omniture

Bagi Meraikan Pencalonan Filem Terbaik untuk Anugerah Oscar, Para Seniman Shutterstock Mencipta Semula Poster Filem Sempena Ulang Tahun ke-10 Oscar Pop!

Shutterstock, Inc.
2022-03-23 20:11 36

Bagi memperingati satu dekad perjalanan bagi siri Oscar Pop! tahunannya, pasukan kreatif dalaman Shutterstock telah mengakses koleksi platform itu yang terdiri daripada lebih 400 juta aset kreatif untuk menghasilkan karya seni dengan gaya seni pop yang asli

NEW YORK, 23 Mac 2022 /PRNewswire/ -- Shutterstock, Inc. (NYSE: SSTK), sebuah platform kreatif global terkemuka yang menawarkan penyelesaian perkhidmatan penuh, kandungan berkualiti tinggi dan penyelesaian aliran kerja kreatif untuk jenama, perniagaan dan syarikat media, hari ini mengumumkan pelancaran 10 poster filem seni pop yang dihasilkan khas untuk siri poster Oscar Pop! tahunannya yang telah dijalankan selama sedekad, sebagai memberi penghormatan kepada pencalonan Filem Terbaik dalam Anugerah Akademi ke-94.

"Belfast" by Nicole Dai/Shutterstock with artist inspiration from Takashi Murakami
"Belfast" by Nicole Dai/Shutterstock with artist inspiration from Takashi Murakami

Dengan beralih kepada artis pop yang terkenal di dunia untuk inspirasi artistik, tradisi tahunan ini menyaksikan pasukan kreatif Shutterstock yang berbakat menggunakan koleksi platform itu yang terdiri daripada lebih 400 juta gambar, vektor, corak dan tekstur untuk menunjukkan semangat ciri-ciri filem yang telah tercalon, sambil mempamerkan potensi aset-aset kreatif ini yang tiada batasan.

Siri terkenal itu merupakan sebuah gambaran visual tentang bagaimana seni ikonik, penceritaan yang hebat dan minat kreatif dapat bersatu untuk memberi inspirasi kepada inovasi artistik. Sebagai sebuah platform kreatif yang pintar dengan akses kepada kandungan premium dan pelbagai serta artis global, Shutterstock menerajui masa depan penciptaan kandungan kreatif. Siri Oscar Pop! pada tahun ini menunjukkan bahawa platform Shutterstock membolehkan ahli kreatif untuk mencipta dengan keyakinan. 

Senarai penuh filem dan artis yang dicalonkan pada tahun ini yang mempengaruhi para pereka termasuklah: "Belfast" yang diilhamkan oleh Takashi Murakami, "CODA" yang diilhamkan oleh Christine Sun Kim, "Don't Look Up" yang diilhamkan oleh Beeple, "Drive My Car" yang diilhamkan oleh Andy Warhol, "Dune" yang diilhamkan oleh Moebius, "King Richard" yang diilhamkan oleh Rosalyn Drexler, "Licorice Pizza" yang diilhamkan oleh Richard Hamilton, "Nightmare Alley" yang diilhamkan oleh Jean-Michel Basquiat, "The Power of the Dog" yang diilhamkan oleh Roy Lichtenstein serta "West Side Story" yang diilhamkan oleh Karoly Grosz.

"Setiap tahun, pencalonan Filem Terbaik di Anugerah Oscar mewakili kemuncak pembuatan filem dan kecemerlangan artistik, dan para pereka inovatif kami yang mengubah poster mereka menjadi hasil karya seni asli yang begitu menarik," kata Flo Lau, Pengarah Kreatif Shutterstock. "Sejak penubuhannya 10 tahun yang lalu, kami berbangga dapat memberi penghormatan kepada calon Oscar yang begitu ramai dan artis pop yang disayangi. Pergerakan seni Pop bermula sebagai satu pemberontakan kepada seni tradisional – dengan cara yang sama, ia menggambarkan perjalanan terbaru Shutterstock ke dalam era kreatif yang baharu dan inovatif yang dikuasai oleh pendigitalan dan inovasi."

Shutterstock juga akan mempunyai akses editorial kepada majlis Anugerah Akademi ke-94 pada hari Ahad, 27 Mac merangkumi liputan ketibaan selebriti pada karpet merah serta bilik foto umum.

Lihat siri poster Oscar Pop! yang lengkap di sini.

Tentang Shutterstock, Inc.

