omniture

CLÉ DE PEAU BEAUTÉ UMUM PENERIMA ANUGERAH 'POWER OF RADIANCE' 2022

Mengiktiraf mereka yang telah memperkasa dan memperbaiki kehidupan remaja perempuan dan wanita melalui pendidikan STEM
Clé de Peau Beauté
2022-03-22 09:00 200

TOKYO, 22 Mac 2022 /PRNewswire/ -- Clé de Peau Beauté, jenama penjagaan kulit dan solekan mewah, dengan bangganya mengumumkan penerima bagi 'Power of Radiance Awards' kali keempat, Amanda Simandjuntak dari Jakarta, Indonesia, seorang wanita luar biasa yang mendedikasikan diri beliau untuk memperkasa golongan remaja perempuan dalam komuniti beliau melalui pendidikan STEM (Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik). 'Power of Radiance Awards' merupakan bahagian yang penting dalam komitmen kedermawanan jangka panjang Clé de Peau Beauté yang melibatkan kerjasama selama berbilang tahun dengan UNICEF1 yang dilancarkan pada tahun 2019 bagi menyokong Program Kesaksamaan Gender. Melalui program pendidikan STEM dan pemerkasaan untuk remaja perempuan, Clé de Peau Beauté bercita-cita untuk menyerlahkan potensi sebenar mereka dan memperkasa dunia yang lebih baik.

Cik Amanda Simandjuntak, Penerima Anugerah 'Power of Radiance Awards' 2022
Cik Amanda Simandjuntak, Penerima Anugerah 'Power of Radiance Awards' 2022

 

'Power of Radiance Awards' Clé de Peau Beauté
'Power of Radiance Awards' Clé de Peau Beauté

Tatkala dunia terus menakrifkan dunia pasca-pandemik melalui penyelesaian saintifik dan teknologi, potensi yang tidak terbatas daripada separuh populasi yang melibatkan remaja perempuan dan wanita tidak boleh dipandang sebelah mata. Remaja perempuan, khususnya dari kawasan yang kurang bernasib baik, malah lebih dinafikan peluang pendidikan STEM. Memandangkan kemahiran ICT (Teknologi Maklumat dan Komunikasi) termasuk pemahaman dan aplikasi program komputer dan perisian menjadi semakin mendapat permintaan, jurang gender menjadi semakin luas lagi ekoran penyertaan wanita yang terhad dalam industri-industri ini. Di Indonesia, kahwin awal, kehamilan dan tekanan keluarga sering menyekat remaja perempuan daripada melanjutkan pelajaran mereka; dan remaja perempuan yang tersisih dari segi akademik cenderung untuk dihalang daripada memasuki pasaran tenaga kerja. Cik Simandjuntak bertekad untuk mengubah keadaan ini dengan menawarkan pendidikan STEM kepada remaja perempuan dan wanita terpinggir di Indonesia, agar mereka juga berpeluang untuk menyertai dan menyumbang kepada bidang-bidang yang sangat penting ini.

Menurut UNICEF, pandemik telah memburukkan lagi krisis pembelajaran yang sudahpun meruncing di Indonesia. Kadar pengangguran untuk wanita muda di Indonesia adalah kira-kira 15.62%.2 Sebagai Ketua Pegawai Eksekutif dan pengasas bersama Markoding, Cik Simandjuntak telah melatih lebih daripada 10,000 remaja perempuan dan wanita dalam inovasi dan teknologi – seperti pengekodan, reka bentuk UI/UX dan pembangunan produk – meningkatkan kadar remaja perempuan dalam latihan digital kepada 55% hanya dalam tempoh setahun. Beliau melancarkan 'Girls Can Code Scholarship Program' dan 'Girls Can Code Webinar Series' untuk memberi inspirasi kepada lebih ramai remaja perempuan untuk meneruskan kerjaya dalam bidang STEM. "Ketika kami melangkah ke tahun keempat Power of Radiance Awards, kami di Clé de Peau Beauté berasa amat bertuah kerana berupaya untuk terus mendorong perubahan positif melalui pendidikan dan pemerkasaan dengan menyokong Cik Simandjuntak yang mana hasil usaha beliau menjadi inspirasi buat kami semua. Tenaga dan pencapaian oleh beliau merangkumkan dengan sempurna semangat aspirasi kami untuk mengubah dunia melalui tindakan yang positif dan proaktif," kata Cik Mizuki Hashimoto, Ketua Pegawai Jenama Clé de Peau Beauté.

Sejak November 2019, Markoding bekerjasama dengan UNICEF Indonesia untuk melaksanakan 'Digital Innovation Challenge' bagi membantu remaja perempuan membangunkan kemahiran abad ke-21, kemahiran digital dan kemahiran keusahawanan. Program inisiatif ini telah melatih 5256 remaja dari 126 sekolah.

