omniture

Abu Dhabi menganjurkan pameran perburuan, ekuestrian dan pemeliharaan warisan terbesar di Timur Tengah dan Afrika

Abu Dhabi International Hunting and Equestrian Exhibition (ADIHEX 2022)
2022-03-16 23:38 43

ABU DHABI, UAE, 16 Mac 2022 /PRNewswire/ -- Emirates Falconers Club memulakan persiapannya untuk menganjurkan Pameran Perburuan dan Ekuestrian Antarabangsa Abu Dhabi (ADIHEX 2022) dari 26 September hingga 2 Oktober, sebuah acara terbesar seumpamanya di rantau Timur Tengah dan Afrika yang telah mengukuhkan kedudukannya di peringkat serantau dan antarabangsa dalam edisi sebelum ini iaitu ADIHEX 2021, menyaksikan penyertaan 680 buah syarikat dan jenama dari 44 buah negara.

Part of the Abu Dhabi International Hunting and Equestrian Exhibition (ADIHEX 2021), auctions of falcons, horses, and camels, as well as the most beautiful captive-bred falcons, and Saluki beauty contest (Arabian hunting dogs) are among the most prominent events, in addition to educational and environmental activities and heritage shows.

Acara tersebut telah menarik lebih 105,000 orang pengunjung dari 120 buah negara pada tahun 2021 dan dijangka akan meningkat pada edisi yang akan datang.

Para pempamer mempertimbangkan sebab utama penyertaan mereka di ADIHEX iaitu untuk meluaskan rangkaian, meningkatkan jualan langsung, bertemu ejen dan rakan kongsi baharu, memeterai usaha sama, memasuki pasaran baharu, berhubung dengan pakar dalam pelbagai industri, meningkatkan kesedaran jenama dan melancarkan produk baharu yang inovatif.

Para pengunjung ADIHEX pada tahun lalu sangat berpuas hati dengan kepelbagaian produk dan perkhidmatan yang disediakan, selain daripada lebih 80 aktiviti dan acara yang dianjurkan sepanjang tempoh pameran tersebut.

ADIHEX 2021 juga menganjurkan lebih 120 bengkel dan menjemput kira-kira 90 orang penceramah dan lebih 800 wakil falkonri rasmi serta persatuan dan institusi perburuan yang lestari dari seluruh dunia.

Tuan Yang Terutama Majid Ali Al Mansouri, Pengerusi Jawatankuasa Penganjur Peringkat Tinggi ADIHEX merangkap Setiausaha Agung Emirates Falconers Club, menyatakan rasa syukur dan penghargaan beliau yang tulus dan ikhlas atas sokongan padu yang diberikan kepada pameran tersebut daripada Duli Yang Teramat Mulia, Syeikh dan atas segala usaha pihak tempatan yang terlibat dalam mempromosikan warisan falkonri dan menyemaikan aktiviti ini di dalam hati orang ramai di seluruh dunia.

Lelongan burung helang, kuda dan unta, serta pertandingan burung helang ternak dan Saluki (anjing pemburu Arab tulen) paling cantik merupakan antara acara yang paling popular, di samping aktiviti pendidikan dan alam sekitar serta pertunjukan warisan kuda, burung pemangsa dan anjing polis yang menambah keseronokan dan peluang pembelajaran kepada seisi keluarga, serta meningkatkan daya tarikan acara tersebut sebagai sebuah festival kekeluargaan besar-besaran.

Kepelbagaian dan Keterangkuman ADIHEKS jelas dibuktikan dalam 11 sektornya yang pelbagai, iaitu: Seni dan Kraf, Ekuestrian, Falkonri, Safari dan Pelancongan Perburuan, Peralatan Memburu dan Berkhemah, Senapang Berburu, Promosi dan Pemeliharaan Alam Sekitar serta Warisan Budaya, Kenderaan dan Peralatan Riadah Luar, Produk dan Perkhidmatan Veterinar, Peralatan Memancing dan Sukan Marin, serta Media.

Emirates Falconers' Club
009712693444/sambungan 370 
PR@ADIHEX.COM

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1767322/ADIHEX_2022_1.jpg?p=medium600
Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1767320/ADIHEX_2022_2.jpg?p=medium600

Part of the Abu Dhabi International Hunting and Equestrian Exhibition (ADIHEX 2021), auctions of falcons, horses, and camels, as well as the most beautiful captive-bred falcons, and Saluki beauty contest (Arabian hunting dogs) are among the most prominent events, in addition to educational and environmental activities and heritage shows.
Part of the Abu Dhabi International Hunting and Equestrian Exhibition (ADIHEX 2021), auctions of falcons, horses, and camels, as well as the most beautiful captive-bred falcons, and Saluki beauty contest (Arabian hunting dogs) are among the most prominent events, in addition to educational and environmental activities and heritage shows.
Source: Abu Dhabi International Hunting and Equestrian Exhibition (ADIHEX 2022)
Keywords: Advertising Publishing/Information Service Travel Animals/Pets Trade show news