omniture

FintechCashier mengumumkan kerjasama global dengan HWG Cash yang dimiliki oleh syarikat gergasi Malaysia, HWGG Capital

Fintech Digital Solutions Ltd.
2022-03-21 12:24 11

LONDON, 21 Mac 2022 /PRNewswire/ -- Inovator penyelesaian pembayaran, Fintech Digital Solutions Ltd., meneruskan pengembangan jenamanya iaitu FintechCashier di seluruh dunia dengan pengumuman satu lagi kerjasama lain, kali ini di Malaysia dengan HWG Cash. 

 

Inovator penyelesaian pembayaran, Fintech Digital Solutions Ltd., meneruskan pengembangan jenama FintechCashier di seluruh dunia dengan pengumuman satu lagi kerjasama lain, kali ini di Malaysia dengan HWG Cash, suatu aplikasi kewangan terkemuka yang dibangunkan oleh HWGG Capital P.L.C., sebuah syarikat gergasi berlesen di bawah Lembaga Perkhidmatan Kewangan Labuan (LFSA), Malaysia.

"Kami amat gembira untuk mengumumkan kerjasama yang sangat penting ini dengan syarikat besar seperti HWGG Capital dan aplikasi perbankan HWG Cash mereka. Ini merupakan suatu  langkah penting dalam misi kami untuk merevolusikan pemindahan dan pembayaran wang dengan satu ekosistem penyelesaian pembayaran bersepadu yang amat selamat, tangkas, inovatif dan patuh sepenuhnya kepada para pelanggan kami di seluruh dunia," ulas Shalom Dodoun, Pengasas & Pengarah Fintech Digital Solutions.

HWG Cash ialah suatu penyelesaian perbankan dunia baharu yang menjamin urus niaga global dalam masa hanya beberapa saat dan bukan beberapa hari seperti sebelum ini serta menghantar Swift di seluruh dunia, mempunyai kadar Pertukaran Asing (FX) yang paling kompetitif, pembayaran besar-besaran secara automatik dan mesra kripto. Kesemua ini hanya dengan kos yang rendah, yang bermaksud B2B tidak akan sama lagi seperti dahulu. 

Negara-negara seperti Malaysia berhasrat untuk menerajui dunia dalam penerimagunaan digital dan keusahawanan digital, yang membuatkan kerjasama ini sangat penting dalam mencapainya. "Adalah penting bagi semua orang mengguna pakai teknologi digital dan memanfaatkan teknologi seperti blok rantai dan pelbagai cara untuk melaksanakannya dalam kedua-dua perniagaan kecil dan juga perniagaan berskala besar," kata utusan khas Malaysia ke China, Tan Kok Wai dalam ucaptama beliau di HwgPay Ecosystem Showcase baru-baru ini.

"Kerjasama kami dengan Fintech Digital Solutions kini telah mencapai fasa seterusnya melalui tawaran terkini tersebut.  HWG Cash kini akan menguruskan kesemua perkhidmatan penyelesaian aset digital untuk para pelanggan FintechCashier di Malaysia yang memendekkan proses tersebut bagi semua pihak berkepentingan dalam rantaian nilai kewangan. Strategi kami ialah untuk berkembang ke UK dan Eropah serta Timur Tengah dan Fintech Digital Solutions sememangnya merupakan rakan kongsi pilihan kami," kata Gavin Lim, Pengasas & Pengerusi HWG Cash dan Fintech Bank.

FintechCashier yang berpangkalan di London, UK, benar-benar merupakan sebuah syarikat global yang merangkumi lebih 150 buah negara dengan lebih 100 penyelesaian dalam lebih 90 mata wang. Kesemuanya melalui satu gerbang bayaran yang menjadikannya sebagai penyelesaian yang benar-benar luar biasa dan pantas untuk semua keperluan pasaran digital moden. SATU Aplikasi, SATU Penyepaduan, JANGKAUAN GLOBAL.

Tentang Fintech Digital Solutions Ltd. 

Fintech Digital Solutions baru-baru ini melancarkan FintechCashier, penyedia penyelesaian dan gerbang bayaran yang menjamin sebuah portal yang lancar, telus dan pantas untuk para klien mereka menerima dana berkaitan urus niaga pelanggan mereka, menguruskan aliran tunai dan membuat penyelesaian bayaran. FintechCashier menyokong spektrum perkhidmatan yang luas yang merangkumi pemprosesan kad kredit, bursa saham, e-Dagang dan penyelesaian pindahan kawat. www.fintechcashier.com

Tentang HWCG Capital P.L.C. & HWG Cash App 

HWG Cash App ialah aplikasi kewangan terkemuka yang dibangunkan oleh HWGG Capital (HWGG Capital) P.L.C, sebuah syarikat berlesen di bawah Lembaga Perkhidmatan Kewangan Labuan (LFSA), Malaysia. Ditubuhkan pada tahun 2017, HWGG Capital merupakan sebahagian daripada visi Ho Wah Genting Group. Kumpulan ini mempunyai warisan jenama dan perniagaan yang kukuh yang beroperasi selama lebih 40 tahun, termasuk sebuah usaha niaga dalam industri kewangan dengan teknologi blok rantai.  www.hwgcash.com

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:
Christine Kulbas
Ketua Pemasaran 
FintechCashier
+447399837453
marketing@fintechcashier.com

Video: https://mma.prnasia.com/media2/1757998/FintechCashier_HWG_Partnership.mp4
Foto: https://mma.prnasia.com/media2/1757995/Shalom_Dodoun_FintechCashier.jpg?p=medium600
Foto: https://mma.prnasia.com/media2/1758965/FintechCashier_HWGCash_PartnerShip.jpg?p=medium600
Logo: https://mma.prnasia.com/media2/1757996/Fintechcashier_Logo.jpg?p=medium600
Logo: https://mma.prnasia.com/media2/1757997/HWG_Cash__Logo.jpg?p=medium600

Shalom Dodoun, Founder & Director of Fintech Digital Solutions Ltd., the holding company of FintechCashier, the global innovative digital payment ecosystem.
Shalom Dodoun, Founder & Director of Fintech Digital Solutions Ltd., the holding company of FintechCashier, the global innovative digital payment ecosystem.
"We are extremely pleased to announce this very important partnership with such a powerhouse as HWGG Capital and their HWG Cash banking application. This is a vital step in our mission to revolutionise money transfers and payments with one integrated payment solution ecosystem for our clients across the world, that is highly secure, agile, innovative and fully compliant," comments Shalom Dodoun, Founder & Director of Fintech Digital Solutions.
"We are extremely pleased to announce this very important partnership with such a powerhouse as HWGG Capital and their HWG Cash banking application. This is a vital step in our mission to revolutionise money transfers and payments with one integrated payment solution ecosystem for our clients across the world, that is highly secure, agile, innovative and fully compliant," comments Shalom Dodoun, Founder & Director of Fintech Digital Solutions.
Source: Fintech Digital Solutions Ltd.
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Licensing/marketing agreements Financial Technology