"Misi saya adalah untuk memperkasa remaja perempuan dan wanita terpinggir di Indonesia untuk menjadi penyelesai masalah melalui inovasi dan teknologi. Dengan melengkapkan mereka dengan kemahiran abad kedua puluh satu seperti pemikiran kritis, kreativiti, komunikasi, kolaborasi dan empati, kami dapat menyediakan mereka dengan kuasa terbesar bagi menyerlahkan potensi mereka dan menyertai usaha untuk menjadikan dunia sebagai tempat yang lebih baik, lebih adil dan lebih selamat," kata Cik Simandjuntak.

Sebagai penerima 'Power of Radiance Award' 2022, Cik Simandjuntak akan dianugerahkan geran yang akan didermakan kepada 'Digital Innovation Challenge' bagi menyokong remaja perempuan dalam pendidikan STEM mereka dan menyediakan peluang pekerjaan kepada mereka. Perjalanan Clé de Peau Beauté sebagai penyokong pendidikan bermula dengan satu impian terhadap dunia yang lebih baik. Kuasa untuk menyerlahkan keserian dalaman yang dapat mencapai perubahan yang sebenar dan positif berada dalam diri setiap individu dan melalui 'Power of Radiance Awards', Clé de Peau Beauté berdiri bersama remaja perempuan dan wanita di seluruh dunia tatkala mereka mentransformasikan dunia untuk diri mereka sendiri, keluarga mereka dan juga komuniti mereka.

1 UNICEF tidak mengendors mana-mana syarikat, jenama, produk atau perkhidmatan.
2 Sumber Maklumat: Study on skills for the future in Indonesia

Latar Belakang Amanda Simandjuntak
Amanda ialah Ketua Pegawai Eksekutif dan pengasas bersama Markoding, sebuah pertubuhan bukan untung dengan misi untuk memperkasa belia yang kurang bernasib baik di Indonesia melalui inovasi dan teknologi. Pertubuhan ini dipilih sebagai finalis MIT Solve Challenge: Youth, Skills and the Workforce of the Future dan mewakili Indonesia di Persidangan ASEAN-UNICEF mengenai Kemahiran Abad ke-21 dan Penyertaan Orang Muda di Singapura. Amanda juga dipilih sebagai salah seorang daripada Pemimpin Masyarakat Muda di Sidang Kemuncak Singapura 2019. Sejak tahun 2019, Markoding menjadi rakan pelaksana UNICEF Indonesia dan melancarkan 'Digital Innovation Challenge', bagi membantu remaja perempuan dan lelaki membangunkan kemahiran abad ke-21, kemahiran digital dan kemahiran keusahawanan agar mereka dapat mencari penyelesaian terhadap isu-isu yang memberi kesan ke atas mereka. Dalam fasa pertama program ini, Markoding memperkasa 482 remaja yang kurang bernasib baik dari 21 buah sekolah dan pusat pembelajaran berasaskan komuniti di Jakarta. Sejak itu, program ini berkembang di luar Jakarta ke Semarang dan mendekati 5256 orang remaja (55% remaja perempuan) dari 126 buah sekolah di Indonesia.

Latar Belakang Clé de Peau Beauté
Clé de Peau Beauté, jenama mewah bertaraf global daripada Shiseido Co Ltd, ditubuhkan pada tahun 1982 sebagai ekspresi unggul bagi keanggunan dan sains. Clé de Peau Beauté bermaksud kunci kepada kecantikan kulit. Falsafah jenama ini adalah untuk menyerlahkan kuasa keserian pada wanita dengan memanfaatkan teknologi solekan dan penjagaan kulit yang canggih dari seluruh dunia. Selamanya dibimbing oleh kepekaan dan kecerdasan estetik yang hebat, Clé de Peau Beauté telah menerapkan produk-produknya dengan nilai kemodenan, kepesonaan dan kedinamikan untuk muncul sebagai peneraju industri dalam memberi keserian yang begitu luar biasa, yang terpancar dari dalam. Boleh didapati di 23 negara dan wilayah seluruh dunia. 

Laman Sesawang Rasmi Clé de Peau Beauté: https://www.cledepeau-beaute.com/int/powerofradiance-2022.html 
Instagram Rasmi Clé de Peau Beauté: https://www.instagram.com/cledepeaubeaute/  

 

Source: Clé de Peau Beauté
Keywords: Computer/Electronics Cosmetics & Personal Care Household/Consumer/Cosmetics Retail Awards Women-related news STEM (Science,Technology,Engineering,Mathematics)