omniture

CORONA MENERUSKAN KOMITMEN UNTUK MELINDUNGI KEINDAHAN DENGAN MENGANJURKAN KEJOHANAN MEMANCING PLASTIK GLOBAL BUAT PERTAMA KALI

Corona
2022-03-18 20:38 16

Acara memancing global Corona yang dianjurkan pada Hari Kitar Semula Global, mengitar semula lima tan sisa plastik daripada perairan di seluruh dunia sambil menyasarkan untuk menjana sumber pendapatan kedua bagi golongan nelayan 

LONDON, 18 Mac 2022 /PRNewswire/ -- Pada hari ini iaitu Hari Kitar Semula Global, jenama bir global Corona mengumumkan keputusan Kejohanan Memancing Plastik Global mereka yang pertama yang merupakan satu siri acara yang diadakan di seluruh dunia untuk membuang sisa plastik daripada lautan dan meningkatkan kesedaran tentang pencemaran plastik marin. Acara yang berlangsung di Mexico, China, Brazil dan Israel ini membayar para nelayan bagi kutipan sisa plastik mereka dan menghubungkan para nelayan di rantau ini dengan pusat kitar semula tempatan untuk mengumpul dan mengitar semula sisa plastik yang terdapat di lautan yang bertujuan untuk memberikan cara baharu menjana pendapatan.

