RAS AL KHAIMAH, UAE, 17 Mac 2022 /PRNewswire/ -- Al Hamra, syarikat pelaburan dan pemaju gaya hidup yang terkemuka di Ras Al Khaimah - Emiriyah Arab Bersatu, telah melancarkan sebuah projek vila mewah pegangan kekal yang eksklusif di sebuah pulau dalam komuniti kediaman Al Hamra Village yang memenangi anugerah.
Pelancaran Pulau Falcon ini mengesahkan wawasan dan rancangan pembangunan masa depan Al Hamra serta Emiriyah Ras Al Khaimah. Projek komuniti pulau yang indah ini menawarkan pemandangan yang menakjubkan daripada Teluk Arab, lagun, padang golf dan marina dengan perkhidmatan penuh serta berlatarbelakangkan Pergunungan Hajar. Komuniti yang selamat dan bertenaga yang direka untuk kediaman peribadi, penginapan dan percutian, boleh dikunjungi melalui darat dan laut serta memiliki ruang tempat letak kereta yang luas untuk kereta dan kemudahan dok untuk bot dan kapal layar.
Suatu pelaburan ke dalam sebuah kediaman yang sangat santai atau sebagai aset yang boleh menghasilkan pulangan yang besar selama bertahun-tahun, dengan nilai hartanah yang semakin meningkat seiring dengan pertumbuhan ekonomi Ras Al Khaimah, manakala Pulau Falcon dijadualkan akan disiapkan secara berperingkat dalam tempoh dua tahun. Pulau Utara akan dilancarkan sebagai Fasa 1 yang terdiri daripada 240 buah vila yang mempunyai dua hingga tujuh buah bilik tidur yang berharga daripada AED1.2 juta. Vila-vila ini menawarkan ruang tamu berkeluasan 120 hingga 650m2 dengan 2 hingga 7 buah bilik tidur dengan kemudahan bilik air peribadi dan digabungkan di atas tapak berlandskap hijau yang berkeluasan sehingga 1,000m2, sebahagiannya dengan pantai eksklusif dan kolam renang peribadi mereka sendiri.
Pulau Falcon terletak berhampiran sebuah padang golf bertaraf dunia dan koridor sepanjang 3 batu yang terdiri daripada portfolio hospitaliti mewah Al Hamra yang termasuk Waldorf Astoria Ras Al Khaimah dan Ritz Carlton Pantai Al Hamra. Ia terletak berhampiran dengan Kelab Marina dan Kapal Layar Al Hamra. Kemudahan lain termasuk kolam renang khusus untuk wanita, gimnasium yang serba lengkap, pusat komuniti, trek berjalan kaki dan gelanggang tenis.
Benoy Kurien, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Al Hamra berkata: "Projek Pulau Falcon direka untuk memberikan pandangan yang luar biasa terhadap keperluan harian yang menawarkan suasana eksklusif dalam setiap cara. Ini sejajar dengan wawasan kami untuk membawa banyak perkara yang pertama kali dan terbaik kepada Ras Al Khaimah yang menyokong pertumbuhan ekonomi, strategi pelancongan dan agenda kebolehhidupan Emiriyah. Komuniti kami telah menjadi kediaman kepada rakyat dari lebih 100 buah negara dengan membawa masuk gaya hidup global ke Ras Al Khaimah."
Untuk mendapatkan butiran, sila e-mel kepada: communications@alhamra atau hubungi 800 AL HAMRA. Video: Pulau Falcon
Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1767802/Al_Hamra.jpg?p=medium600