omniture

CAS menggunakan pendekatan dipacu AI dengan kerjasama INPI Brazil untuk mentransformasikan proses pemeriksaan paten

CAS
2022-03-22 05:00 21

Inovasi ini menyumbang kepada pengurangan tunggakan permohonan dalam ekonomi terbesar Amerika Latin sebanyak 80% 

COLUMBUS, Ohio, 22 Mac 2022 /PRNewswire/ -- CAS, satu bahagian di bawah Persatuan Kimia Amerika, baru-baru ini telah menyiapkan sebuah projek utama dengan The National Institute of Industrial Property (INPI) atau Institut Harta Perindustrian Negara Brazil untuk melaksanakan penyelesaian aliran kerja pemeriksaan yang dipertingkatkan bagi permohonan paten kimia menggunakan gabungan teknologi, kecerdasan buatan, data dan kepakaran yang unik. Penyelesaian baharu ini mengurangkan tempoh pemeriksaan bagi sesuatu permohonan sehingga 50%, membantu mencapai matlamat organisasi ini untuk menyelesaikan 80% daripada tunggakan permohonan berbilang tahun mereka.

"Mengatasi kelewatan dalam kitaran paten mempunyai kesan positif yang signifikan terhadap inovasi dan pertumbuhan ekonomi di Brazil. Pemberian hak paten yang pantas mempercepat pelaburan kerana pemohon yakin bahawa produk mereka tidak akan ditiru, suatu isu yang amat ditakuti oleh seorang pencipta. Ekosistem IP yang berstruktur, boleh diramal dan kukuh membantu memastikan pelaburan dapat dijana," kata Gabriel Di Blasi, Rakan Kongsi Pengasas Di Blasi, Parente & Associates dari Rio de Janeiro.

Pertumbuhan pesat di Brazil menyebabkan jumlah permohonan paten melebihi kapasiti pemeriksaan pejabat paten. Aliran kerja pemeriksaannya yang baharu dan telah dioptimumkan ini menggunakan teknologi AI CAS dan menghapuskan sebilangan besar langkah carian pemeriksa, membolehkan pejabat mengendalikan permohonan yang diunjurkan dengan lebih baik.

"Cabaran yang dihadapi oleh INPI Brazil menggambarkan permintaan yang julung-julung kali terjadi di pejabat paten di seluruh dunia. Sebagai ekonomi terbesar di Amerika Latin, kepentingan untuk menambah baik penangguhan paten adalah jelas," kata Presiden CAS, Manuel Guzman. "Kami berbangga dengan impak bermakna yang telah dicapai oleh usaha sama kami dengan INPI dan kami percaya bahawa penyelesaian ini menjadi titik permulaan yang sangat baik untuk membantu pejabat paten lain mengoptimumkan sumber dan memastikan pertumbuhan yang mampan."

CAS bekerjasama dengan INPI Brazil untuk menyesuaikan penyelesaian dengan keperluan unik mereka. Dengan menggunakan pelbagai algoritma AI yang terlatih dengan data pejabat paten dan CAS Content Collection™ (Koleksi Kandungan) yang disusun atur oleh saintis, pendekatan ini meningkatkan produktiviti pemeriksa dengan lebih baik. INPI Brazil melaporkan bahawa penyelesaian CAS mengurangkan masa carian pemeriksa dengan ketara iaitu sebanyak 77% permohonan kebangsaan yang diproses, manakala 29% permohonan kebangsaan yang diproses memerlukan sedikit carian tambahan atau tidak memerlukan carian.

"Penyelesaian kami direka untuk mengubah proses carian ciptaan terdahulu. Permohonan paten kimia adalah sangat kompleks, yang memerlukan carian teks dan struktur kimia dalam penerbitan paten dan bukan paten. Ini merupakan keupayaan unik yang dimiliki oleh penyelesaian rekaan CAS," kata Ketua Pegawai Produk CAS, Tim Wahlberg.

Pada tahun 2021, CAS menerima anugerah Stu Kaback Business Impact Award daripada Patent Information Users Group (PIUG) yang mengiktiraf impak penyelesaian terhadap kejayaan INPI Brazil. Teknologi carian ciptaan terdahulu yang menjadi asas ini telah digunakan dalam penyelesaian utama CAS iaitu STNext® dan CAS SciFindern untuk menyokong pencarian ciptaan terdahulu yang lebih cekap dan komprehensif di sepanjang perjalanan inovasi.

Hubungan media:
Tina Tomeo
cas-pr@cas.org 

TENTANG CAS: CAS ialah peneraju dalam penyelesaian maklumat saintifik yang bekerjasama dengan para inovator di seluruh dunia untuk mempercepat penemuan saintifik. CAS mempunyai lebih 1,400 orang pakar yang menyusun, menghubung dan menganalisis pengetahuan saintifik untuk mendedahkan hubungan yang tidak kelihatan. Selama lebih 100 tahun, para saintis, profesional paten dan pemimpin perniagaan telah bergantung kepada penyelesaian dan kepakaran CAS untuk memberikan pemahaman masa lalu, kini dan akan datang yang diperlukan supaya mereka dapat membangunkan masa depan berdasarkan pembelajaran masa lalu. CAS merupakan satu bahagian daripada Persatuan Kimia Amerika. Berhubung dengan kami di cas.org.

TENTANG INPI: National Institute of Industrial Property (INPI) ialah sebuah badan kerajaan rasmi yang bertanggungjawab terhadap hak Harta Perindustrian di Brazil sebagai autarki persekutuan Kementerian Ekonomi. Tugas INPI termasuk: pendaftaran Tanda Dagangan, pemberian Paten, pendaftaran Kontrak Francais dan Pemindahan Teknologi, pendaftaran Reka Bentuk Perindustrian, pendaftaran Indikasi Geografi, pendaftaran Perisian dan pendaftaran Topografi Litar Bersepadu.

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1729161/CAS_Logo.jpg?p=medium600

 

 

Source: CAS
Keywords: Banking/Financial Service Chemical Computer Software Computer/Electronics Health Care/Hospital Patent Law Data Analytics Financial Technology STEM (Science,Technology,Engineering,Mathematics)