omniture

XGC15000A XCMG Catat Rekod Angkat Kuasa Angin Baharu, Sokong Pembinaan Tenaga Karbon-Rendah

XCMG
2022-03-21 08:45 42

SHANGHAI, 21 Mac 2022 /PRNewswire/ -- Kren perangkak 1,000-tan XCMG (SHE:000425), XGC15000A, telah mencatatkan rekod dunia yang baharu selepas menyiapkan operasi pengangkatan kuasa angin lengan-tunggal pertamanya pada ketinggian 172+12 meter untuk ladang kuasa angin Jinjiaozhou di Qingdao, China.

XGC15000A XCMG Catat Rekod Angkat Kuasa Angin Baharu Lebih 170 Meter Tinggi, Sokong Pembinaan Tenaga Karbon-Rendah.
XGC15000A XCMG Catat Rekod Angkat Kuasa Angin Baharu Lebih 170 Meter Tinggi, Sokong Pembinaan Tenaga Karbon-Rendah.

Dengan berat 118 tan, turbin kuasa angin 4.5MW diangkat pada ketinggian 170 meter dengan diameter impeler mencecah 156 meter. Ia mengguna pakai menara kuasa angin paip keluli berbingkai tahan lesu prategasan yang terkemuka di dunia yang meningkatkan ketinggian turbin angin dengan ketara apabila dibandingkan dengan menara fleksibel 120-140 meter yang biasa dalam industri ini yang menggunakan sumber angin dengan lebih baik dan meningkatkan kecekapan penjanaan kuasa. Walau bagaimanapun, ketinggian pemasangan yang lebih tinggi menimbulkan cabaran yang lebih besar untuk kren perangkak.

Tapak projek yang rata dan terbuka biasanya mengalami angin kencang lebih kuat daripada tahap 5 dan pasukan pembinaan yang bersiap sedia sepenuhnya menyelesaikan operasi dengan cepat semasa tetingkap masa "bebas-angin" yang pendek, hasil daripada prestasi XGC15000A yang berkuasa dan mantap.

"Ketinggian menara di ladang angin ini akan mencecah 180 meter atau malah melebihi 200 meter dan dalam menghadapi cabaran ini, kami mendapati XCMG telahpun mengambil kira segala-galanya. Kami percaya XCMG dapat memenuhi keperluan kami sepenuhnya pada masa akan datang," ujar Di Caijin yang bertanggungjawab untuk operasi pengangkatan di lapangan.

Kejayaan pemasangan ini menjadikan XGC15000A sebagai kren perangkak kuasa angin yang pertama di dunia yang mencapai ketinggian angkat 170 meter. China telah berikrar untuk mencapai puncak karbon menjelang tahun 2030 dan keneutralan karbon menjelang tahun 2060 dan menurut analisis yang terkini daripada Wood Mackenzie, negara ini dijangka mencapai kapasiti angin terhubung kumulatif 700GW menjelang tahun 2030 sementara keperluan kapasiti terpasang angin dan fotovolta tahunan akan mencecah 100- hingga 200 juta kilowatt yang menggesa lebih banyak projek kuasa angin dibangunkan pada kos yang lebih rendah.

Pada bulan Februari, XCMG menghantar penindan capai kuasa angin tanan terbesar China, XCS70S yang dibangunkan secara bersama dan disesuaikan oleh XCMG dan Unit Perniagaan Kuasa Angin CRRC Zhuzhou Institute. Dengan beban berkadar 70 tan, produk ini mempunyai rangkaian aplikasi yang lebih luas dan direka bentuk untuk operasi pengangkatan turbin angin dan peralatan berskala besar. Ia dilengkapi dengan perata eksklusif yang meningkatkan kecekapan pengangkatan dan pengendalian sebanyak tiga kali ganda.

Source: XCMG
Related Stocks:
Shenzhen:000425
Keywords: Alternative Energies Auto Environmental Products & Services Machinery Mining/Metals Transportation Utilities New products/services