omniture

TripleLift Mengambil Alih 1plusX untuk Membawa Data Pihak Pertama kepada Penerbit & Pengiklan

TripleLift
2022-03-22 22:25 41

Gabungan syarikat ini akan membantu pelanggan mengawal data mereka dan mengendalikan khalayak dengan berkesan tanpa kuki pihak ketiga

NEW YORK, 22 Mac 2022 /PRNewswire/ -- TripleLift, syarikat teknologi pengiklanan yang memperbaharui penempatan iklan dalam era kreatif, media dan data, hari ini mengumumkan pengambilalihan 1plusX, sebuah platform pengaktifan data pihak pertama yang memenangi anugerah. 1plusX memiliki teknologi yang unik untuk membantu para penerbit dan pengiklan mengendalikan khalayak mereka dengan penyelesaian berasaskan privasi.

TripleLift has acquired 1plusX
TripleLift has acquired 1plusX

Industri media kini mengalami perubahan yang pantas. Kuki pihak ketiga, sasaran silang domain dan silang aplikasi serta pilihan khalayak sedang berkembang maju untuk mengawal maklumat pengguna dengan lebih baik. Susulan itu, pengiklanan digital perlu dibangunkan semula dari awal. Dengan menyertai penyelesaian mesra privasi 1plusX dan pasaran media TripleLift yang ditingkatkan, penerbit boleh mengewangkan kandungan mereka dengan lebih baik manakala pengiklan pula boleh menjangkau khalayak mereka dengan lebih berkesan.

"Gabungan antara TripleLift dengan 1plusX ini bermaksud penerbit dan pemasar akan mempunyai platform yang bebas dan ditingkatkan yang direka cipta untuk masa depan berasaskan privasi," kata Eric Berry, Pengasas Bersama & Ketua Pegawai Eksekutif TripleLift. "Kini, beribu-ribu penerbit TripleLift boleh mengakses teknologi terbaik 1plusX untuk memanfaatkan data pihak pertama dan para pengiklan TripleLift boleh menggunakan data yang sama untuk keupayaan sasaran yang dicipta untuk era privasi. Tiada kuki pihak ketiga yang diperlukan."

"Kami telah membangunkan salah sebuah platform pengurusan data pihak pertama yang paling canggih di dunia," kata Juergen Galler, Ketua Pegawai Eksekutif & Pengasas Bersama 1plusX. "Penyelesaian kecerdasan dipacu AI yang menjadi produk teras kami, mengguna pakai data pelanggan, memperkaya dan kemudian mengubahnya kepada khalayak dan profil aset yang tepat dalam masa nyata. Dengan menghasilkan cerapan tingkah laku berasaskan pengguna, pelanggan kami boleh mengaktifkannya pada saluran berkaitan yang merangkumi web hingga TV terhubung." Beroperasi secara khusus dalam pasaran Eropah yang canggih privasinya, pematuhan merupakan teras kepada teknologi 1plusX yang memproses berbilion-bilion isyarat data setiap hari.

Kebanyakan penerbit terbesar dan tercanggih di dunia telah mendapat manfaat daripada penyelesaian ini. "Kerjasama dengan 1plusX membolehkan kami menghapuskan kebergantungan kepada beberapa penyedia data pihak ketiga dan mewujudkan strategi data dalaman yang lengkap dan tepat pada masanya untuk penguatkuasaan Peraturan Perlindungan Data Am (GDPR)," kata Carsten Schwecke, Ketua Pegawai Eksekutif Axel Springer All Media. "Susulan itu, ketika kebanyakan syarikat media memperoleh pendapatan sasaran yang berkurangan, kami pula meningkatkan pendapatan kami dengan bantuan 1plusX. "Melalui penggabungan ini, kedua-dua syarikat mempunyai kedudukan yang unik untuk menyampaikan penyelesaian data pihak pertama yang penting bagi membantu penerbit seperti Axel Springer meningkatkan kadar hasil berikutan perubahan dasar privasi yang berlaku di seluruh industri kami."

TripleLift ialah syarikat yang tidak asing lagi dalam penyelesaian tanpa kuki. Pada mulanya ia diasaskan dengan mencipta iklan natif untuk web terbuka yang sememangnya berformat kontekstual dan ia menawarkan Urus Niaga Dagangan Tukaran (ETD) dipacu data – isyarat sasaran berdasarkan hasil pada tahap tanggapan yang memacu prestasi pengiklan tanpa menggunakan kuki pihak ketiga. Pengambilalihan 1plusX memberikan pelanggan TripleLift satu lagi alat yang berkuasa serta mengukuhkan komitmen berterusan syarikat untuk membantu para penerbit dan pengiklan menghadapi perubahan industri yang akan datang.

