omniture

Formula 1 dan Tata Communications mengumumkan kerjasama strategik berbilang tahun

Tata Communications
2022-03-18 07:16 21

Sebagai ' Penyedia Kesalinghubungan Siaran Rasmi', Tata Communications akan mengubah sukan permotoran dengan pengalaman peminat yang inovatif

LONDON dan MUMBAI, India,, 17 Mac 2022 /PRNewswire/-- Formula 1® danTata Communications– sebuah pendaya ekosistem digital global yang memperkasakan  ekonomi digital yang sedang berkembang pesat, hari ini dengan sukacitanya mengumumkan kerjasama strategik berbilang tahun dengan Tata Communications yang kembali kepada bidang sukan sebagai Penyedia Kesalinghubungan Siaran Rasmi Formula 1 untuk menyampaikan dan meningkatkan pengalaman canggih bertaraf dunia secara teknologi untuk para peminat di seluruh dunia.

 

Tata Communications and Formula 1 announce multi-year strategic collaboration
Tata Communications and Formula 1 announce multi-year strategic collaboration

 

Tata Communications akan memperkasakan Formula 1 dengan perkhidmatan rangkaian terurus serba lengkap global untuk sumbangan video yang seterusnya mengubah pengalaman sukan permotoran. Untuk ini, syarikat tersebut akan memudahkan pemindahan bagi lebih 100 buah suapan video dan lebih 250 buah saluran audio yang akan dihantar antara tempat Grand Prix dan Pusat Media & Teknologi F1 di UK setiap hujung minggu perlumbaan di bawah 200 milisaat yang membolehkan F1 disiarkan kepada lebih 500 juta orang peminat di lebih 180 wilayah di seluruh dunia.

Penyelesaian kesalinghubungan yang diiktiraf oleh industri dan dicipta untuk media daripada Tata Communications akan membolehkan Formula 1 mengubah penerbitan kandungan penyiaran di seluruh dunia sambil terus menyokong usaha bidang sukan untuk ketangkasan dan kelestarian. Susulan pengenalan operasi siaran jarak jauh Formula 1 pada tahun 2020, Tata Communications telah membolehkan pengurangan pengangkutan perjalanan organisasi sebanyak 34%.

Stefano Domenicali, Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif Formula 1 berkata "Kami berbesar hati mengalu-alukan Tata Communications kembali sebagai rakan kongsi berikutan kejayaan terdahulu dalam kerjasama kami. Ia merupakan bahagian penting daripada perjalanan pertumbuhan kami sepanjang dekad yang lalu dan kami benar-benar mempercayai kepakaran dan keupayaan mereka untuk menyampaikan perkara yang kami perlukan untuk para peminat kami. Kepercayaan ini telah dibina selama bertahun-tahun bekerja bersama-sama, mendorong kemajuan ke hadapan dalam teknologi bidang sukan – semasa dan di luar trek. Kesalinghubungan Tata Communications terus menyokong usaha F1 untuk ketangkasan dan kelestarian dengan penerbitan jarak jauh yang diperkenalkan pada tahun 2020 - sebahagian daripada matlamat kami untuk menjadi Karbon Sifar Bersih menjelang tahun 2030. Kami teruja untuk berkembang bersama-sama pada masa depan dan berkongsi perjalanan Formula 1 yang luar biasa."

"Oleh sebaba perniagaan berkembang menjadi model yang mengutamakan digital, saya percaya bahawa dunia sukan juga mempunyai peluang yang besar untuk memanfaatkan teknologi bagi menyampaikan pengalaman yang inovatif dan menarik kepada peminat sukan permotoran," kata Amur S Lakshminarayanan, Pengarah Urusan merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Tata Communications. "Dan, Formula 1 menjadi teras kepada semua perkara yang pantas, aksi dan keasyikan. Kami gembira dapat memperbaharui hubungan kami dan memperkasakan masa depan Formula 1 pada hari ini!"

Baru-baru ini, Tata Communications telah diiktiraf sebagai 'Pemain Utama' dalam IDC MarketScape untuk Penilaian Vendor Perkhidmatan Rangkaian Penghantaran Kandungan Komersial di Seluruh Dunia 2022.

Tata Communications terus membangunkan perkhidmatan hiburan & media yang mengutamakan digital yang baharu dan inovatif yang membolehkan platform serba lengkap memainkan pengalaman peminat yang luar biasa. Syarikat ini juga memperluaskan kapasiti lebar jalurnya atau tulang belakang media kepada 100G yang mendorong inovasi dalam video, penerbitan jarak jauh dan banyak lagi.

