omniture

HUAWEI Ads pamer ciri dan perkhidmatan iklan dipertingkat di MWC 2022 untuk perkasa pengiklan melalui penyelesaian iklan khusus-industri hujung-ke-hujung

Huawei Mobile Services
2022-03-17 09:30 185

SINGAPURA, 17 Mac 2022 /PRNewswire/ -- Huawei Mobile Services (HMS) kembali ke Kongres Dunia Mudah Alih (MWC) 2022 yang berlangsung mulai 28 Februari hingga 3 Mac di Barcelona, Sepanyol, bagi mempamerkan ciri dan perkhidmatan iklan yang dipertingkat daripada platform pengiklanan digital programatiknya – HUAWEI Ads,

HUAWEI Ads, pasaran pengiklanan programatik oleh Huawei, mempamerkan ciri dan perkhidmatan iklan dipertingkat termasuk mod Universal App Campaign (UAC) dan penyelesaian pengiklanan khusus-Industrinya di MWC 2022.
HUAWEI Ads, pasaran pengiklanan programatik oleh Huawei, mempamerkan ciri dan perkhidmatan iklan dipertingkat termasuk mod Universal App Campaign (UAC) dan penyelesaian pengiklanan khusus-Industrinya di MWC 2022.

HUAWEI Ads ialah pasaran pengiklanan programatik yang direka khas untuk membolehkan pengiklan dan jenama berhubung terus dengan berjuta-juta pengguna peranti pintar dan aplikasi Huawei. HUAWEI Ads bergantung kepada ekosistem mudah alih Huawei, serta berinteraksi dengan algoritma dan seni bina peranti Huawei, lalu menjadikannya platform yang paling berkesan untuk pengiklan mendekati lebih 730 juta pengguna peranti Huawei global merentas telefon pintar, komputer peribadi (PC) dan tablet.

Ciri dan perkhidmatan iklan dipertingkat untuk meningkatkan kecekapan seluruh platform

Di MWC 2022, HUAWEI Ads mempamerkan mod Universal App Campaigns (UAC) yang dipertingkat. Menerusi UAC yang terkini, kini pengiklan hanya perlu memuat naik tiga iklan kreatif, sistem ini kemudiannya boleh menghasilkan lebih daripada 400 variasi berdasarkan kepada versi asal untuk meningkatkan kecekapan peletakan dalam seluruh platform dengan ketara. Mod UAC juga mengupayakan penciptaan imej yang pintar dan pemadanan warna diperibadikan bagi memberi suapan iklan mengikut pilihan pengguna.

Sejak pelancarannya dalam HUAWEI Ads tahun lalu, UAC terbukti dapat mengurangkan kos pemasangan iklan sebanyak 87% berbanding dengan mod peletakan tradisional dan meningkatkan kadar klikan sebanyak 600%. 

Ciri-ciri iklan baharu juga sentiasa ditambah bagi meningkatkan kecekapan dan keberkesanan iklan. Sebagai contoh, HUAWEI Ads memperkenalkan 'Preset Template' pada platform tersebut untuk pengiklan mencipta laman web capaian iklan disesuaikan dengan ciri-ciri seperti bentuk penghasilan 'lead generation' dengan mudah.

HUAWEI Ads kini telah meluaskan operasinya ke lebih 170 negara dan wilayah di serata dunia. Di samping rangkaian penuh sumber aplikasi natif Huawei seperti AppGallery, Petal Search dan HUAWEI Video, terdapat lebih 36,000 penerbit pihak ketiga dan platform SSP yang digabungkan ke dalam rangkaian HUAWEI Ads, membantu pengiklan membangunkan perniagaan, produk dan perkhidmatan mereka merentas titik sentuh berbilang digital.

Platform HUAWEI Ads menyokong pembidaan waktu sebenar dan programatik serta ciri-ciri penyasaran yang tepat seperti khalayak yang kelihatan serupa dan penyasaran semula. Ini dapat memastikan agar pesanan dan peletakan pengiklan ditujukan kepada pengguna ideal yang sesuai dengan demografi pengguna mereka. Di samping itu, HUAWEI Ads menyediakan alat seperti Pembidaan Pintar dan Sepanduk Pintar untuk memberi lebih kawalan kepada pengiklan ke atas tetapan iklan.

Penyelesaian iklan khusus-industri memacu keberkesanan pengiklanan yang lebih tinggi

Di samping perluasan pilihan peletakan dan format pembidaan yang berterusan, pasukan HUAWEI Ads juga menyediakan penyelesaian iklan khusus-industri hujung-ke-hujung untuk pengiklan permainan, e-dagang, hiburan dan kewangan bagi meningkatkan prestasi iklan.

Sebagai contoh, aplikasi hiburan siaran langsung Bigo Live, mencapai peningkatan muat turun aplikasi sebanyak 52% dan lonjakan 5 kali ganda dalam impresi aplikasi menerusi pasaran Jerman dengan menjalankan kempen Tawaran Langsung Kos-Setiap-Muat Turun (Direct Deal CPD) melalui platform HUAWEI Ads pada Oktober 2021. Sepanjang tempoh kempen iklan, aplikasi Bigo Live ditonjolkan dalam pelbagai peletakan dalam AppGallery, termasuk bahagian aplikasi "Featured", cadangan OOBE, "Top App" disegerakkan dalam HUAWEI Assistant·TODAY dan banyak lagi, bagi memaksimumkan paparan iklan dan mendorong muat turun.

Di Malaysia, SYOK, aplikasi hiburan berbilang bahasa, turut mengalami hasil yang berkesan melalui penyelesaian HUAWEI Ads. Kempen pemasangan-aplikasi SYOK yang berlangsung mulai Mei hingga Julai 2021 memperoleh kadar klik-untuk-muat turun yang tinggi iaitu 18% pada kos-setiap-pemasangan (CPI) iaitu 47% lebih rendah berbanding penanda aras industri.

Plano, syarikat teknologi kesihatan berpangkalan di Singapura, mengiklankan aplikasi kawalan ibu bapa dan kesihatan mata berasaskan sains – "Plano" dan platform tempahan pemeriksaan mata dalam taliannya – "planoEyecheck" dengan HUAWEI Ads pada Disember 2021. HUAWEI Ads mengoptimumkan penyasaran iklan ke arah khalayak keluarga, yang hasilnya menyaksikan peningkatan muat turun aplikasi Plano sebanyak lebih 150%. Tambahan pula, purata tempahan pemeriksaan mata bulanan yang dibuat pada platform ini semasa tempoh kempen ini turut meningkat sebanyak 15 kali ganda.

Permintaan pengiklanan digital menyaksikan peningkatan mendadak selama bertahun-tahun, didorong oleh peningkatan jumlah masa yang dihabiskan pada peranti mudah alih dan keperluan terhadap pengalaman diperibadikan. Sebagai respons kepada permintaan pasaran dan bagi menyokong pertumbuhan pengiklan, HUAWEI Ads komited untuk terus meluaskan keupayaan dan penyelesaian iklannya untuk persekitaran pengiklanan digital yang saling memberi manfaat.

Pengiklan yang berminat dengan perkhidmatan HUAWEI Ads boleh mengunjungi https://ads.huawei.com/usermgtportal/home/index.html#/ untuk butiran lanjut.

 

Source: Huawei Mobile Services
Keywords: Advertising Computer/Electronics Entertainment Mobile Entertainment Telecommunications Telecommunications Carriers and Services Trade show news