omniture

Artmarket.com menerbitkan Laporan Pasaran Seni Global Artprice 2021 yang menunjukkan pertumbuhan perolehan sebanyak 60% dan anjakan paradigma yang berlaku dengan ketibaan NFT

Artmarket.com
2022-03-17 00:27 39

PARIS, 16 Mac 2022 /PRNewswire/ -- Laporan Pasaran Seni ke-24 kami menawarkan analisis jualan lelongan global seni halus yang merangkumi lukisan cat, arca, lukisan, gambar, cetakan, video, pemasangan, dewangga – dan NFT –  tetapi tidak termasuk barangan antik, harta dan perabot berkaitan budaya tanpa pemilik. Laporan ini meliputi tempoh daripada 1 Januari 2021 hingga 31 Disember 2021.

Semua harga yang ditunjukkan dalam laporan ini merujuk kepada keputusan lelongan awam termasuk yuran pembeli. Semua rujukan kepada simbol $ merujuk kepada Dolar AS.

Prestasi pasaran seni global pada tahun 2021 tersebut yang belum pernah tercapai sebelum ini benar-benar telah melupakan tragedi pandemik Covid 19 yang bersejarah.

Data pasaran menunjukkan peningkatan yang menakjubkan sebanyak 60% dalam perolehan lelongan pada tahun 2021 berbanding tahun 2020, walaupun berlakunya pandemik yang berlanjutan. Penghijrahan pasaran seni ke dalam bidang maya Internet kini menjadi realiti kepada kesemua 5 buah benua yang hampir menjadikan keperluan kepada bilik lelongan fizikal sebagai sejarah.

Jualan dalam talian secara langsung oleh Rumah Lelongan meningkat sebanyak 720% di seluruh dunia sepanjang dua tahun berlakunya pandemik COVID ini. Tahap pertumbuhan tersebut sebelum ini telah dijangkakan untuk tahun 2025-2027.

Artprice by Artmarket dengan sukacitanya mengumumkan penerbitan Laporan Pasaran Seni Global (2021) yang ke-24 yang boleh didapati secara percuma, secara lengkap dan tersedia dalam tiga bahasa, dalam talian serta dalam format PDF: 

Bahasa Inggeris: https://imgpublic.artprice.com/pdf/the-art-market-in-2021.pdf 
Bahasa Perancis: https://imgpublic.artprice.com/pdf/le-marche-de-lart-en-2021.pdf
Bahasa Mandarin: https://imgpublic.artprice.com/pdf/zh-the-art-market-in-2021.pdf

Data pasaran utama untuk tahun 2021: 

Perolehan lelongan seni global mencecah $17.08 bilion dengan peningkatan sebanyak 60% berbanding tahun 2020.

Perolehan daripada jualan Seni Halus di Barat meningkat sebanyak 68% menjadikan jumlah sebanyak $10.9 bilion.

Hasil daripada jualan Seni Halus di China meningkat sebanyak 43% menjadikan jumlah sebanyak $5.9 bilion.

Bilangan lot yang telah bertukar dalam lelongan di seluruh dunia telah mencapai rekod sepanjang masa sebanyak 663,900 iaitu peningkatan sebanyak 29%.

Harga purata lot yang terjual ialah $25,730 dan harga median ialah $930.

Kadar tidak terjual menguncup kepada 31% hasil kejayaan jualan terutamanya dalam talian.

Indeks Seni Kontemporari menunjukkan pertumbuhan melebihi 3%.

Seni Kontemporari menyumbang sebanyak 20% daripada Pasaran Seni, berbanding 3% pada tahun 2000.

Perolehan global daripada lelongan seni halus 

Global turnover from fine art auctions
Global turnover from fine art auctions

Infografik - https://mma.prnasia.com/media2/1766212/Global_turnover_Infographic.jpg?p=medium600

Kuasa Tarikan Seni 

Dengan jumlah perolehan sebanyak $5.95 bilion (35% daripada jumlah global), China memperoleh lebih banyak hasil lelongan seni halus berbanding Amerika Syarikat yang memperoleh jumlah perolehan sebanyak $5.79 bilion (34%).

Dengan jumlah sebanyak $1.99 bilion, UK telah mengalami penurunan sebanyak 10% berbanding tahap yang dicatatkan pada tahun 2019.

Tiga pasaran negara teratas tersebut dalam pasaran seni global ini menyumbang kepada 80% daripada perolehan lelongan seni global.

