omniture

Detect Technologies Umum Perjanjian Global dengan Shell

Detect Technologies
2022-03-22 18:30 12

- Selain itu, syarikat tersebut juga telah menerima pelaburan daripada kumpulan modal usaha niaga korporat syarikat tenaga, Shell Ventures, untuk meningkatkan lagi pertumbuhan syarikat. 

CHENNAI, India, 22 Mac 2022 /PRNewswire/ -- Detect Technologies, sebuah perusahaan Perisian sebagai Perkhidmatan (SaaS) dan Kecerdasan Buatan (AI) Perindustrian terkemuka, mengumumkan perjanjian global dengan Shell untuk menggunakan penyelesaian AI bersepadu mereka – T-Pulse® di seluruh operasi Shell. Perjanjian ini menjadikan Detect, iaitu sebahagian daripada program Shell E4, sebagai syarikat pemula teknologi India yang pertama menandatangani perjanjian rangka kerja global dengan Shell. T-Pulse® telah pun digunakan dalam menyokong automasi pematuhan keselamatan dalam Shell yang merentasi pelbagai aset melalui algoritma penglihatan komputer berasaskan AI serta mempunyai perancangan untuk diperluaskan lagi. Selain itu, Shell Ventures juga telah menandatangani perjanjian pelaburan untuk meningkatkan lagi pertumbuhan syarikat ini.

Detect Technologies announces global agreement with Shell
Detect Technologies announces global agreement with Shell

Daniel Raj David, Ketua Pegawai Eksekutif & Pengasas Bersama Detect Technologies berkata, "Kami menghargai keyakinan Shell yang berterusan terhadap Detect. Apabila sebuah syarikat tenaga yang terkemuka di dunia menandatangani perjanjian global untuk melabur dalam Detect merupakan bukti kepercayaan yang kuat terhadap pertumbuhan syarikat kami. Penyelesaian canggih kami sedang diguna pakai secara meluas dan kami sedang menandatangani beberapa Perjanjian Kewangan Peralatan (EFA) dalam pelbagai industri. Ini merupakan bukti kepada misi kami untuk memacu perubahan melalui AI dan teknologi termaju dalam mewujudkan dunia perindustrian yang lebih selamat dan lebih cekap."

T-Pulse® ialah teknologi berpusat secara komersial dan sedia digunakan. Dibangunkan untuk keselamatan dan kebolehpercayaan para pekerja, peralatan dan proses yang dipertingkatkan, T-Pulse® telah digunakan di seluruh sektor pembinaan, hiliran, huluan, pertengahan, luar pesisir, petrokimia, pelabuhan, kuasa, logam dan perlombongan, farmaseutikal, simen dan kawasan pembikinan. Melalui penggunaannya di Shell, ia telah meningkatkan pematuhan keselamatan dengan campur tangan yang tepat pada masanya secara ketara yang dikuasakan oleh kecerdasan berasaskan penglihatan Detect.

Dan Jeavons, Naib Presiden Sains Pengiraan dan Inovasi Digital Shell berkata, "Sejak dari peringkat awal penggunaan rintis teknologi T-Pulse® Detect, Shell berasa kagum dengan produk ini dan kepintaran pasukan di sebaliknya. T-Pulse® telah terbukti menghasilkan cerapan yang boleh diambil tindakan yang telah menjadikan operasi kami lebih selamat. Ia memang menggalakkan apabila melihat kesan T-Pulse® pada perkembangan Shell dalam membantu mencapai Matlamat Sifar."

Dengan berusaha ke arah matlamat yang sama untuk meningkatkan keselamatan dan kebolehpercayaan kemudahan dan aset, Detect Technologies membantu Shell meningkatkan keselamatan dan masa hidup aset di lokasi antarabangsa. Pelaburan Shell dalam Detect Technologies menyokong penerimagunaan penyelesaiannya di seluruh lokasi dan dengan semua rakan kongsi Shell.

Tentang Detect Technologies:

Beribu pejabat di Chennai, Detect Technologies ialah sebuah perusahaan Perisian sebagai Perkhidmatan (SaaS) dan Kecerdasan Buatan (AI) Perindustrian terkemuka yang merekayasa semula dan mengautomasikan proses perindustrian bagi mencapai pematuhan keselamatan 100% dan memastikan masa henti sifar untuk aset. Detect Technologies ialah peneraju pasaran dengan set data terbesar di seluruh dunia bagi integriti aset dan keselamatan. Penglibatan jangka panjang di tapak pelanggan terkemuka yang termasuk Shell, ExxonMobil, RIL, BPCL, Vedanta, IOCL, HPCL, CPCL, Nayara Energy, Tata Steel, DRL, Adani, Coromandel, Asian Paints dan syarikat Fortune 500 yang lain. Temui Detect Technologies di LinkedIn, YouTube, Facebook dan Twitter.

Syarikat-syarikat Shell mempunyai entiti sah mereka sendiri secara berasingan. Dalam dokumen ini, "Shell" adakalanya digunakan untuk merujuk kepada syarikat Shell secara umum. 

Foto: https://mma.prnasia.com/media2/1770331/Detect_technologies_Shell.jpg?p=medium600

 

Source: Detect Technologies
Keywords: Computer Software Computer/Electronics High Tech Security Workforce Management/Human Resources Licensing/marketing agreements