omniture

Mobileum Memenangi Anugerah Tertinggi dalam Inovasi Telekomunikasi 2022 daripada Juniper Research

Mobileum
2022-03-22 09:00 11

Anugerah Digital Masa Depan untuk Pemanduan Perayauan Terbaik, Tembok Keselamatan SMS Terbaik dan Pilihan Juri untuk Kecemerlangan dalam Inovasi Telekomunikasi 

CUPERTINO, California, 22 Mac 2022 Mobileum Inc. ("Mobileum"), penyedia penyelesaian analitik global terkemuka untuk perkhidmatan perayauan dan rangkaian, keselamatan, pengurusan risiko, jaminan ujian dan perkhidmatan, serta kecerdasan pelanggan, dengan sukacitanya mengumumkan bahawa ia telah dinobatkan sebagai pemenang tiga kategori daripada Anugerah Digital Masa Depan Juniper Research - pemenang Platinum untuk Pemanduan Perayauan Terbaik, pemenang Emas untuk Tembok Keselamatan SMS Terbaik dan Pilihan Juri untuk Kecemerlangan dalam Inovasi Telekomunikasi. Program Anugerah Digital Masa Depan Juniper mengiktiraf syarikat teknologi sebagai peneraju industri mereka berdasarkan lima kriteria utama: inovasi produk, ciri dan manfaat, perkongsian produk, pensijilan dan pematuhan serta prospek perniagaan pada masa hadapan.  

Pilihan Juri untuk Kecemerlangan dalam Inovasi Telekomunikasi 

"Mobileum berbesar hati menerima tiga Anugerah Digital Masa Depan Juniper bagi tahun 2022. Anugerah Pilihan Juri untuk Kecemerlangan dalam Inovasi Telekomunikasi mengiktiraf sumbangan cemerlang serta kedudukan kami dalam industri untuk memberi impak yang signifikan pada masa hadapan. Pertumbuhan Mobileum sepanjang tahun lalu melalui pengembangan pelanggan, kejayaan baharu dan pengambilalihan kami yang berjaya, termasuk integrasi Developing Solutions, Convene Networks dan Niometrics, telah membolehkan Mobileum mengukuhkan kedudukannya sebagai penyedia analisis telekomunikasi global yang terkemuka. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada para pelanggan dan rakan kongsi kami atas keyakinan dan sokongan mereka ketika kami meneruskan perjalanan kami untuk menjadi penyedia pilihan ramai bagi penyelesaian analitik telekomunikasi," kata Bobby Srinivasan, Ketua Pegawai Eksekutif Mobileum.

Pemenang Platinum untuk Pemanduan Perayauan Terbaik 

Penyelesaian Pemanduan Perayauan Mobileum membantu para pengendali memaksimumkan margin perayauan dengan menghala trafik perayauan secara dinamik berdasarkan pemahaman yang dipacu analitik tentang kualiti perkhidmatan, kos pukal dan ramalan perniagaan. Selain itu, ia mengekalkan kawalan yang ketat terhadap pengalaman pelanggan serta menyokong pelbagai teknologi seperti VoLTE, NFV dan 5G. Pemanduan Perayauan mengawal edaran perayau ke luar dalam rangkaian asing yang membolehkan pengendali memilih rakan kongsi secara dinamik berdasarkan harga, urus niaga trafik sefahaman atau kualiti yang dihasilkan. Juniper juga mengiktiraf penyelesaian Pemanduan Perayauan Mobileum pada tahun 2021 sebagai pemenang Emas untuk Pengurusan Perayauan.

Pemenang Emas untuk Tembok Keselamatan SMS Terbaik 

Penyelesaian Tembok Keselamatan SMS Mobileum membantu para pengendali melindungi pelanggan dan pendapatan SMS mereka daripada ditipu. Penyelesaiannya menggunakan algoritma berasaskan AI dan pembelajaran mesin untuk mencari pola ancaman yang tidak diketahui dan menyekat mesej yang tidak diingini, mencegah serangan SPAM dan Smishing yang berniat jahat daripada sampai kepada para pelanggan. Di samping itu, Tembok Keselamatan SMS Mobileum mengurangkan kebocoran pendapatan dengan mengawal trafik laluan samar A2P, menyekat trafik bukan komersial yang tidak mempunyai perjanjian antara penghantaran dengan penerimaan rangkaian. Apabila digabungkan dengan Penyelesaian Pengurusan Penipuan Mobileum, Tembok Keselamatan SMS Mobileum boleh melindungi pangkalan pelanggan pengendali daripada beberapa jenis ancaman, termasuk penipuan Wangiri, dengan melakukan analisis kontekstual antara suapan pengurusan penipuan dengan keselamatan.

Tentang Mobileum Inc.

Mobileum ialah penyedia penyelesaian analitik Telekomunikasi yang terkemuka untuk perayauan, rangkaian teras, keselamatan, pengurusan risiko dan pengujian kesalinghubungan domestik dan antarabangsa serta kecerdasan pelanggan. Lebih 1,000 pelanggan bergantung pada platform Kecerdasan Aktif miliknya yang menyediakan penyelesaian analitik canggih yang membolehkan pelanggan menghubungkan rangkaian mendalam dan kecerdasan operasi dengan tindakan masa nyata yang meningkatkan pendapatan, menambah baik pengalaman pelanggan dan mengurangkan kos.  Beribu pejabat di Silicon Valley, Mobileum mempunyai pejabat global di Australia, Jerman, Greece, India, Portugal, Singapura, UK dan Emiriah Arab Bersatu.

Ketahui lebih lanjut di https://www.mobileum.com/  dan ikuti @MobileumInc di Twitter 

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1431792/Mobileum_Logo.jpg?p=medium600

Source: Mobileum
Keywords: Computer Networks Computer/Electronics Telecommunications Awards Data Analytics