omniture

Kumu Lancar pertandingan nyanyian global "Sing for the Stars" bersama Michael Buble dan Lea Salonga

Kumu, Inc.
2022-03-21 08:59 150

MANILA, Filipina, 21 Mac 2022 /PRNewswire/ -- Rangkaian hiburan sosial berpangkalan di Filipina Kumu telah berkembang secara berterusan dari segi populariti mahupun utiliti sejak pelancaran awalnya pada tahun 2018, yang serta-merta menjadi aplikasi penting pada telefon pintar di serata dunia. Aplikasi ini bukan sahaja berfungsi untuk saling menghubungkan orang ramai tanpa mengira lokasi atau jarak, tetapi juga untuk menonjolkan bakat dalam pelbagai jenis genre—memasak, gaya hidup, permainan dan terutamanya muzik yang merupakan salah satu kategori yang paling berjaya dalam Kumu.

Poster Rasmi Sing For The Stars Official Poster
Poster Rasmi Sing For The Stars Official Poster

Sertai Sing for the Stars, pertandingan nyanyian global yang dijalankan sepenuhnya melalui strim langsung yang tidak memerlukan barisan yang panjang dan segala kerja keras yang diperlukan untuk mencungkil bakat baharu. Bintang-bintang yang bercita-cita tinggi berpeluang untuk membuat persembahan tanpa perlu melangkah keluar dan bersenang-lenang. Perkara yang mengujakan keadaan ialah proses pemilihan yang ketat, mengehadkan 100 teratas kepada 12 calon sahaja. Dua belas calon yang bertuah kemudiannya akan bersaing untuk cuba mendapatkan $10,000 secara tunai, tawaran syarikat rakaman selama setahun bersama Warner Music Philippines, konsert mini secara langsung di Kumu dan bimbingan secara bersemuka bersama hakim selebriti dan pemenang Anugerah Grammy sebanyak empat kali, Michael Bublé.

Turut menyerikan barisan panel hakim ialah pemenang Laurence Olivier and Tony Award Lea Salonga. Dalam satu sidang media global yang diadakan pada 11 Mac 2022 yang lalu, kedua-dua bintang ini duduk bersama personaliti TV KC Montero, juga merupakan Naib Presiden Kandungan Kumu untuk berbincang mengenai peranan media sosial agar kekal terhubung, nasihat mereka kepada bintang-bintang yang beraspirasi dan penyertaan pertama mereka dalam pertandingan dengan barisan panel maya sepenuhnya.

Mereka turut disertai oleh Naib Presiden Kanan untuk Strategi dan Hal Ehwal Antarabangsa syarikat, Anand Roy. "Terima kasih kepada teknologi, kini geografi menjadi sejarah," kata Roy dalam nada bergurau. "Kumu berada di barisan hadapan untuk menghapuskan halangan antara insan. Sebagai 'rangkaian sosial' untuk pemuzik, oleh pemuzik, kami merasakan bahawa wajar untuk kami mencipta peluang yang membolehkan 'semua artis di mana-mana sahaja' untuk benar-benar bersinar."

Dengan berhimpun bersama-sama dan mengendalikan seluruh musim persembahan muzikal, Kumu, Warner Music Philippines dan hakim-hakim berharap dapat membantu mencapai matlamat utama platform hiburan sosial ini untuk mencipta hubungan yang bermakna dan menyuburkan keterangkuman dalam ruang kreatif. "Saya juga mengenali begitu ramai artis yang tertarik dengan Kumu khususnya," kata Salonga. "Ia sesuatu yang amat tepat dan semacam anugerah, agar para artis dapat terus melakukan apa yang disukai oleh mereka."

"Saya pasti kita akan dapat menemui seseorang yang akan membuatkan kami berasa amat kagum," ramal Bublé. "Saya tidak sabar untuk artis-artis ini menjadi sebahagian daripada hidup saya." Bagi kedua-dua hakim, projek bersama Kumu ini merupakan yang pertama, walaupun untuk mereka—lalu menjadikan pertandingan ini semakin menarik untuk diikuti.

Justeru itu, antara menerobos sempadan dan mencari bintang generasi seterusnya, Sing for the Stars ialah sesuatu untuk ditonton sekarang—atau sekurang-kurangnya, bermula pada 19 Mac jam 9:00 MALAM PHT, apabila hakim-hakim akan memuktamadkan empat calon terakhir daripada 15 calon yang menaruh harapan dan seterusnya memulakan secara rasmi pertandingan dengan lagu-lagu merdu ini.

Muat turun Kumu secara percuma daripada App Store, Huawei App Gallery dan Google Play untuk menyaksikan beberapa bintang masa depan beraksi. Sing for the Stars dibuka kepada semua warganegara. Musim seterusnya, sesiapa sahaja yang bersiaran boleh menjadi terkenal.

Source: Kumu, Inc.
Keywords: Entertainment Mobile Entertainment Music Future Events