</div><p>Hasil daripada usaha tempatan tersebut, plastik yang dikumpul sama ada akan dikitar semula atau diubah untuk komuniti tempatan seperti arca komuniti, palet untuk pengangkutan dan barangan pakaian pantai. Dari <span class="xn-person">Amerika Utara</span> dan Amerika Selatan ke <span class="xn-location">Asia</span> dan Timur Tengah, lebih 150 orang ahli komuniti mengambil bahagian dalam pengumpulan ini dengan menghabiskan masa selama lebih 15 jam secara keseluruhan untuk memancing plastik.</p> <p>Menurut <a href="https://c212.net/c/link/?t=0&amp;l=ms&amp;o=3476665-1&amp;h=1160460205&amp;u=https%3A%2F%2Fc212.net%2Fc%2Flink%2F%3Ft%3D0%26l%3Den%26o%3D3476665-1%26h%3D886139987%26u%3Dhttps%253A%252F%252Fwww.weforum.org%252Fpress%252F2016%252F01%252Fmore-plastic-than-fish-in-the-ocean-by-2050-report-offers-blueprint-for-change%252F%26a%3DWorld%2BEconomic%2BForum&amp;a=Forum+Ekonomi+Dunia" target="_blank" rel="nofollow">Forum Ekonomi Dunia</a>, dianggarkan bahawa menjelang tahun 2050 akan terdapat lebih banyak plastik berbanding ikan di lautan yang akan menjejaskan mata pencarian para nelayan. Pencemaran lautan di seluruh dunia amat membimbangkan yang membuatkan Corona terus mencari jalan untuk memperluas usaha perlindungan dan pemeliharaan dari pantai ke laut. Kejohanan Memancing Plastik Global Corona menunjukkan cara komuniti bersatu demi membantu alam sekitar dan menyokong bidang ini secara ekonomi. Bagi acara di seluruh dunia, Corona dan syarikat kitar semula tempatan membayar para nelayan bebas yang punca pendapatannya adalah dari lautan, untuk kutipan dan masa mereka dalam menyokong ekspedisi tersebut. Selain itu, Corona turut menganjurkan bengkel tentang inisiatif alam sekitar dan amalan terbaik kepada para nelayan tempatan. Perbincangan penting ini memberi tumpuan kepada cara kita semua memainkan peranan dalam mengalihkan sisa lautan daripada jalan air kita.</p> <p>"Kejohanan Memancing Plastik Corona merupakan satu lagi langkah dalam mencapai matlamat jangka panjang kami untuk tidak meninggalkan plastik pada alam semula jadi," kata <span class="xn-person">Felipe Ambra</span>, Naib Presiden Global Corona. "<span class="xn-person">Di Corona</span>, komitmen alam sekitar kami berteraskan kepada usaha memelihara dan melindungi lautan dan pantai kita. Kami merasakan bahawa ia merupakan tanggungjawab kami untuk melindungi keindahan buat generasi akan datang dan kami ingin menerajui usaha ini serta memberi inspirasi kepada orang lain untuk melakukan perkara yang sama."</p> <p>Kejohanan Memancing Plastik yang pertama ini merupakan inisiatif diterajui jenama berdasarkan cabaran inovasi tanggungjawab sosial korporat dalaman yang telah dianjurkan buat pertama kali di <span class="xn-location">Mexico</span> pada tahun 2021. Agensi pengiklanan, WeBelievers bekerjasama erat dengan Corona dalam perancangan dan pelaksanaan Kejohanan Memancing Plastik tersebut.</p> <p>"Ia merupakan suatu penghormatan dapat bekerjasama dengan sebuah jenama yang menunjukkan komitmennya melalui tindakan dengan mewujudkan dan membangunkan platform yang memberi kesan yang nyata kepada kehidupan manusia dan dunia," kata <span class="xn-person">Gustavo Lauria</span>, Pengasas Bersama merangkap Ketua Pegawai Kreatif We Believers.</p> <p>Ia yang berasal daripada sebuah idea, kini menjadi usaha seluruh dunia dalam membantu mengutip lebih banyak plastik daripada alam sekitar berbanding yang dihasilkan melalui Kejohanan Memancing Plastik tambahan pada akhir tahun ini. Usaha ini meneruskan komitmen Corona sebagai yang pertama dalam industri minuman untuk menjadi 'plastik sifar bersih' yang telah diumumkan pada tahun 2021 – memperkukuh cara Corona yang berbeza dalam mengutip lebih banyak plastik daripada alam sekitar daripada yang dikeluarkan ke dunia. Kejohanan Memancing Plastik ini dianjurkan berdasarkan komitmen Corona yang berterusan untuk membantu melindungi lautan dan pantai di dunia daripada dicemari plastik. Setakat ini, Corona telah melaksanakan lebih 1,400 pembersihan yang melibatkan lebih 68,000 orang sukarelawan dan mengumpul sisa plastik daripada pantai dengan jumlah keluasan melebihi 44 juta meter persegi.