omniture

Ascend dan Samsung SDI mencapai penyelesaian bagi prosiding pembatalan paten Trinohex® Ultra

Ascend Performance Materials
2022-03-18 15:16 10

HOUSTON, 18 Mac 2022 /PRNewswire/ -- Ascend Performance Materials dan Samsung SDI telah mencapai suatu perjanjian untuk menamatkan prosiding pembatalan paten global mereka yang berlarutan dan memeterai satu perjanjian lesen paten melibatkan penjualan dan penggunaan bahan tambahan bateri ion litium. Bahan tambahan tersebut merangkumi 1,3,6-hexanetricarbonitrile (HTCN) yang dihasilkan dan dijual oleh Ascend sebagai Trinohex® Ultra.

Sebagai sebahagian daripada perjanjian tersebut, Samsung SDI mengekalkan paten A.S. bernombor 9,819,057 serta terus memegang paten dalam mana-mana bidang kuasa yang lain dan memberikan lesen bukan eksklusif kepada Ascend di bawah paten ini. Terma dan syarat khusus perjanjian tersebut kekal sebagai maklumat sulit.

Trinohex Ultra merupakan sejenis nitril unik dan tidak berbahaya yang digunakan untuk meningkatkan jangka hayat bateri, keselamatan dan prestasi keseluruhan dengan ketara merentasi semua proses kimia dan voltan katod, walaupun dalam keadaan yang ekstrem.

Tentang Ascend Performance Materials 

Ascend Performance Materials mengeluarkan bahan berprestasi tinggi untuk keperluan harian dan teknologi baharu. Tumpuan kami adalah untuk meningkatkan kualiti kehidupan dan memberi inspirasi masa depan yang lebih baik melalui inovasi. Berpangkalan di Houston, Texas dan dengan pejabat serantau di Shanghai, Brussels dan Detroit, kami merupakan penyedia penyelesaian bahan bersepadu sepenuhnya dengan kemudahan pembuatan global di Amerika Syarikat, Eropah dan China. Tenaga kerja global kami seramai 2,600 orang menghasilkan plastik, kain, gentian dan bahan kimia yang digunakan untuk menghasilkan kenderaan yang lebih selamat, tenaga yang lebih bersih, peranti perubatan yang lebih baik, peralatan yang lebih pintar serta pakaian dan barangan pengguna yang lebih tahan lama. Kami komited terhadap keselamatan, kelestarian serta kejayaan pelanggan dan komuniti kami.

Ketahui lebih lanjut tentang Ascend di www.ascendmaterials.com

Hubungan: Ally Jahn, +1 713-210-9809, ajahn@ascendmaterials.com

 

 

Source: Ascend Performance Materials
Keywords: Chemical Computer/Electronics Computer Accessories Licensing/marketing agreements Patent Law