omniture

ULAP Bekerjasama dengan Zoom untuk Menyampaikan Penyelesaian Kerjasama Pintar di Asia Pasifik

ULAP
2022-03-22 20:45 28

Kerjasama ini  mengukuhkan lagi keupayaan ULAP untuk menyokong pengembangan vendor Perisian sebagai Perkhidmatan global  ke pasaran baru muncul

MANILA, Filipina, 22 Mac 2022 /PRNewswire/ -- ULAP, penyedia penyelesaian perniagaan pintar, hari ini mengumumkan kerjasama dengan Zoom Video Communications, Inc. (Zoom) untuk menyediakan penyelesaian Zoom Phone dan Zoom Cloud di Singapura, Malaysia, Thailand, Korea Selatan, Indonesia, Vietnam, Kemboja, Laos, Brunei, Hong Kong dan Korea Selatan.

Kerjasama ini bermakna ULAP kini akan menawarkan perkhidmatan Zoom Phone terurus sepenuhnya yang menampilkan pilihan kesalinghubungan dan penyepaduan dengan rangkaian suara globalnya yang terjamin. Perkhidmatan ini juga merangkumi sokongan pengalaman hujung ke hujung yang selamat.

"Membawa pembawa (penyedia perkhidmatan) anda sendiri kepada Zoom melalui ULAP membolehkan para pelanggan mengekalkan identiti korporat mereka yang sedia ada. Perjanjian ini akan membantu organisasi mempercepatkan pengembangan menjadi persekitaran pekerjaan walau di mana sahaja dengan lancar" kata Ketua Eksekutif ULAP, Dominic McDonald.

"Bekerjasama dengan ULAP merupakan suatu peluang yang hebat untuk terus membahagiakan para pelanggan kami di seluruh Asia dan wilayah-wilayah lain. Gabungan penyelesaian daripada ULAP dan Zoom memperluas jangkauan pelanggan kami ke pasaran Asia dengan selamat. Kami tidak sabar untuk memperkukuh kerjasama kami sepanjang tahun yang akan datang," kata Nathan Guy, Ketua Asia Pasifik Zoom Phone.

Kedai sehenti untuk semua keperluan kerjasama anda

Penyelesaian bersama ULAP - Zoom Phone menyediakan keupayaan kerjasama yang menjimatkan kos dan lancar pada sebuah platform bersepadu dengan suatu pengalaman perusahaan yang konsisten:

  • Zoom Phone dengan penyelesaian suara ULAP
  • Pelanggan sembang Zoom yang berterusan
  • Webinar Zoom
  • Penyelesaian bilik persidangan video melalui Zoom Rooms
  • Penyepaduan aplikasi
  • Pelaksanaan, pengurusan dan penyelenggaraan di seluruh dunia
  • Perundingan: pengoptimuman cadangan yang merangkumi daripada penggunaan keseluruhan kepada data dalam mesyuarat secara langsung
  • ULAP mempunyai pengalaman penyelesaian bersepadu selama lebih 20 tahun dengan penyedia persidangan yang terkenal dan merupakan rakan kongsi SIP-Cloud Peering yang terkemuka untuk Zoom

Tentang ULAP 

ULAP ialah Penyedia Perkhidmatan Pintar dengan ciri neutral pembawa yang menyediakan penyelesaian terurus digital kepada perusahaan di Asia Pasifik dan wilayah-wilayah lain. Dengan gabungan pengalaman dalam teknologi Telekomunikasi dan Digital Asia Pasifik selama lebih 60 tahun, pasukan profesional berpengalaman kami memberikan keyakinan mutlak kepada para pelanggan bahawa perkhidmatan mereka diuruskan oleh pasukan terbaik dalam industri ini.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang ULAP, sila layari ulap.net

Hubungan: Sheila Buenaventura, media@ulap.net

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1487351/ulap__Logo.jpg?p=medium600

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1770893/Zoom___Blue_Logo.jpg?p=medium600 

Source: ULAP
Keywords: Computer/Electronics Telecommunications Telecommunications Carriers and Services Licensing/marketing agreements