omniture

Ecobat Melantik Marcus Randolph sebagai Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif

Ecobat
2022-03-17 22:00 40

IRVING, Texas, 17 Mac 2022 /PRNewswire/ -- Ecobat, peneraju global dalam bateri kitar semula, hari ini mengumumkan bahawa Pengerusi Eksekutif, Marcus Randolph telah dilantik sebagai Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif serta akan kekal sebagai Pengerusi Ahli Lembaga Pengarah syarikat.  Berkuat kuasa pada 16 Mac 2022, Jimmy Herring tidak lagi bersama syarikat. 

"Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Jimmy atas perkhidmatan dan dedikasinya selama bertahun-tahun kepada Ecobat," kata Encik Randolph. "Beliau telah memimpin transformasi syarikat secara besar-besaran termasuk penstrukturan semula Ecobat pada tahun 2019, penjenamaan semula syarikat dan pembentukan pasukan kepemimpinan baharu di Ecobat."

"Ahli Lembaga Pengarah amat yakin dengan Marcus," kata Encik Ted Lodge, Ahli Lembaga Pengarah. "Sebagai Pengerusi Eksekutif, Marcus telah berupaya menyelia hala tuju strategik Syarikat sejak bulan Mei 2020. Dengan penambahan tanggungjawab baharu ini, kami berasa teruja kerana Marcus akan memantapkan lagi kedudukan Ecobat sebagai peneraju pasaran."

Sebelum Ecobat, Encik Randolph merupakan Pengerusi Eksekutif Boart Longyear, sebuah syarikat Salt Lake City dan juga merupakan pembekal terbesar di dunia bagi perkhidmatan penggerudian serta alat gerudi untuk industri mineral.  Sebelum Boart Longyear, beliau memegang beberapa jawatan kepemimpinan di BHP Billiton di Melbourne, Australia dari tahun 1999 hingga 2013, termasuk sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Ferus & Arang Batu, Ketua Pegawai Pembangunan Organisasi, Presiden Produk Berlian dan Produk Khusus, Ketua Pegawai Pembangunan Mineral dan Ketua Pegawai Strategik Mineral. Encik Randolph memiliki Ijazah Sarjana Muda Sains Kejuruteraan Perlombongan dari Colorado School of Mines dan Sarjana Pentadbiran Perniagaan dari Universiti Harvard.

TENTANG ECOBAT

Dengan operasi di seluruh Eropah, Amerika Syarikat dan Afrika Selatan, Ecobat merupakan peneraju dalam pengumpulan, kitar semula, pengeluaran dan pengedaran penyelesaian penyimpanan tenaga, produk plumbum dan polipropilena, logam berharga serta komoditi lain yang penting kepada kehidupan moden. Kami juga sedang menerajui perkhidmatan pengumpulan dan pengurusan kitar semula bateri litium untuk memperkasakan usaha kelestarian di seluruh dunia.

Hubungan Media

Ecobat@edelman.com 

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1663104/Ecobat_Logo.jpg?p=medium600

 

Source: Ecobat
Keywords: Environmental Products & Services Green Technology Conservation/Recycling Personnel announcements