Buat pertama kalinya dalam sejarahnya, jumlah tahunan lelongan Perancis melebihi $1 bilion yang akhirnya menjadikan ia sebagai pasaran utama dalam pasaran seni global.

Pasaran Jerman telah mendapat tempat ke-5 dalam kedudukan global dan telah menarik minat Sotheby's untuk ke Cologne.

Korea Selatan telah menggandakan perolehan lelongan seni sebanyak empat kali ganda dengan menjana sebanyak $237 juta.

China pada kedudukan pertama 

Laporan ini menunjukkan bahawa China sekali lagi telah mencapai tempat teratas dalam kedudukan negara di seluruh dunia dari segi dinamisme lelongan seni yang dengan jelas menunjukkan statusnya sebagai 'pesaing serius' berbanding Amerika Syarikat. Walaupun pasaran China mempunyai kodnya sendiri, ini menjadikannya lebih menarik dan itulah sebabnya kerjasama editorial antara Artprice dan Artron menarik dan amat relevan terhadap realiti global tentang pasaran yang berubah dengan pantas.

10 negara teratas mengikut lelongan Seni Halus & NFT (evolusi vs. 2020) 

1. China (Artron):   

$5,953,355,500 (+43.0%)

2. Amerika Syarikat:  

$5,794,793,900 (+102.3%)

3. United Kingdom:     

$1,996,657,600 (+28.6%)

4. Perancis:   

$1,008,464,700 (+71.8%)

5. Jerman:    

$356,967,400 (+18)

6. Korea Selatan:    

$237,290,600 (+369.90%)

7. Itali:    

$212,554,100 (+49.1%)

8. Switzerland:  

$193,884,700 (+74.7%)

9. Jepun:    

$167,464,400 (+75.6%)

10. Poland:    

$142,070,800 (+66.5%)

 

Rumah Lelongan 

Sotheby's dan Christie's memperolehi 49% daripada pasaran lelongan seni global dengan jumlah masing-masing sebanyak $4.4 bilion dan $4 bilion.

Poly dan China Guardian agak jauh ketinggalan di belakang dengan jumlah sebanyak $824 juta dan $677 juta.

Poly dan Phillips bekerjasama di Hong Kong dan memperoleh sebanyak $175 juta bersama-sama.

Ketterer yang memperoleh sebanyak $97 juta pada tahun 2021 menjadi rumah lelongan yang menerajui di Benua Eropah.

Artcurial, rumah lelongan yang menerajui di Perancis telah menjual sebanyak 3,800 buah hasil karya seni dengan jumlah bernilai $91 juta.

Seniman dan lelongan 

Pada tahun 2021, satu lot telah memperoleh lebih $100 juta: Seated Woman oleh Pablo Picasso (1932) di Christie's New York.

Pada tahun 1997, lukisan yang sama telah dijual pada harga $7.5 juta.

Pada tahun 2021, Picasso, Basquiat, Warhol, Richter dan Zhang Daqian merupakan seniman yang paling berjaya dalam lelongan di dunia.

Beeple merupakan seniman paling mahal yang masih hidup pada tahun ini, dengan satu lot memperoleh sebanyak $69.4 juta.

Gerhard Richter dan Banksy merupakan artis yang masih hidup yang paling berjaya di dunia dalam lelongan.

Sejumlah 1,186 buah hasil karya Banksy telah terjual pada harga $206 juta, termasuk satu rekod baharu dengan harga $25.4 juta.

Yayoi Kusama ialah wanita pertama dalam sejarah yang menyertai 10 seniman global Teratas Artprice berdasarkan perolehan.

Jean-Michel Basquiat menjadi seniman ke-2 yang paling berjaya di dunia, selepas Picasso.

Buat pertama kalinya, lima buah karya utama Basquiat telah terjual di Hong Kong.

Trend utama 

1. NFT menawarkan cara pengumpulan yang serba baharu:

Hasil yang diperolehi daripada hasil karya Beeple, Pak, Larva Labs, Yuga Labs telah menjadikan pasaran baharu ini tidak dapat dielakkan.

Sebaik sahaja hasil karya tersebut tiba di lelongan, sebanyak 279 lot NFT memperoleh jumlah sebanyak $232.4 juta (melebihi daripada yang diperolehi oleh segmen fotografi).

2. Seniman muda memecahkan rekod kematangan (yang dikenali sebagai fenomena "cip merah"):

Beeple (40 tahun), Avery Singer (34 tahun), Fewocious (18 tahun) meraih harga yang amat tinggi.