Tentang Formula 1 

Perlumbaan Formula 1® bermula pada tahun 1950 dan merupakan pertandingan perlumbaan motor yang paling berprestij di dunia serta siri sukan tahunan yang paling popular di dunia. Formula One World Champion Limited merupakan sebahagian daripada Formula 1® dan memegang hak komersial eksklusif bagi FIA Formula One World Championship™. Formula 1® ialah anak syarikat Liberty Media Corporation (NASDAQ: LSXMA, LSXMB, LSXMK, BATRA, BATRK, FWONA, FWONK) yang dikaitkan dengan saham penjejakan Formula One Group. Logo F1, logo F1 FORMULA 1, FORMULA 1, F1, FIA FORMULA ONE WORLD CHAMPIONSHIP, GRAND PRIX, PADDOCK CLUB dan tanda yang berkaitan merupakan tanda dagangan Formula One Licensing BV, sebuah syarikat Formula 1. Hak cipta terpelihara.

Tentang Tata Communications 

Sebagai sebahagian daripada Tata Group, Tata Communications (NSE: TATACOMM; BSE: 500483) ialah sebuah syarikat pendaya ekosistem digital global yang memperkasakan ekonomi digital dan sedang berkembang pesat pada hari ini di lebih 190 buah negara dan wilayah. Dengan kepimpinan melalui kepercayaan, ia mendayakan transformasi digital perusahaan di seluruh dunia melalui kolaborasi dan penyelesaian terhubung, kesalinghubungan utama dan generasi seterusnya, penyelesaian pengehosan awan serta keselamatan dan perkhidmatan media. 300 buah syarikat Fortune 500 merupakan pelanggannya dan syarikat ini menghubungkan perniagaan kepada 80% syarikat awan gergasi di dunia. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.tatacommunications.com 

https://twitter.com/tata_comm 
https://www.facebook.com/TataCommunications/ 
https://www.linkedin.com/company/tata-communication 
https://www.instagram.com/tata_comm/
https://www.youtube.com/user/tatacomms

Pernyataan berpandangan ke hadapan dan amaran 

Perkataan dan pernyataan tertentu dalam siaran ini berkenaan Tata Communications dan prospeknya serta pernyataan lain, termasuk yang berkaitan dengan jangkaan kedudukan kewangan Tata Communications, strategi perniagaan, pembangunan masa depan operasi Tata Communications dan ekonomi umum di India, merupakan pernyataan berpandangan ke hadapan. Pernyataan sedemikian melibatkan risiko yang diketahui dan tidak diketahui, ketidakpastian dan faktor-faktor lain termasuk kewangan, kawal selia dan alam sekitar, serta faktor yang berkaitan dengan pertumbuhan industri dan unjuran trend yang boleh menyebabkan keputusan, prestasi atau pencapaian sebenar Tata Communications atau hasil industri berbeza secara material daripada yang dinyatakan atau yang tersirat dalam pernyataan berpandangan ke hadapan ini. Faktor-faktor penting yang boleh menyebabkan keputusan, prestasi atau pencapaian sebenar berbeza secara material daripada pernyataan berpandangan ke hadapan ini antaranya termasuk kegagalan meningkatkan volum trafik pada rangkaian Tata Communications; kegagalan membangunkan produk dan perkhidmatan baharu yang memenuhi permintaan pelanggan dan menjana margin yang boleh diterima; kegagalan melengkapkan ujian komersial teknologi dan sistem maklumat baharu bagi menyokong produk dan perkhidmatan baharu termasuk perkhidmatan penghantaran suara; kegagalan menstabilkan atau mengurangkan kadar pemampatan harga pada perkhidmatan komunikasi syarikat yang tertentu; kegagalan menyepadukan pengambilalihan strategik dan perubahan dasar kerajaan atau peraturan di India, khususnya perubahan yang berkaitan dengan pentadbiran industri Tata Communications; dan secara amnya, suasana ekonomi, perniagaan dan kredit di India. Faktor tambahan yang boleh menyebabkan hasil, prestasi atau pencapaian sebenar berbeza secara material daripada pernyataan berpandangan ke hadapan ini yang kebanyakannya di luar kawalan Tata Communications termasuk, tetapi tidak terhad kepada faktor risiko yang dibincangkan dalam Laporan Tahunan Tata Communications Limited. 

Laporan Tahunan Tata Communications Limited boleh didapati di www.tatacommunications.com. Tata Communications tidak bertanggungjawab terhadap dan secara jelas menafikan sebarang tanggungjawab untuk mengemas kini atau meminda pernyataan berpandangan ke hadapan ini.

© 2022 Tata Communications Ltd. Hak cipta terpelihara.

TATA COMMUNICATIONS dan TATA merupakan tanda dagangan atau tanda dagangan berdaftar Tata Sons Private Limited di India dan di negara-negara tertentu.

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1768271/Tata_Communications_Formula_1.jpg?p=medium600

Source: Tata Communications
Keywords: Advertising Computer/Electronics Sports Joint ventures