omniture

Hilco Global Memperoleh Kilang Penggelek Plat Berat daripada ThyssenKrupp Steel Eropah

Hilco Global
2022-03-21 22:22 40

NORTHBROOK, Illinois, 21 Mac 2022 /PRNewswire/ -- Hilco Industrial Acquisitions, B.V. yang berpangkalan di Amsterdam, iaitu sebuah syarikat pengendali kepada Hilco Global, yang berpangkalan di AS, hari ini mengumumkan pengambilalihan strategik ke atas semua aset di kemudahan Kilang Penggelek Plat Berat ThyssenKrupp yang terletak di Duisburg-Hüttenheim, Jerman.  Aset-aset tersebut kini dijual di Hilcobid.com.

 

Pengeluar keluli kedua terbesar di Eropah, ThyssenKrupp, menutup kemudahan di Jerman ini pada bulan September 2021. Semasa ia beroperasi, kemudahan kilang penggelek plat berat ini menghasilkan kira-kira 850,000 tan metrik keluli yang digunakan untuk pembinaan kapal, kegunaan luar pesisir dan pengeluaran pembinaan pemfabrikatan berat.  Selain kilang penggelek, item lain untuk dijual adalah relau model lama, perata panas dan sejuk, pelindap kejut, alat pemeriksaan ultrasonik sebaris, letupan/penyebuan serta pelbagai mesin pemotong plasma dan mesin pemotong bernyala.

Robert Bouland, Rakan Kongsi Pengurusan di Hilco Industrial Acquisitions, B.V. berkata, "Penjualan ini menunjukkan peluang luar biasa kepada para pembeli yang ingin membeli jentera model lama berkualiti tinggi yang digunakan dalam kombinasi antara kilang penggelek kasar dengan kilang kemasan akhir." Bouland menambah, "Kami menjangkakan ramai pembeli yang berminat datangnya dari Eropah, Asia serta Amerika dan kami akan melayani tawaran untuk memperoleh keseluruhan kemudahan mahupun aset secara individu."

Hilco Industrial Acquisitions, B.V. terus mengembangkan portfolio pemerolehan mereka dalam bidang peralatan kilang. Terkini, Compania Siderurgica Huachipato S.A. (CAP ACERO) dari Chile telah berurusan dengan syarikat tersebut untuk menjual peralatan kilang penggelek dan keluli yang tidak lagi diperlukan dalam operasi berterusan CAP ACERO. Hilco Industrial Acquisition baru-baru ini telah menjual Kilang Plat Berat Dongkuk Steel dari Korea yang mengeluarkan hasil sebanyak 2 juta tan setahun, serta Kilang Danieli Rebar di Posco SS Vina, Vietnam pada tahun 2015. 

Maklumat tentang aset dan keupayaan untuk membeli setiap item boleh didapati di Hilcobid.com.

Tentang Hilco Industrial Acquisitions, B.V.: Hilco Industrial Acquisitions, B.V. (www.hilcohia.com) berpangkalan di Amsterdam, Belanda dan menyediakan perkhidmatan pelupusan serta pemerolehan aset industri dengan pengkhususan dalam bidang lelongan mesin, peralatan dan inventori serta jualan melalui rundingan.  Syarikat ini menjual pelbagai aset industri yang terdapat dalam syarikat pembuatan, borong dan pengedaran.  Syarikat ini membeli dan menjual aset melalui acara jualan lelong di lokasi, dalam talian dan juga kombinasi siaran web serta jualan melalui rundingan (perjanjian persendirian).  Selain menyediakan perkhidmatan berdasarkan yuran atau komisen, Hilco Industrial Acquisitions, B.V. menjadikan modal mereka berisiko dan sering memperoleh aset atau memberi jaminan. 

Hilco Industrial Acquisitions, B.V. ialah sebahagian daripada Hilco Global (www.hilcoglobal.com) yang berpangkalan di Northbrook, Illinois, iaitu badan penguasa terkemuka di dunia yang memaksimumkan nilai aset perniagaan dengan memberikan penyelesaian penilaian, pengewangan dan nasihat kepada pasaran antarabangsa.  Hilco Global mengendalikan lebih dua puluh unit perniagaan khusus serta menawarkan perkhidmatan yang merangkumi pentaksiran dan penilaian aset, pemerolehan dan pelupusan inventori perindustrian dan peruncitan, penempatan semula dan rundingan semula hartanah, nasihat strategik, perundingan operasi serta penyelesaian modal strategik.

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1167212/Hilco_Global_Asset_Smarter_Logo.jpg?p=medium600

Source: Hilco Global
Keywords: Machine Tools, Metalworking and metallurgy Mining/Metals Acquisitions, mergers, takeovers