Pengambilalihan ini juga membolehkan kedua-dua syarikat mempercepat pelan hala tuju mereka dan membawa produk baharu ke pasaran. "Kami akan meningkatkan perniagaan 1plusX yang sedang berkembang pesat ini dan mencipta produk yang benar-benar baharu untuk dimanfaatkan oleh para penerbit dan pengiklan pada masa hadapan," kata Ari Lewine, Pengasas Bersama merangkap Ketua Pegawai Strategi TripleLift. "Iklan kami akan diperkaya dengan data pihak pertama. Produk baharu ini merupakan penyelesaian yang dipertingkatkan dan mesra privasi yang selama ini dinanti-nantikan oleh industri kami."

"Penerbit sudah pun berada di salah satu sumber data terbesar yang berharga dan berpotensi untuk memperbaiki kelemahan kuki: data pihak pertama penerbit yang merangkumi data kontekstual, pendaftaran serta tingkah laku pada halaman," kata Paul Bannister, Pengasas Bersama merangkap Ketua Pegawai Strategi CafeMedia. "Pengambilalihan ini menunjukkan kepada industri bahawa pelaburan penyelesaian pihak pertama yang amat diperlukan ini akhirnya menjadi kenyataan dengan dimulakan oleh TripleLift."

Tentang TripleLift
TripleLift ialah syarikat teknologi pengiklanan yang memperbaharui penempatan iklan dalam era kreatif, media dan data. Pasaran kami memberikan perkhidmatan kepada jenama, penerbit, syarikat penstriman dan platform sisi permintaan yang terkemuka di dunia yang menjalankan lebih 1 trilion transaksi iklan setiap bulan. Pelanggan memilih kami kerana tawaran boleh kendali kami yang merangkumi video natif dan dalam talian serta televisyen terhubung, inovasi yang menyertakan jenama ke dalam kandungan dalam masa nyata serta kepakaran sokongan yang dikhususkan untuk memaksimumkan prestasi rakan kongsi. Sebagai sebahagian daripada portfolio Vista Equity Partners, TripleLift telah muncul dalam Inc. 5000 dan Deloitte Technology Fast 500 selama lima tahun berturut-turut, telah dinobatkan sebagai Syarikat Teknologi Pengiklanan Terhangat dalam senarai Business Insider selama tiga tahun berturut-turut dan telah dianugerahkan dengan Teknologi Pengiklanan TV Paling Inovatif oleh AdExchanger pada tahun 2021. Dapatkan maklumat lanjut tentang cara TripleLift membentuk masa depan pengiklanan di triplelift.com.

Tentang 1plusX
1plusX memperkasa para penerbit dan pengiklan untuk mengawal aset pihak pertama mereka bagi memacu hasil perniagaan. Pengurusan data masa nyata, bilik penataan data dan penyelesaian CTV mereka ditumpukan untuk membantu pelanggan menarik khalayak melalui kandungan dan pengiklanan yang lebih bermakna serta diperibadikan. 1plusX membantu para penerbit mengewangkan inventori mereka dan mengoptimumkan prestasi pemasaran para pengiklan melalui data. Setakat ini, 1plusX telah meningkatkan prestasi pemasaran syarikat-syarikat di seluruh dunia termasuk Axel Springer, BI Garage, Le Figaro, South China Morning Post dan Tegna.

Ditubuhkan pada tahun 2014, 1plusX ialah sebuah syarikat teknologi pemasaran global yang beroperasi di Eropah, Asia dan AS. 1plusX dibina berdasarkan prinsip kerjasama, kepercayaan, privasi dan ketelusan. Daripada teknologi hingga kepada para pelanggan, 1plusX menghargai kerjasama mereka untuk terus berpandangan ke hadapan dan mudah disesuaikan dalam ekosistem media digital yang sentiasa berubah.

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1770829/TL_orzo_social_v2.jpg?p=medium600

Source: TripleLift
Keywords: Advertising Computer/Electronics Multimedia/Online/Internet Acquisitions, mergers, takeovers