omniture

Syarikat pemula KeyZell merancang untuk meraih pelaburan swasta sebanyak EUR5 juta dan menjadi syarikat unicorn bioteknologi baharu

KeyZell
2022-03-17 23:30 39

MADRID, 17 Mac 2022 /PRNewswire/ -- KeyZell, sebuah syarikat bioteknologi Sepanyol dalam fasa pembangunan peralatan dan rawatan kanser digital, baru sahaja membuka pusingan pembiayaan swasta yang dijangka meraih EUR5 juta untuk meningkatkan projek dan mengukuhkan kedudukan syarikatnya sebagai salah sebuah syarikat pemula bioteknologi dengan unjuran antarabangsa yang terbesar.

KeyZell melancarkan pusingan pelaburan swasta baharu ini untuk menjalankan ujian klinikal manusia dengan salah satu rawatan kansernya yang inovatif, berdasarkan penyelidikan Dr. Nabil Hajji tentang apoptosis bersel yang dicetuskan oleh penyumbatan sel reseptor serta menambah baik sistem Kecerdasan Buatan perubatan kepersisan yang bermatlamat untuk menjadi masa depan perubatan kanser, hasil daripada algoritma yang mencadangkan rawatan peribadi yang paling sesuai untuk setiap pesakit bergantung pada ciri unik setiap orang dan jenis kanser.

KeyZell telah menarik minat yang besar daripada pelabur-pelabur swasta negara dan juga dana pelaburan Amerika Utara serta telah berjaya menutup pusingan permulaan dengan dana berjumlah EUR450,000 iaitu 50% lebih tinggi daripada jangkaan. Antara para pelaburnya ialah broker profesional serta ahli perniagaan Sepanyol dan Mexico.

"Kami menubuhkan KeyZell dengan objektif untuk membangunkan penyelesaian dan peralatan kanser baharu yang boleh membantu para profesional perubatan dan pesakit memerangi penyakit ini. Pusingan pembiayaan ini akan membolehkan kami mencapai objektif kami yang tinggi," kata Jose del Corral, Ketua Pegawai Eksekutif syarikat.

Syarikat ini komited terhadap teknologi blok rantai, melaksanakan penambahbaikan pada peralatan berasaskan AI dan seterusnya memperkukuhkannya melalui ujian klinikal. Keyzell merancang untuk membiayai ujian klinikal di Australia serta sedang melakukan rundingan dengan rakan kongsi strategik untuk menjalankan satu lagi ujian di Mexico. Selain itu, ia sedang melakukan penstrukturan untuk menjalankan proses kawal selia di Eropah, Amerika Syarikat, United Kingdom, Thailand, Afrika Selatan, Maghribi dan Kanada.

Keyzell berbangga kerana mempunyai Dr. Nabil Hajji di kalangan para pengasasnya, yang telah mengetuai penyelidikan dengan rakan usaha sama dari Universiti Seville dan Universiti Harvard yang telah menemui rawatan baharu buat pertama kalinya, selepas lebih dua puluh tahun tanpa kemajuan dalam penyelidikan glioblastoma, akhirnya telah berjaya menghapuskan kanser otak yang paling agresif iaitu glioblastoma.

Hubungan Media: 
Inés Martínez
imartinez@tinkle.es 
+34 661 750 597

 

Source: KeyZell
Keywords: Banking/Financial Service Biotechnology Health Care/Hospital Medical/Pharmaceuticals Pharmaceuticals Venture Capital