3. Permintaan untuk hasil karya seniman Afrika dan seniman daripada diaspora Afrika menunjukkan peningkatan yang luar biasa.

Pasaran Seni 3.0: NFT, Metaverse dan Blok Rantai

thierry Ehrmann, Ketua Pegawai Eksekutif merangkap Pengasas Artmarket.com dan jabatan Artprice:

"Internet 2.0 membolehkan ia untuk berada di Internet. Internet 3.0 kini akan muncul di Internet. Pada tahun 2021 ketika COVID meragut begitu banyak nyawa serta menguasai sepenuhnya kehidupan harian dan perbendaharaan kata kita, namun kamus Collins yang terkenal menganggap perkataan "NFT" sebagai "perkataan terbaik tahun tersebut" yang paling penting. Amat kontroversi, istilah ini penting bukan sahaja kerana ia telah menjadi bualan setiap orang tetapi kerana ia membawa benih revolusi digital yang memberi kesan kepada pasaran seni dalam cara yang kita tidak pernah lihat dalam tempoh lima abad. Itulah sebabnya Laporan Pasaran Seni 2021 kami bermula dengan istilah ini."

Untuk memahami sepenuhnya kesan sejarah NFT dalam dunia seni pada tahun 2021, kita mesti kembali ke Zaman Pembaharuan ketika anjakan paradigma yang serupa telah berlaku. Disebabkan rumah percetakan Johannes Gutenberg, para seniman – buat pertama kalinya – telah dapat mencetak edisi pertama mereka. Ini menunjukkan pemindahan kuasa yang utama ke tangan para seniman.

Evolusi ini membolehkan para seniman – buat pertama kalinya dalam sejarah – menjana pendapatan dan mengawal pengeluaran mereka sendiri di bengkel dan kilang mereka. Pada hari ini dengan NFT, kita mengalami anjakan paradigma yang serupa dengan kepentingan sejarah yang sama.

Metaverse bukannya tentang 3D atau 2D. Ia tentang penyahbahanan keadaan fizikal ke sebuah dunia baharu di mana pengalaman yang dulunya adalah mustahil tetapi kini boleh dicapai.

Semasa Zaman Kesedaran abad ke-21 ini, dunia seni akan dikonfigurasikan semula di sekitar penciptaan dan ekonomi maya (tetapi amat nyata) yang akhirnya menyediakan sokongan yang diperlukan kepada populasi pencipta yang lebih besar.

Keunikan kekal sebagai keistimewaan yang paling indah walaupun di dalam dunia maya Metaverse.

Penyahbahanan Pasaran Seni melalui Internet ini mengambil masa kira-kira 30 tahun. Melalui dunia NFT dan Metaverse, Internet bukan lagi sekadar penggerak peralihan kepada Pasaran Seni… malah ia merupakan tempat seni itu sendiri akan dicipta dan ditukar. Kita sedang memasuki sebuah dimensi yang benar-benar baharu. 

Taburan geografi bagi perolehan lelongan Seni Halus pada tahun 2021 

Geographical distribution of Fine Art auction turnover in 2021
Geographical distribution of Fine Art auction turnover in 2021

Infografik - https://mma.prnasia.com/media2/1766214/Geographical_distribution.jpg?p=medium600

Secara ringkasnya, walaupun amat terkesan dengan pandemik – suatu tragedi global yang belum pernah berlaku sebelum ini dalam sejarah ekonomi moden – pasaran seni telah berjaya bangun semula melalui penerimagunaan teknologi digital dalam masa yang amat singkat. Peralihan ini telah mendayakan pertumbuhan pesat sebanyak lebih 60% walaupun berlakunya pandemik yang berlanjutan hampir di mana-mana sahaja di lima buah benua ini di dunia. Di Barat, pertumbuhan tahunan yang menakjubkan ini bahkan telah mencapai lebih 68%, suatu tahap pertumbuhan yang tidak pernah dilihat dalam tempoh 25 tahun.

Imej :

[https://imgpublic.artprice.com/img/wp/sites/11/2022/03/image1-EN-Global-Auction-TUrnover_EN.jpg]

[https://imgpublic.artprice.com/img/wp/sites/11/2022/03/image2-EN-geographical-breakdown_EN.jpg]

Hak Cipta 1987-2022 thierry Ehrmann www.artprice.com - www.artmarket.com

Tentang Artmarket:

Artmarket.com disenaraikan di Eurolist oleh Euronext Paris, SRD Long Only dan Euroclear: 7478 - Bloomberg: PRC - Reuters: ARTF.