Shutterstock, Inc. (NYSE: SSTK) ialah sebuah platform kreatif global terkemuka yang menawarkan penyelesaian perkhidmatan penuh, kandungan berkualiti tinggi serta penyelesaian aliran kerja kreatif untuk jenama, perniagaan dan syarikat media. Secara langsung dan melalui anak syarikat kumpulannya, koleksi komprehensif Shutterstock termasuklah gambar berlesen berkualiti tinggi, vektor, ilustrasi, model 3D, video dan muzik. Bekerjasama dengan komunitinya yang semakin berkembang dengan lebih 2 juta penyumbang, Shutterstock menambah ratusan ribu imej setiap minggu dan pada masa ini mempunyai lebih 400 juta imej dan lebih 24 juta klip video yang tersedia.

Beribu pejabat di Bandar Raya New York, Shutterstock mempunyai pejabat di seluruh dunia dan pelanggan di lebih 150 buah negara. Syarikat ini juga memiliki PicMonkey, sebuah platform penyuntingan imej dan reka bentuk grafik dalam talian yang terkemuka; Offset, sebuah koleksi imej mewah; Shutterstock Studios, sebuah kedai kreatif tersuai serba lengkap; PremiumBeat, sebuah koleksi muzik tanpa royalti yang dipilih susun; Shutterstock Editorial, sumber utama imej dan video editorial untuk media di dunia; TurboSquid, sebuah pasaran kandungan 3D yang terkemuka; Amper Music, sebuah platform muzik dipacu AI; dan Bigstock, satu penawaran media saham berorientasikan nilai.
Untuk maklumat lanjut, sila layari www.shutterstock.com dan ikuti Shutterstock di Twitter dan di Facebook.

"CODA" by Will Banchero/Shutterstock with artist inspiration from Christine Sun Kim
"CODA" by Will Banchero/Shutterstock with artist inspiration from Christine Sun Kim

 

"Don't Look Up" by Alex Bodin/Shutterstock with artist inspiration from Beeple
"Don't Look Up" by Alex Bodin/Shutterstock with artist inspiration from Beeple

 

"Drive My Car" by Thanh Nguyen/Shutterstock with artist inspiration from Andy Warhol
"Drive My Car" by Thanh Nguyen/Shutterstock with artist inspiration from Andy Warhol

 

"Dune" by Ron Domingue/Shutterstock with artist inspiration from Moebius (Jean Giraud)
"Dune" by Ron Domingue/Shutterstock with artist inspiration from Moebius (Jean Giraud)

 

"King Richard" by Abigayle Gaudreau/Shutterstock with artist inspiration from Rosalyn Drexler
"King Richard" by Abigayle Gaudreau/Shutterstock with artist inspiration from Rosalyn Drexler

 

"Nightmare Alley" by Hannah Golding/Shutterstock with artist inspiration from Jean-Michel Basquiat
"Nightmare Alley" by Hannah Golding/Shutterstock with artist inspiration from Jean-Michel Basquiat

 

"The Power Of The Dog" by Natalie Wilson/Shutterstock with artist inspiration from Roy Lichtenstein
"The Power Of The Dog" by Natalie Wilson/Shutterstock with artist inspiration from Roy Lichtenstein

 

"West Side Story" by Jac Castillo/Shutterstock with artist inspiration from Karoly Grosz
"West Side Story" by Jac Castillo/Shutterstock with artist inspiration from Karoly Grosz

 

 

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1771608/Shutterstock_Inc_Oscar_Pop_Belfast.jpg?p=medium600
Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1771615/Shutterstock_Inc_CODA.jpg?p=medium600
Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1771613/Shutterstock_Inc_Dont_Look_Up.jpg?p=medium600
Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1771614/Shutterstock_Inc_Drive_My_Car.jpg?p=medium600
Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1771610/Shutterstock_Inc_Dune.jpg?p=medium600
Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1771609/Shutterstock_Inc_King_Richard.jpg?p=medium600
Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1771612/Shutterstock_Inc_Nightmare_Alley.jpg?p=medium600
Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1771611/Shutterstock_Inc_The_Power_Of_The_Dog.jpg?p=medium600
Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1771607/Shutterstock_Inc_West_Side_Story.jpg?p=medium600
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1075411/shutterstock_Logo.jpg?p=medium600

 

 

Source: Shutterstock, Inc.
Related Stocks:
NYSE:SSTK
Keywords: Art Computer/Electronics Entertainment Film & Motion Picture Multimedia/Online/Internet