omniture

Terran Biosciences mengumumkan perjanjian pelesenan dengan Columbia University untuk hak eksklusif seluruh dunia ke atas platform perisian biopenanda CNS proprietari

Terran Biosciences, Inc.
2022-03-17 19:41 33

NEW YORK, 17 Mac 2022 /PRNewswire/ -- Terran Biosciences, Inc. ("Terran"), sebuah syarikat platform bioteknologi khusus untuk pembangunan transformasi terapeutik dan teknologi bagi penyakit neurologi dan psikiatri, telah memeterai perjanjian dengan Columbia University ("Columbia") dan Research Foundation for Mental Hygiene ("RFMH"), untuk mendapatkan hak eksklusif seluruh dunia bagi membangun dan mengkomersialkan portfolio paten dan platform perisian biopenanda CNS proprietari Columbia. 

Algoritma yang mendasari platform ini pada mulanya dibangunkan oleh sepasukan pakar perubatan, neurosaintis dan jurutera perisian Columbia yang diketuai oleh Guillermo Horga, MD, PhD dan Clifford Cassidy, PhD. Teknologi baharu ini telah pun menunjukkan penggunaan klinikal yang memberangsangkan dalam beberapa kajian yang merangkumi beberapa indikasi termasuk skizofrenia, penyakit Parkinson, penyakit Alzheimer, kemurungan serius, ketagihan dadah dan gangguan tekanan pascatrauma (PTSD).

Bagi menyokong data ini, Terran sedang membangunkan lagi algoritma tersebut dengan menggabungkannya ke dalam platform perisian sebagai peranti perubatan (SaMD) berasaskan awan Terran. Terran turut menaja kajian penyelidikan klinikal tambahan di RFMH dan Columbia serta mengembangkan set data, indikasi minat dan portfolio paten. Terran berhasrat untuk mengetengahkan platform ini bagi membantu mendayakan penyelesaian yang bukan invasif dan menjimatkan kos untuk para pesakit yang mengalami gangguan neurologi dan psikiatri.

Dr. Sam Clark, Ketua Pegawai Eksekutif Terran mengulas, "Pasukan Columbia dan RFMH telah melakukan kerja-kerja yang luar biasa ketika membangunkan platform perisian ini untuk membantu menyelesaikan persoalan-persoalan yang sangat sukar tentang pengenalpastian dan pengukuran biopenanda otak yang penting dalam bidang neuropsikiatri. Kami berharap dapat meneruskan kerjasama penyelidikan ini untuk memajukan lagi usaha ini serta memperluas akses terhadap teknologi yang hebat ini." 

Dr. Guillermo Horga, Profesor Madya Psikiatri Klinikal di Vagelos College of Physicians and Surgeons, Columbia University berkata, "Kami teruja untuk meneruskan kerjasama dengan pasukan Terran bagi memacu usaha ini ke tahap selanjutnya dan meneroka keupayaannya dalam pelbagai keadaan penyakit dan penggunaan yang berbeza."

Tentang Terran Biosciences, Inc.

Terran ialah sebuah syarikat platform bioteknologi yang membangunkan portfolio terapeutik dan teknologi untuk para pesakit yang menghidap penyakit neurologi dan psikiatrik. Terran yang dibiayai oleh beberapa pelabur sains hayat dan teknologi, telah membangunkan sebuah platform pembangunan ubat-ubatan didayakan teknologi yang berfokuskan CNS serta sedang memajukan sejumlah aset peringkat akhir yang merangkumi terapeutik berasaskan psikedelik baharu dengan pantas.

Hubungan Terran
Perhubungan Pelabur:
ir@terranbiosciences.com

Media:
info@terranbiosciences.com

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1758607/terran_biosciences_Logo.jpg?p=medium600

 

Source: Terran Biosciences, Inc.
Keywords: Biotechnology Computer Software Computer/Electronics Education Health Care/Hospital Higher Education Medical/Pharmaceuticals Mental Health Licensing/marketing agreements