan memanfaatkan dasar ketakterbalikan dan ketelusan, Zebec membolehkan penyelesaian berterusan dengan kecairan tinggi yang memperkayakan produktiviti token apabila diterima pakai secara besar-besaran. Aplikasi pertama yang ditawarkan oleh Zebec iaitu Zebec Pay, menawarkan penyelesaian daftar gaji dengan yuran rendah yang membolehkan para pekerja dibayar dengan serta-merta dalam USDC atau syiling stabil lain yang membolehkan mereka mengakses wang mereka secara serentak. Para pekerja juga boleh memperuntukkan sebahagian daripada gaji mereka dengan mudah ke akaun kripto IRA & 401k yang patuh.

Dengan ekosistem yang terdiri daripada lebih 250 buah projek, Zebec mempunyai pelbagai penyelesaian pembangunan projek selain daripada yang dinyatakan. Sebagai sebuah penyelesaian pengurusan perbendaharaan berbilang tanda tangan, ia juga merupakan produk daftar gaji pada rantaian yang pertama  di dunia dengan ciri-ciri percukaian. Setakat hari ini, Zebec telah mengumpul dana sebanyak $21 juta daripada syarikat gergasi industri seperti Coinbase Ventures, Solana, Lightspeed, Alameda Capital dan banyak lagi. Zebec Protocol telah ditubuhkan oleh Sam Thapaliya yang juga merupakan Pengasas Bersama ASMI Corp, sebuah platform analitik video dan AI serta mempunyai empat paten AS untuk namanya.

"Kami amat teruja untuk membuka peluang kepada para pengguna Bitget melabur dalam visi kami bagi mengubah sistem pembayaran sedia ada pada masa kini," ujar Sam Thapaliya, Pengasas Bersama merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Zebec Protocol.

Pad Pelancar Bitget menyediakan peluang eksklusif kepada para penggunanya untuk mendapatkan akses awal kepada projek yang berpotensi tinggi dalam bidang ini. Sejak penubuhannya, pelbagai projek telah dilancarkan dan dipenuhi dengan mendapat maklum balas positif daripada komunitinya. Pad pelancar ini akan terus menjadi tumpuan penting Bitget dalam meneruskan dedikasinya terhadap pembangunan kripto dan blok rantai yang lebih besar.

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk kepada pengumuman ini.

Tentang Bitget

Bitget ialah sebuah bursa mata wang kripto terkemuka di dunia yang ditubuhkan pada bulan Julai, 2018. Bitget yang memberikan perkhidmatan kepada lebih 2 juta pelanggan di 50 buah negara, bermatlamat untuk menyumbang kepada penerimagunaan kewangan tidak berpusat pada skala global. Sejak pelancarannya, Bitget telah menjadi platform dagangan salinan kripto yang terbesar di dunia melalui populariti yang diperolehi produk utamanya, One-Click Copy Trade. Menurut CoinmarketCap, Bitget menduduki tempat ketiga di seluruh dunia dari segi jumlah derivatifnya pada bulan Januari 2022. Dengan memegang teguh misi kami iaitu Better Trading Better Life (Dagangan yang Lebih Baik bermakna Kehidupan yang Lebih Baik), Bitget komited untuk menyediakan penyelesaian dagangan yang menyeluruh dan selamat kepada para pengguna kami di seluruh dunia. Pada bulan September 2021, Bitget mengumumkan tajaannya terhadap pasukan bola sepak Juventus yang terkenal di dunia sebagai rakan tajaan lengan bajunya buat julung kali dan kemudiannya, rakan kongsi kripto e-Sukan PGL Major yang rasmi. Kerjasama dengan organisasi e-Sukan Rusia yang terkemuka, Team Spirit dan kelab bola sepak yang telah lama wujud dan terkemuka di Turki, Galatasaray juga telah diumumkan pada awal tahun 2022.

Untuk maklumat lanjut tentang Bitget, sila layari bitget.com.

Tentang Zebec

Zebec ialah sebuah Protokol Penyelesaian berterusan yang akan mengubah daftar gaji, aliran tunai dan letak hak token dengan membolehkan para pengguna menghantar pembayaran dan pengedaran pada setiap saat. Ia melancarkan produk daftar gaji pada rantaian yang pertama di dunia dengan penangguhan cukai lengkap yang terbina dalam dan kad debit pertama untuk dompet Solana. Zebec ialah sebuah teknologi DeFi revolusioner yang memperkasakan aliran pembayaran berterusan dalam masa nyata dan tanpa geseran. Aliran wang automatik yang boleh dilakukan melalui Zebec membolehkan perniagaan, para pekerja dan pengguna memperbaharui sepenuhnya cara mereka dibayar, melabur serta membeli produk atau perkhidmatan.

Untuk maklumat lanjut, sila layari - https://zebec.io/

Hubungan: Simran Alphonso - simran@bitget.com

Foto - https://mma.prnewswire.com/media/1765885/Bitget_Launchpad.jpg

Source: Bitget
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics New products/services Blockchain Financial Technology