omniture

Nothing akan mengeluarkan telefon pintar pertamanya, phone (1) pada musim panas 2022

Nothing
2022-03-23 22:30 41

LONDON, 23 Mac 2022 /PRNewswire/ -- Syarikat teknologi pengguna, Nothing hari ini mengesahkan rancangan untuk melancarkan phone (1) iaitu produk telefon pintar pertamanya yang paling dinanti-nantikan. Dikuasakan oleh platform mudah alih Snapdragon Qualcomm, phone (1) Nothing merupakan peranti kedua dalam ekosistem produk syarikat itu yang dibina untuk kesalinghubungan yang lancar dan ditakrifkan oleh reka bentuk ikonik. Butiran lanjut termasuk pelancaran phone (1) pada musim panas dan sistem pengendaliannya, Nothing OS telah didedahkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif merangkap Pengasas Bersamanya, Carl Pei semasa strim langsung Nothing (acara): The Truth pada 23 Mac yang lalu.

Nothing phone (1) Coming Summer 2022
Nothing phone (1) Coming Summer 2022

Syarikat itu juga mengumumkan peruntukan sebanyak $10 juta untuk pusingan pelaburan komuniti berasaskan ekuiti yang akan datang pada penilaian yang sama dengan pengumpulan dana Siri B yang diterajui bersama oleh EQT Ventures dan C Ventures. Ini adalah susulan pusingan komuniti pertama Nothing yang telah mengumpul $1.5 juta dalam tempoh 54 saat yang memecahkan rekod, pada bulan Mac yang lalu. Para pelabur mempunyai akses kepada komuniti persendirian Nothing yang mana mereka akan mendapat manfaat dan pandangan eksklusif tentang syarikat itu. Prapendaftaran untuk akses awal kini dibuka dan pusingan pelaburan itu akan disiarkan secara langsung pada 5 April nanti. Ia tertakluk kepada terma dan syarat. Untuk maklumat lanjut, sila layari: nothing.tech

"Setelah mengumpul dana sebanyak $144 juta, membina pasukan yang terdiri daripada lebih 300 orang dan mendapat sokongan daripada rakan kongsi yang dipercayai seperti Qualcomm Technologies, Inc, kami bersedia untuk phone (1) menandakan permulaan perubahan bagi pasaran telefon pintar yang malap," kata Carl Pei. "Kami juga sedang melakukan pusingan pelaburan komuniti baharu bernilai $10 juta agar para penyokong kami berpeluang untuk menjadi sebahagian daripada perjalanan kami dalam berhadapan dengan syarikat gergasi industri ini."

Membina phone (1) dari awal hingga akhir dengan Nothing OS
Dengan berpegang teguh pada misi utama Nothing, Nothing OS dibina pada ekosistem yang terbuka dan lancar yang akan menyambung dan menyepadukan produk Nothing dan produk daripada jenama terkemuka di dunia yang lain dengan mudah.

Nothing OS mempamerkan ciri-ciri terbaik Android yang tulen, menapis sistem pengendaliannya hanya untuk keperluan penting, di mana setiap bait mempunyai tujuannya yang tersendiri. Ia direka untuk menyampaikan pengalaman yang pantas, lancar dan peribadi. Dengan antara muka yang koheren, perkakasannya berintegrasi lancar dengan perisian melalui fon tulisan, warna, elemen grafik dan bunyi yang khusus. Pratonton pertama Nothing OS akan tersedia melalui pelancarnya yang boleh dimuat turun pada model telefon pintar terpilih mulai bulan April.

Butiran lanjut tentang phone (1) akan diumumkan dalam masa beberapa bulan akan datang. Sila ikuti Nothing di Instagram, Discord dan Twitter atau layari nothing.tech dan langgani surat beritanya serta menjadi yang pertama dalam mendapatkan maklumat. 

Tentang Nothing
Nothing merupakan sebuah syarikat teknologi pengguna berpangkalan di London yang membina dunia tanpa halangan antara manusia dan teknologi. Nothing mewujudkan satu ekosistem produk dan perkhidmatan yang terhubung dengan lancar yang menghidupkan semula kesenian dan semangat kepada industri tersebut. Susulan daripada kejayaan ear (1), produk telefon pintar yang paling dinanti-nantikan daripada syarikat ini iaitu phone (1) akan dilancarkan pada Musim Panas 2022.

Nothing ialah syarikat milik persendirian dengan sokongan daripada GV (dahulunya Google Ventures), EQT Ventures, C Ventures dan pelabur swasta lain termasuk Tony Fadell (Prinsipal Future Shape & pencipta iPod), Casey Neistat (Selebriti YouTube merangkap Pengasas Bersama Beme), Kevin Lin (Pengasas Bersama Twitch) dan Steve Huffman (Pengasas Bersama merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Reddit).

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1771372/Nothing_Logo.jpg?p=medium600  
Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1771373/Nothing_Phone.jpg?p=medium600

Aset Jenama

Source: Nothing
Keywords: Computer/Electronics Consumer Electronics Entertainment Mobile Entertainment Telecommunications New products/services