omniture

SMSEagle Memperkenalkan Versi 4 Peranti talian NXS miliknya yang Memberikan Prestasi, Kebolehpercayaan dan Keselamatan yang Lebih Baik

SMSEagle
2022-03-17 09:00 18

POZNAN, Poland, 17 Mac 2022 /PRNewswire/ -- SMSEagle, sebuah syarikat penyedia yang terkemuka bagi get laluan SMS perkakasan, hari ini mengumumkan pelancaran platform perkakasan baharu peranti talian NXS miliknya, Rev. 4: NXS-9700 4G dan NXS-9750 4G. Naik taraf ini menawarkan kecekapan dan kestabilan yang dipertingkatkan serta serasi dengan rangkaian 4G di seluruh dunia.

 

SMSEagle ialah sebuah get laluan SMS perkakasan profesional untuk menghantar dan menerima mesej SMS secara automatik. Penaiktarafan perkakasan baharu yang utama ini merangkumi:

  • CPU: ARM A72 1.5GHz (teras kuad)
  • Storan Dalaman: Storan eMMC 16GB
  • RAM: LPDDR4 2GB

Sistem pengendalian dalamannya iaitu Linux juga telah dinaik taraf kepada Linux 5.1x. Selain itu, ia turut menawarkan versi baharu bagi pelayan web dan pangkalan datanya. Pengubahsuaian terkini ini memberikan pengalaman pengguna yang lancar yang juga boleh dipercayai dan selamat. 

Yang penting, NXS-97xx 4G ini juga menawarkan keserasian rangkaian selular 4G/3G di seluruh dunia dengan pangkalan pengguna global di lebih 90 buah negara.

"Penaiktarafan ini mewakili keazaman kami untuk memenuhi keperluan terhadap prestasi dan keselamatan yang semakin meningkat," kata Radosław Janowski, Ketua Pegawai Eksekutif SMSEagle. "NXS-97xx 4G menawarkan fleksibiliti dan juga kekuatan untuk menyokong keperluan para profesional IT yang semakin meningkat di seluruh dunia."

SMSEagle terus menangani keperluan terhadap suatu kaedah komunikasi automatik yang boleh dipercayai melalui perkakasan serta perisian terbaik. Dengan menyemak semula perkakasan sedia ada milik syarikat ini dan mengeluarkan produk baharu yang memiliki ciri-ciri baharu, para pengguna boleh memaksimumkan produktiviti dan memperluas automasi mereka.

Bersama-sama dengan penaiktarafan Rev. 4 terhadap peranti talian NXS, SMSEagle juga telah mengubah pembungkusannya dengan menjadikannya lebih mesra alam yang meminimumkan sisa dan lebih lestari.

Peranti talian Rev.4 NXS-97xx adalah saling beroperasi dan serasi sepenuhnya dengan talian NXS-97xx sedia ada. Peranti talian Rev.4 perkakasan ini akan menggantikan talian Rev.3 NXS-97xx sedia ada secara beransur-ansur.

Tentang SMSEagle 

SMSEagle ialah sebuah syarikat penyedia terkemuka bagi perkakasan get laluan SMS di seluruh dunia. Peranti ini ialah produk yang berasal dari EU bagi menghantar & menerima mesej SMS secara automatik yang membolehkan anda menghantar makluman SMS daripada sistem pemantauan rangkaian, token SMS daripada sistem pengesahan, menukar e-mel menjadi mesej SMS, menghantar dan menerima teks SMS menggunakan API.

Untuk maklumat lanjut, sila layari https://www.smseagle.eu/

Video: https://mma.prnasia.com/media2/1766689/SMSEagle_Showcase.mp4 
Logo: https://mma.prnasia.com/media2/1766685/SMSEagle_Logo.jpg?p=medium600

 

 

Source: SMSEagle
Keywords: Computer Hardware Computer Software Computer/Electronics Telecommunications Telecommunications Carriers and Services Telecommunications Equipment New products/services