omniture

VENTURE GLOBAL MENGUMUMKAN PERJANJIAN JUALAN BAHARU UNTUK LNG PLAQUEMINES DAN CP2 SERTA MENGELUARKAN KEMAS KINI TENTANG PENCAPAIAN PRAKEPUTUSAN PELABURAN AKHIR

Venture Global LNG
2022-03-17 19:24 26

ARLINGTON, Virginia, 17 Mac 2022 /PRNewswire/ -- Venture Global LNG hari ini mengumumkan bahawa ia telah melaksanakan dua Perjanjian Jual Beli (SPA) jangka panjang baharu selama 20 tahun dengan New Fortress Energy Inc. (NASDAQ: NFE), termasuk 1 juta tan setahun (MTPA) daripada gas asli cecair (LNG) Plaquemines dan 1 MTPA daripada LNG CP2. Ini merupakan SPA pertama bagi kemudahan LNG CP2 yang syarikat menjangkakan akan memulakan pembinaan pada tahun 2023. Melalui perjanjian ini, Venture Global kini telah melaksanakan lebih 80% kontrak jangka panjang selama 20 tahun yang ditandatangani oleh syarikat LNG AS sejak tahun 2017. 

Photo Credit: Venture Global LNG
Photo Credit: Venture Global LNG

"Venture Global berbangga dapat menjalin kerjasama LNG jangka panjang dengan New Fortress Energy. Syarikat kami berkongsi komitmen untuk mengekalkan pasaran tenaga yang dibekalkan dengan baik sambil memajukan matlamat tenaga bersih melalui eksport LNG AS yang berkos rendah kepada negara-negara membangun," kata Mike Sabel, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Venture Global LNG. "Kemudahan LNG CP2 yang bersebelahan dengan Calcasieu Pass akan dibina berdasarkan wawasan kami untuk menjadikan Louisiana sebagai sebuah hab inovasi antarabangsa bagi meningkatkan jaminan tenaga global."

Syarikat tersebut hari ini turut mengumumkan beberapa pencapaian dalam aktiviti prakeputusan pelaburan akhir untuk LNG Plaquemines:

  • Dijangka akan membuat keputusan pelaburan akhir (FID) rasmi dan menutup pembiayaan projek tidak lama lagi.
  • Telah melancarkan pembinaan pada bulan Ogos 2021 berikutan permintaan pasaran yang bersejarah dan sokongan kewangan yang kukuh terhadap projek tersebut.
  • Telah menjual 14 juta tan daripada kapasiti papan nama yang berjumlah 20 MTPA. Syarikat tersebut menjangkakan akan mengumumkan kontrak untuk baki kapasiti dalam beberapa minggu yang akan datang.
  • Telah menganugerahkan kontrak kejuruteraan dan perolehan kepada syarikat bertaraf dunia yang merangkumi KZJV, Baker Hughes, UOP Honeywell dan CB&I.

"Dalam pasaran global masa kini, pelaksanaan dan kepantasan adalah penting dan Venture Global berada pada kedudukan yang unik untuk menyampaikan kapasiti LNG AS dengan pantas bagi memenuhi permintaan tenaga yang semakin meningkat di dunia," kata Mike Sabel, CEO Venture Global. "Dengan pemikiran tersebut-dan membangun berdasarkan rekod kejayaan selama 29 bulan daripada FID kepada pengeluaran LNG pertama di Calcasieu Pass- syarikat kami telah maju ke hadapan dengan jadual yang dipercepatkan untuk Plaquemines. Walaupun kami telah menutup proses pembiayaan projek, kami telah mengambil beberapa langkah untuk mempercepat projek kami termasuk menganugerahkan kontrak kejuruteraan, pemerolehan dan pembinaan (EPC) yang utama dan melancarkan pembinaan pada musim luruh tahun 2021."

Tentang Venture Global LNG

Venture Global ialah sebuah syarikat penyedia jangka panjang berkos rendah untuk LNG A.S. yang diperoleh dari lembangan gas asli Amerika Utara yang kaya dengan sumber. Kemudahan pertama Venture Global iaitu Calcasieu Pass, memulakan pengeluaran LNG pada bulan Januari 2022.  Syarikat ini juga sedang membina atau membangunkan kapasiti pengeluaran tambahan sebanyak 60 MTPA di Louisiana untuk menyediakan tenaga bersih dan berpatutan kepada dunia. Syarikat ini sedang membangunkan projek Penangkapan dan Sekuestrasi Karbon (CCS) di setiap kemudahan LNG-nya.

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1767702/Venture_Global_LNG.jpg?p=medium600 

Source: Venture Global LNG
Related Stocks:
NASDAQ:NFE
Keywords: Banking/Financial Service Gas Oil/Energy Utilities Financing agreements