Terokai Artmarket dan jabatan Artprice dalam video ini: www.artprice.com/video

Artmarket dan jabatan Artpricenya telah ditubuhkan pada tahun 1997 oleh Ketua Pegawai Eksekutif, thierry Ehrmann. Artmarket dan jabatan Artpricenya dikawal oleh Groupe Serveur yang ditubuhkan pada tahun 1987.

Lihat biografi yang diperakui dalam Who's who ©:
Biographie_thierry_Ehrmann_2022_WhosWhoInFrance.pdf

Artmarket ialah peserta global dalam Pasaran Seni bersama-sama dengan jabatan Artpricenya, peneraju dunia dalam pengumpulan, pengurusan dan penerokaan maklumat pasaran seni masa kini dan masa lalu dalam bank data yang mengandungi lebih 30 juta indeks dan hasil lelongan dan meliputi lebih 770,000 orang seniman.

Artprice by Artmarket, peneraju dunia dalam maklumat pasaran seni, telah menetapkan sendiri matlamatnya melalui Pasaran Terpiawai Globalnya untuk menjadi platform NFT Seni Halus yang terkemuka di dunia.

Artprice Images® membenarkan akses tanpa had ke bank imej Pasaran Seni terbesar di dunia: tidak kurang daripada 180 juta imej digital fotografi atau penghasilan semula karya seni ukiran dari tahun 1700 hingga ke hari ini yang diulas oleh pakar sejarah kesenian.

Artmarket dengan jabatan Artpricenya mengumpul data secara tetap daripada 6,300 Pusat Lelongan dan menghasilkan maklumat Pasaran Seni utama untuk akhbar-akhbar utama dan agensi media (dengan 7,200 penerbitan). 5.4 juta ('log masuk ahli' dan media sosial) penggunanya mempunyai akses kepada iklan yang disiarkan oleh ahli lain, sebuah rangkaian yang hari ini mewakili Global Standardized Marketplace® yang terkemuka untuk membeli dan menjual karya seni pada harga tetap atau harga bidaan (lelongan dikawal selia oleh perenggan 2 dan 3 Artikel L 321.3 Kod Komersial Perancis).

Artmarkets dengan jabatan Artpricenya, telah dianugerahkan label "Syarikat Inovasi" peringkat Negara oleh Bank Pelaburan Awam (BPI) (untuk kali kedua dalam bulan November 2018 bagi tempoh baharu selama 3 tahun) yang menyokong syarikat tersebut dalam projeknya untuk mengukuhkan kedudukan sebagai pemain global dalam pasaran seni.

Laporan Pasaran Seni Global Artprice by Artmarket 2020 diterbitkan pada bulan Mac 2022:
https://www.artprice.com/artprice-reports/the-art-market-in-2021

Laporan Pasaran Seni Kontemporari Artprice 2020/21 oleh Artmarket.com:
https://www.artprice.com/artprice-reports/the-contemporary-art-market-report-2021

Indeks siaran akhbar yang disiarkan oleh Artmarket dengan jabatan Artpricenya:
serveur.serveur.com/Press_Release/pressreleaseEN.htm

Ikuti semua berita Pasaran Seni dalam masa nyata dengan Artmarket dan jabatan Artprice di Facebook dan Twitter:

www.facebook.com/artpricedotcom/ (lebih 5.4 juta pengikut)

twitter.com/artketdotcom 

twitter.com/artpricedotcom 

Terokai keajaiban dan dunia Artmarket dan jabatan Artpricenya di https://www.artprice.com/video yang beribu pejabat di Muzium Seni Kontemporari Organe yang terkemuka, "The Abode of Chaos" (dixit The New York Times): https://issuu.com/demeureduchaos/docs/demeureduchaos-abodeofchaos-opus-ix-1999-2013

Hubungan untuk Artmarket.com dan jabatan Artprice - Sila hubungi:  Thierry Ehrmann,  ir@artmarket.com

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1009603/Art_Market_logo.jpg?p=medium600

 

 

Source: Artmarket.com
Related Stocks:
Berlin:AJP Bloomberg:PRC@FP Dusseldorf:AJP Euroclear:7478 EuronextParis:PRC Frankfurt:AJP ISIN:FR0000074783 LSE:0DM3 RICS:ARTF RICS:ARTF.PA Stuttgart:AJP
Keywords: Art Banking/Financial Service Computer/Electronics Electronic Commerce Entertainment Multimedia/Online/Internet Economic news, trends, analysis Blockchain