</p> <p><b><u>Tentang Corona<br/></u></b>Diasaskan di <span class="xn-location">Mexico</span>, Corona merupakan jenama bir terkemuka di negara ini iaitu bir <span class="xn-location">Mexico</span> yang paling popular di seluruh dunia dan dieksport ke lebih 180 buah negara. Corona Extra telah dihasilkan buat pertama kali pada tahun 1925 di Cervecería Modelo di <span class="xn-location">Mexico City</span>. Corona merupakan perintis dalam industri bir sebagai syarikat pertama yang menggunakan botol lutsinar, memaparkan ketulenan dan kualitinya yang tinggi ke seluruh dunia. Karya seni yang terdapat pada botol ini dicat untuk menyerlahkan komitmen kami terhadap kualiti pembungkusan serta warisan <span class="xn-location">Mexico</span> kami. Corona tidak lengkap tanpa adanya limau. Menambahkan ciri semula jadi, perisa dan kesegaran, limau merupakan ritual yang penting dalam menyampaikan pengalaman yang benar-benar unik bagi Corona. Jenama ini bersinonim dengan pantai dan menghargai detik-detik berada di luar rumah. Ia mengalu-alukan orang ramai untuk berhenti sejenak, berehat dan menikmati keseronokan hidup yang sederhana. Corona mempunyai komitmen yang berterusan terhadap mengurangkan penggunaan plastik. Ia telah menjangkau misinya untuk melindungi 100 buah pulau sebelum tahun 2020 dan terus melaksanakan usaha pembersihan global yang konsisten.</p> <div id="prni_dvprnejpg6e09left" dir="ltr" style="width: 100%; text-align: left;"><img id="prnejpg6e09left" style="width: 400px; height: 267px;" title="Corona hosted four Plastic Fishing Tournaments around the globe which collected more than five tons of plastic debris from waters worldwide (credit: Corona) " src="https://mma.prnewswire.com/media/1768828/Corona_Plastic.jpg" alt="Corona hosted four Plastic Fishing Tournaments around the globe which collected more than five tons of plastic debris from waters worldwide (credit: Corona) " align="middle"/></div><p> </p> <div id="prni_dvprnejpg2c94left" dir="ltr" style="width: 100%; text-align: left;"><img id="prnejpg2c94left" style="width: 400px; height: 400px;" title="Corona logo " src="https://mma.prnewswire.com/media/1768826/Corona_Logo.jpg" alt="Corona logo " align="middle"/></div><p>Video - <a href="https://c212.net/c/link/?t=0&amp;l=ms&amp;o=3476665-1&amp;h=3092443891&amp;u=https%3A%2F%2Fc212.net%2Fc%2Flink%2F%3Ft%3D0%26l%3Den%26o%3D3476665-1%26h%3D1498020848%26u%3Dhttps%253A%252F%252Fmma.prnewswire.com%252Fmedia%252F1769003%252FCorona_Global_Plastic_Fishing_Tournament.mp4%26a%3Dhttps%253A%252F%252Fmma.prnewswire.com%252Fmedia%252F1769003%252FCorona_Global_Plastic_Fishing_Tournament.mp4&amp;a=https%3A%2F%2Fmma.prnewswire.com%2Fmedia%2F1769003%2FCorona_Global_Plastic_Fishing_Tournament.mp4" target="_blank" rel="nofollow">https://mma.prnasia.com/media2/1769003/Corona_Global_Plastic_Fishing_Tournament.mp4</a></p> <p>Foto - <a href="https://c212.net/c/link/?t=0&amp;l=ms&amp;o=3476665-1&amp;h=294816763&amp;u=https%3A%2F%2Fc212.net%2Fc%2Flink%2F%3Ft%3D0%26l%3Den%26o%3D3476665-1%26h%3D502993462%26u%3Dhttps%253A%252F%252Fmma.prnewswire.com%252Fmedia%252F1768828%252FCorona_Plastic.jpg%26a%3Dhttps%253A%252F%252Fmma.prnewswire.com%252Fmedia%252F1768828%252FCorona_Plastic.jpg&amp;a=https%3A%2F%2Fmma.prnewswire.com%2Fmedia%2F1768828%2FCorona_Plastic.jpg" target="_blank" rel="nofollow">https://mma.prnewswire.com/media/1768828/Corona_Plastic.jpg</a></p> <p>Logo - <a href="https://c212.net/c/link/?t=0&amp;l=ms&amp;o=3476665-1&amp;h=2715771436&amp;u=https%3A%2F%2Fc212.net%2Fc%2Flink%2F%3Ft%3D0%26l%3Den%26o%3D3476665-1%26h%3D1801645377%26u%3Dhttps%253A%252F%252Fmma.prnewswire.com%252Fmedia%252F1768826%252FCorona_Logo.jpg%26a%3Dhttps%253A%252F%252Fmma.prnewswire.com%252Fmedia%252F1768826%252FCorona_Logo.jpg&amp;a=https%3A%2F%2Fmma.prnewswire.com%2Fmedia%2F1768826%2FCorona_Logo.jpg" target="_blank" rel="nofollow">https://mma.prnewswire.com/media/1768826/Corona_Logo.jpg</a></p> </div> <img alt="" src="https://rt.prnewswire.com/rt.gif?NewsItemId=MS95824&amp;Transmission_Id=202203180838PR_NEWS_EURO_ND__MS95824&amp;DateId=20220318" style="border:0px; width:1px; height:1px;"/> </body> </html>
Source: Corona
Keywords: Beer, Wine & Spirits Beverages Conservation/Recycling Environmental Issues Survey, Polls & Research