omniture

PLINTRON MEMENANGI 'INISIATIF AWAN TERBAIK TAHUN INI' DI ASIAN TELECOM AWARDS 2022

Plintron
2022-03-17 08:00 21

SINGAPURA, 17 Mac 2022 /PRNewswire/ -- Asian Telecom Awards yang bermatlamat untuk mengiktiraf pencapaian syarikat telekomunikasi telah mengumumkan Plintron sebagai pemenang Inisiatif Awan bagi tahun 2022 dalam majlis anugerahnya yang terbaharu. Anugerah ini diberikan atas kejayaan pelaksanaan platform berasaskan awan Plintron untuk Pengendali Rangkaian Maya Mudah Alih (MVNO) di Itali, oleh pasukan penghantaran yang berpangkalan di luar India.

Subhashree Radhakrishnan. Naib Pengerusi merangkap Pengasas Bersama Plintron Group berkata,"Plintron berbesar hati menerima pengiktirafan ini daripada Asian Telecom Awards 2022 bagi Platform berasaskan Awan kami untuk MVNO dan komited terhadap kecemerlangan seterusnya serta akan melancarkan ciri-ciri yang lebih inovatif pada tahun ini."

Platform Plintron untuk MVNO menampilkan beberapa inovasi seperti penyelesaian berasaskan awan dengan fleksibiliti & kapasiti elastik yang boleh diskala, rangkaian , Perisian sebagai Perkhidmatan Syarikat Telekomunikasi yang lengkap termasuk Rangkaian NSS/BSS/OCS/OSS/GW, yang menyokong model MVNO pengagregat yang membolehkan pelancaran MVNO subjenama bebas dan lain-lain.

Model Syarikat Telekomunikasi sebagai perkhidmatan (TaaS) Plintron membolehkan mana-mana jenama memperluas menjadi perkhidmatan mudah alih serta meningkatkan kesetiaan dan penglibatan pelanggan selain daripada menambah aliran hasil tambahan & meningkatkan nilai jenama.

Jenama boleh memberi tumpuan kepada kecekapan utama jualan dan pemasaran mereka, sementara Plintron pula menyediakan semua kepakaran domain telekomunikasi, perundingan GTM, penyelesaian/sokongan dan pengurusan teknikal yang lengkap bagi keseluruhan operasi telekomunikasi dan pematuhan kawal selia. Ini amat berguna bagi mana-mana jenama yang mempunyai jumlah pengunjung yang ramai di kedai atau di e-kedai miliknya. Komuniti, kumpulan etnik dan kelab sukan juga boleh memulakan MVNO mereka sendiri untuk meningkatkan penglibatan ahli.

Platform Plintron juga menyokong kesemua model pasaran MVNO daripada MVNO Ringkas hingga kepada MVNO Lengkap dan penyesuaian yang diperlukan. Plintron memberi tumpuan kepada R&D dan bakal melancarkan ciri-ciri platform yang lebih inovatif pada tahun ini.

Tentang Plintron 

Plintron ialah sebuah syarikat Perisian sebagai Perkhidmatan (SaaS) yang inovatif yang menawarkan penyelesaian Pendaya Rangkaian Maya Mudah Alih (MVNE), Pengagregat Rangkaian Maya Mudah Alih (MVNA), Platform Komunikasi sebagai Perkhidmatan (CPaaS) dan Internet Benda (IoT) dengan menggunakan platform komunikasi awan miliknya. Ia merupakan penyedia MVNA & MVNE berbilang Negara serba lengkap dan terbesar di dunia yang memiliki pangkalan pelanggan di 6 buah benua. Dengan perkhidmatan rangkaian mudah alih di lebih 30 buah negara yang meliputi 6 buah benua dengan sokongan lebih 1,000 orang profesional dalam bidang telekomunikasi, Plintron telah melancarkan lebih 143 buah MVNO dan mempunyai lebih 165 juta orang pelanggan mudah alih.

Sila layari www.Plintron.com

Hubungan Media:
Shamik Biswas
marketing@plintron.com

Logo: https://mma.prnasia.com/media2/1459856/Plintron_Logo.jpg?p=medium600

Source: Plintron
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Telecommunications Telecommunications Carriers and Services Awards