omniture

Excelsus Holdings, Inc. Mengambil Alih Spectrum Integrated Technologies di Malaysia

Excelsus Holdings, Inc.
2022-03-25 20:10 84

KUALA LUMPUR, Malaysia, 25 Mac 2022 /PRNewswire/ -- Excelsus Holdings, Inc., mengumumkan pengambilalihan Spectrum Integrated Technologies Sdn. Bhd. di Johor Bahru, Malaysia melalui anak syarikat milikan penuhnya di Malaysia iaitu Excelsus Technologies (M) Sdn. Bhd. untuk jumlah yang tidak didedahkan. Excelsus telah diasaskan oleh Mehul J. Dave dan Michael Schumacher yang merupakan prinsipal kepada Linkage Technologies, Inc.

Spectrum, sebuah syarikat pengeluar papan litar bercetak yang berpangkalan di Johor Bahru, Malaysia, menawarkan pelbagai perkhidmatan pembuatan PCB daripada papan sisi tunggal hinggalah papan pelbagai lapisan dan papan pembakaran yang kompleks. Spectrum telah ditubuhkan pada tahun 2011 dengan pengambilalihan TPT Multiflex.

Pemacu utama kepada pengambilalihan Spectrum adalah sebagai tindak balas kepada kebimbangan pelanggan yang semakin meningkat terhadap kebolehpercayaan dan ketahanan rantaian bekalan PCB sedia ada. Asia Tenggara dan Malaysia khususnya menawarkan kepelbagaian di luar negara China dengan tenaga kerja kos rendah yang boleh dipercayai sambil menyediakan infrastruktur dan akses yang kukuh kepada bidang logistik bertaraf dunia dengan Lapangan Terbang Changi Singapura mengambil masa hanya 40 minit dari kilang Spectrum.

Mehul Dave, Pengerusi Excelsus berkata, "Kami teruja dan berbesar hati untuk mengambil alih Spectrum supaya kami dapat menawarkan kilang milik PCB kepada pelanggan kami sambil meredakan kebimbangan mereka berkaitan dengan kepelbagaian rantaian bekalan kami. Spectrum akan menjadi pembekal utama untuk keupayaan penyumberan global kami."

Raja Manickam, pemilik Spectrum berkata, "Kami teruja kerana Spectrum kini diuruskan oleh mereka yang berkebolehan dan kami yakin bahawa pelanggan kami yang sedia ada akan mendapat perkhidmatan dan sokongan bertaraf dunia mulai sekarang."

Tentang Excelsus
Excelsus Holdings, Inc. diasaskan oleh Mehul J. Dave dan Michael R. Schumacher. Mehul dan Mike merupakan veteran dalam industri PCB dengan lebih 30 tahun pengalaman dalam industri tersebut. Mereka merupakan prinsipal kepada Linkage Technologies, Inc. – peneraju global dalam penyumberan PCB dengan kehadiran langsung di AS, China, India, Kanada dan Mexico. Linkage menghubungkan para pelanggannya kepada kilang yang dipercayai di Asia dengan menyediakan sokongan jualan dan kejuruteraan tempatan yang bernilai tinggi, dengan kualiti yang boleh dipercayai serta responsif. Dengan lebih 18 tahun pengalaman dalam penyumberan global dan juga hasil daripada pengambilalihan ini, Linkage kini berada pada kedudukan yang unik untuk pertumbuhan yang signifikan, memberikannya akses kepada keupayaan pembuatan PCB secara langsung. Maklumat tambahan tentang Excelsus boleh didapati di www.excelsus-holdings.com, maklumat lanjut tentang Linkage boleh didapati di www.linkage-tech.com.

Tentang Spectrum
Spectrum Integrated Technologies Sdn. Bhd. telah ditubuhkan pada tahun 2011 dengan pengambilalihan TPT Multiflex, di mana pihak pengurusan dan ahli pasukan terasnya mempunyai lebih 25 tahun pengalaman dalam pembuatan PCB. Spectrum menawarkan penyelesaian sehenti menyeluruh untuk PCB pada masa genting dan berteknologi canggih daripada papan sisi tunggal hinggalah papan pelbagai lapisan yang kompleks sambil menawarkan pelbagai bahan standard dan tersuai; dengan kerumitan yang tinggi, penghasilan pelbagai jenis produk dalam kuantiti yang kecil dan sederhana serta pelbagai kemasan permukaan. Maklumat lanjut tentang Spectrum boleh didapati di www.spectrum-pcb.com.

Hubungan Media:
Mehul Dave,
mehul@excelsus-holdings.com

 

Source: Excelsus Holdings, Inc.
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Acquisitions, mergers, takeovers