omniture

TBO Group Mengumumkan Penjenamaan Semula untuk Memenuhi Keperluan Perjalanan Global

TBO.COM
2022-03-24 22:47 62

Identiti, nama dan slogan baharu jenama yang berpusatkan pelanggan untuk menggambarkan pertumbuhannya menjadi sebuah platform agihan perjalanan global

DUBAI, UAE, 24 Mac 2022 /PRNewswire/ -- TBO Group, sebuah platform agihan perjalanan global yang terkemuka dengan lebih sejuta hotel pada platformnya serta 100,000 pembeli di lebih 110 buah negara, kini memperkenalkan ungkapan baharu jenama tersebut yang berpusatkan pelanggan - TBO.COM, logo dan slogan - "Travel Simplified" (Perjalanan Dipermudahkan).

Ketika dunia sedang bersiap sedia menghadapi peningkatan semula permintaan perjalanan, TBO.COM memilih identiti baharu yang tersendiri dengan warna yang mencerminkan nilai-nilai teras jenama tersebut. Kedudukan baharu ini menandakan detik penting bagi jenama ini yang ingin memudahkan kerumitan para pembeli dan pembekal dalam perniagaan perjalanan, dengan membawa rangkaian produk dan perkhidmatan perjalanan yang lengkap ke dalam satu platform.

Daripada penampilan dan rupa bentuk yang dikemas kini hingga tawaran produk yang diperluas, TBO.COM ingin menggandakan usahanya untuk memenuhi kehendak dan keperluan para pembeli serta pembekal perkhidmatan perjalanan dalam dunia yang sentiasa berkembang.

Pelbagai pilihan hotel, destinasi dan pakej kini tersedia pada harga yang kompetitif. Dengan insentif dan ganjaran penempah, kos dan kerumitan yang berkaitan telah dikurangkan, manakala harga yang dinamik, 56 jenis mata wang yang tersedia serta pembayaran rentas sempadan memudahkan lagi pengalaman tempahan.

Tambahan pula, pembekal mempunyai akses serta-merta kepada lebih 100,000 pembeli di lebih 110 buah negara. Dengan akses kepada program ganjaran TBO+ dan platform perkongsian ilmu TBO Academy, rakan pembekal mampu mencapai objektif pemasaran serta mempromosikan jenama dan destinasi mereka dengan lancar.

Sempena pengumuman ini, Gaurav Bhatnagar, Pengarah Urusan Bersama TBO.COM berkata, "Kami berbesar hati untuk memperkenalkan identiti baharu kami sebagai sebahagian daripada evolusi jenama syarikat ini. Kami berharap agar cadangan 'Travel Simplified' yang baharu ini bakal meningkatkan kedudukan kami sebagai platform agihan perjalanan global yang terkemuka dan seterusnya memacu pertumbuhan perniagaan rakan kongsi kami."

Beliau menambah, "Para pengembara di seluruh dunia kini ingin memaksimumkan masa yang mereka luangkan dan memanfaatkan sepenuhnya pengalaman perjalanan mereka. Dengan manfaat penggunaan yang mudah, kemudahan dan kepantasan yang digabungkan ini, kami memberi tumpuan kepada hubungan antara pembeli dengan pembekal serta mempermudah kerumitan ekosistem perjalanan untuk meningkatkan pengalaman."

Dengan berkembang menjadi salah satu perkhidmatan tempahan perjalanan yang paling mudah, TBO.COM berhasrat untuk menjadi rakan kongsi yang memudahkan perjalanan semua orang dan memberikan pengalaman menyeronokkan serta tidak dapat dilupakan di seluruh dunia.

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1772428/TBO_Logo.jpg?p=medium600

Source: TBO.COM
Keywords: Computer/Electronics Electronic Commerce Hotels and Resorts Travel New products/services