omniture

Spark Networks Mengumumkan Pelantikan Ken Chin sebagai Ketua Pegawai Produk

Spark Networks
2022-03-17 00:24 35

Dalam sebuah kategori yang dijangka meningkat sebanyak $3.56 bilion dari tahun 2019 hingga 2024, pelantikan Spark menunjukkan fokus terhadap inovasi sebenar

NEW YORK, 17 Mac 2022 /PRNewswire/ -- Spark Networks SE, sebuah platform janji temu sosial terkemuka bagi menjalin hubungan bermakna, yang merangkumi jenama premium seperti Zoosk, EliteSingles, SilverSingles, Christian Mingle, Jdate dan JSwipe, hari ini mengumumkan bahawa Ken Chin akan berkhidmat sebagai Ketua Pegawai Produk, satu jawatan baharu yang dicipta oleh syarikat untuk memimpin pertumbuhan berterusan jenama tersebut.

Chin merupakan seorang pemimpin yang berjaya dengan pengalaman selama lebih 20 tahun dalam bidang kepemimpinan produk untuk pasaran dalam talian (eBay dan SeekAsia) dan e-dagang (FarFetch). Sebagai pengurus produk kumpulan di eBay, beliau memainkan peranan penting dalam mendorong penggabungan antara Platform Promosi Runcit EU eBay dengan platform global dan turut memainkan peranan penting dalam memacu inovasi korporat di BCG Digital Ventures. Beliau mempunyai pengalaman di peringkat antarabangsa dan telah membangunkan pasukan berprestasi tinggi di sepanjang kerjayanya, memacu transformasi digital dan mendayakan inovasi korporat.

"Saya telah mengalami pelbagai inovasi jenama yang berbeza sepanjang penglibatan saya dalam kepemimpinan produk, namun begitu, berkhidmat dengan Spark Networks untuk melaksanakan strategi produk berfokuskan pelanggan dalam industri yang menarik seperti ini merupakan suatu peluang yang mengujakan," kata Chin. "Pasaran janji temu dalam talian ialah sektor yang telah matang dan sangat menakjubkan — bukan sahaja untuk inovasi produk dan pertumbuhan jenama, malah untuk menyampaikan produk yang digemari dan ingin digunakan pelanggan."

Dengan pertumbuhan segmen janji temu bermakna yang pesat bagi pasaran janji temu dalam talian, penambahan jawatan Ketua Pegawai Produk merupakan langkah penting dalam perancangan Spark Networks untuk memberi tumpuan kepada bakat, produk, teknologi dan pemasaran pada tahun 2022.

"Jenama dalam keluarga kami melayani kira-kira empat juta tontonan halaman setiap hari dari kalangan orang bujang yang inginkan hubungan yang serius dan berjuta-juta pelanggan berbayar setiap tahun, dan dengan berkembangnya cara pelanggan berinteraksi antara satu sama lain secara dalam talian di seluruh dunia, kini tiba masanya untuk melabur dalam bakat terbaik bagi membantu Spark Networks mencipta pengalaman pengguna yang terbaik di pasaran," kata Ketua Pegawai Eksekutif Spark Networks, Eric Eichmann. "Itulah sebabnya kami sangat teruja untuk mengalu-alukan kedatangan Ken Chin sebagai Ketua Pegawai Produk. Bermula pada awal suku tahunan ke-2, Ken akan membawa perspektif yang segar serta kepakaran yang mantap kepada komitmen berterusan kami terhadap pembangunan produk dan inovasi."

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Spark Networks, sila layari https://www.spark.net/.

Tentang Spark Networks SE
Spark Networks SE ialah sebuah syarikat janji temu global yang terkemuka dengan ibu pejabat di Berlin, Jerman dan pejabat-pejabat di New York dan Utah. Portfolio aplikasi janji temu premium serta percuma premium Syarikat ini yang semakin meluas antaranya termasuklah Zoosk, EliteSingles, SilverSingles, Christian Mingle, Jdate dan JSwipe. Spark Networks SE yang ada pada masa ini adalah hasil penggabungan antara Affinitas GmbH dengan Spark Networks, Inc. pada tahun 2017 dengan penambahan Zoosk, Inc. pada tahun 2019. Spark mempunyai kira-kira satu juta pelanggan berbayar setiap bulan di seluruh dunia. 

Source: Spark Networks
Keywords: Computer/Electronics Multimedia/Online/Internet Social Media Personnel announcements